Sunday, November 28, 2010

Amir’s first & second month KPI


Nota kepala : Bersedia ye Amir, mommy nak review kamu ni. Sekiranya tidak skor maka tidak ada toys untuk bulan ini walaupun ada sale.

Amir memang dari azali; kalau menangis tu.. menangis la sekuat-kuat hati. Sampaikan ada remark dari nurse dalam buku kesihatan amir, nurse tulis ‘high pitch cries’. Ada yang kata menangis itu bagus for baby’s lung. But not good for the heart. Bukan heart baby, heart mommy. Sedih and risau tengok anak nangis kuat macam sakit sangat je rupanya. Tengok anak orang lain pulak, nangis comel-comel je. Mula-mula memang risau; asalkan bukak baju nak mandi je dah start engine nak nangis.. mandi apetah lagi. Atok and uwan pun sibuk tengok kat bilik air kalau Amir nangis, entah kan kena mandi ke kena dera agaknya.
Tapi bila dah siap pakai baju balik, terus berhenti nangis. Haish.

Masa lepas bersalin, Ami ada belikan buku Baby’s first year. Sangat membantu. Dari zero knowledge, bolehla tau sikit-sikit pasal baby ni. That was when I realized Amir is suffering from colic. Colic ni is a situation dimana babies ada rasa uncomfortable with some sensations in their body. Mainly it’s due to immature digestive system that has never processed food. The gastrointestinal system is literally just learning to function. Muscles that support digestion have not developed the proper rhythm for moving food efficiently thought the digestive tract. It’s normal for a baby. From my reading, the first 3 months after birth is like 4th semester, masa pregnant kan up to 3 trimester, because masa ni baby baru je nak adjust to outside womb environment. So bila ada sensation yg dia baru rasa je, dia nangis. Dah la memang menangis itu satu-satu nya cara nak bagitau apa dia nak and rasa. Cuma kes Amir ni, dia menangis la sekuat hati..padahal nak susu je. Hmmm.

Ada baby, nak kentut pun dia nangis ;p

Walaupun hakikatnya, stress jugak kan kalau anak asyik nangis, tapi buku kata, baby yang kuat nangis sebab dia rasa any new sensation tu is a smart newborn baby, because they are able to feel understand the sensation. So bolehlah ibu2 agar tidak susah hati sangat.

Back to colic, it usually attacks during witching hour. Memang kalau dah dekat senja tu la Amir selalu reach the peak of his crankiness. As long as he’s being cuddled and handled, he seems fine. Masalahnya dari bangun tido sampai ke senja nak kena pegang je, mommy nye pulak kang menangis sekuat hati kan. And due to colic, Amir always spit up from time to time. But still he has good appetite and gain weight. Senang hati. I think, masa Amir sebulan setengah to 2 months, ni masa colic on the peak. Almost everyday dia cranky and fussy bila nak malam. Tak sabar nak tunggu 3 bulan, colic will disappear bila baby dah 3 bulan. Now at 2.5 months, Amir dah Nampak ok. Dah tak nangis kuat2 lagi, merengek2 manja je ;p
Bila menangis, kita pujuk2 dia dah boleh stop menangis. Dulu, jangan harap le. Now dah pandai tersengih2 bila kita bercakap dengan dia. What a moment. Selama 2 bulan emaknya risau je tengok Amir asyik nangis, kuat pulak tu.. takut nanti tinggalkan dengan babysitter, Amir asyik nangis. Tapi memang betul, hari ke-2 Amir tinggal dengan babysitter – suara dia serak! Alahai sedih dengar suara serak-serak basah beliau. Tapi…. Lepas pada tu la kami perasan Amir tak menangis menggunakan suara soprano lagi. Yeay!!
Now he’s reaching 3 months, hope memang dah takde isu colic ni. Kalau baby asyik nangis pun tak bagus, nanti tak banyak yang dia dapat belajar mula2 ni dok habiskan masa menangis je kan.

For those mothers yang experience the same thing as mine, don't worry. Colic is just temporary. You'll enjoy the bonding time with ur baby soon..


Amir dah more calm sekarang.. Oleh itu, pada weekend yang lepas emak dan bapak beliau sibuk la buli Amir bergambar!

Amir in action..



I promise to behave and be a good boy!





Mana ade saye kuat nangis, mommy tipu..

6 comments on "Amir’s first & second month KPI"

Dina Zakaria on November 28, 2010 at 8:12 PM said...

hamboi amir..pakai kasut, nak gi jalan ke mane tu??

Nur on November 28, 2010 at 11:02 PM said...

pakai kasut, tak pakai baju.. tak blh jalan dok kat rumah je ;p

[ Hanie ] on November 29, 2010 at 1:51 AM said...

alahai...
yeker mcm tu..
my baby pun skrang ni, kalau tinggal bapak die, asal nak letak je nangis, agaknye waktu siang die tak nak lena tido...bile mlm, dah tido mcm org tua..tido kul 1, kul 7-8 die bangun hehe mak die bole tido lena :P

Nadya Heidi aka nadxoxo on November 29, 2010 at 11:14 AM said...

Baha, Zahin pun nanges kuat gila suara dia! Orang selalu pandang kalau dia nanges kat public. Sebab bunyinya macam sakit sangat jer. Padahal nangis biasa jer.

Zahin pun selalu kembung! Perasan masa dia cukup 1 bulan. Dia cranky sangat masa tu + kena inject kan. Nanges sampai serak jua. 2-3 hari baru hilang haha. Lepas2 tu Nad check perut dia mmg xpenah x kembung. Tapi dia tak cranky la. Agaknya masa dia cranky tu mmg xtahan sangat la tu kot. Lepas kejadian tu, Nad jadi lebih strict utk burpkan dia everytime lepas bf. Sebelum ni xstrict sebab dia lmbt nk burp so tak semangat nk burp kan dia. Isk teruk tul kan Nad ni. Lepas tu Nad tdo kan dia meniarap. Baru lah dia kentut2. Kita dengar pun rasa lega skit hehe.

Pasal suara high-pitched dia tu, yup sampai satu masa (xingat bila tah) tetiba dia dh tak guna sangat dah. Kalau guna pun masa kritikal jer haha. Kalau dulu everytime nanges mesti nak pakai suara tuh. Eh panjang pulak komen :P

P/S: Sexy lah Amir pakai seluar jer hehe

♥EeiNz♥ on November 29, 2010 at 9:42 PM said...

dayah, sama la ngan sayyid. kuat ngs gak memula tu. skang ni oke gak la. kurang sket banding dulu.

tul gak tu, kdg2 si sayyid ni nak kentut pun ngs, kite ni punye la risau x tentu psl mane tau kot2 die sakit perut ke ape ke kan ?

*amir iras papa eh

Mama Kembar Tiga on December 7, 2010 at 5:39 PM said...

Amir sgt macho & encem! hehehe... My triplets pun dulu ada colic gak, asal kul 7 mlm je start crying sampai kul 12 camtu baru nak stop, dah laa all 3 plak tu, mmg tensen. Memula tak tau it's colic, but after jumpa peadiatrician & ambik ubat for colic, Alhamdulillah settle problem, legaaaa sgt hehehe

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates