Thursday, April 12, 2012

Travelogue : Cuti-Cuti Pangkor Part II


Sambungan Cuti-Cuti Pangkor Part 1.


Setelah menyewa motor, kami terus ke pekan. Agenda utama adalah untuk menjolok duit. Apabila duit telah dijolok, haruslah digunakan. Maka kami ke sebuah kedai menjual hasil lautan Pangkor. In fact, bukan sebuah je, banyak lagi kedai-kedai jual ikan bilis, sotong kering, satay ikan serta hasil laut yang lain.

Photobucket

Tokey kedai ni membuat cubaan nak mendukung Amir. Confirm Amir tak mahu. Siap merengek-rengek lagi apabila ketidak-mahuannya diabaikan. Uncle tidak berhenti mencuba. Tapi.....bila uncle keluarkan duit dari poket, and buat-buat bagi kat Amir... Dia terus hulur tangan nak ambil duit! Ayyyoooo..


Dah selesai membeli-belah, round-round naik motor ke arah Teluk Gedung. Dapatlah kami melihat perkampungan nelayan, kebanyakkan rumah dibina di atas air. Jalan punya jalan, kami ternampak banyak Van pink berhenti membawa penumpang di satu tempat itu.

Rupanya Kota Belanda / Dutch Fort.. So kami pun berhentilah melawat Kota Belanda.


Photobucket

Photobucket

Photobucket


Selesai melawat Kota Belanda, kononnya nak ke tempat letaknya Batu Bersurat, tapi tak pasti exact location. Kami terus balik ke Teluk Nipah, nak tengok sunset.

Petang tu, kami ke pantai bersebelahan dengan Teluk Nipah, Coral Bay. Selain menaiki bot, coral bay boleh di access melalui jalan darat. Tapi kalau jalan kaki, confirm penat. Sebaik ada motor.

We were bumped into, kucing comel di atas motor.

Photobucket



Aktiviti kami petang itu, ber-leisure sahaja.. sambil melayan Amir main ball and sand kat tepi pantai.


Photobucket

Photobucket

Photobucket


Berdekatan dengan pantai itu, ada satu chinese temple yg diberi nama Lin Je Kong. Apa yang menarik perhatian kami ialah, atau lebih tepat perhatian Amir -- ada banyak patung watak kartun kat sekeliling temple ni.



Photobucket

Photobucket

"uuurok.." iaitu Frog.


Photobucket

"Tish.. tish" iaitu tortoise


A few great photos during sunset by the beach:

Photobucket

Photobucket

You'll never walk alone..  http://instagr.am/p/JRbzlpQPG7/


Kesian Amir, mangsa kerakusan ibubapa untuk ambil gambar. Dilambung-lambung bagai, siap kene ulang2 kalau tak jadi. Padahal mamat tu sibuk nak main air   ;p


Acara pada hari itu diakhiri dengan makan malam. Kedai yang sama seperti semalam-nya. Tapi hari Sabtu, orang lebih ramai berbanding hari sebelumnya. Makanan pun lambat sampai. Muka Amir pun masam.

Photobucket


Photobucket


Lebih men-tesnyenkan apabila makanan lambat, depan kedai makan pulak ade kedai jual BALL. Amir dok asyik ajak pergi kedai tu beli ball. Dah seguni ball kat rumah, bukan boleh buat masak asam pedas! Nak distract dia dari ball, pelampung, snorkel (padahal bukan dia nak pakai pun kan) punya lah susah. Orang kata "We're not buying" dia kata "buying.. buying". Last2 beli jugak ball sebijik. Huhuhu.

Nasib baik ada abang-abang ni nyanyi from table to table..

Photobucket

Bukan abang yang pakai baju oren tau..


On the way balik dari dinner, Amir pun dah terlelap (Alhamdulillah!). Dapat mommy and baba berchatting sampan midnight di verandah, like old days!


The next morning, hari terakhir di Pangkor, 7.30am dah get ready nak pergi breakfast then nak spend time di pan tai..


Photobucket


Then, PANTAIIIII.....

Photobucket

Photobucket

Photobucket
"Boat" Bila nampak pantai sibuk cakap "air.. air" but sounds more like 'Ayie'


And....... it's time to go back! Ah, so soon.


Photobucket

The pinky van and The Brain


Photobucket

Ami dan hasil lautan



Photobucket

The view

Photobucket

The company



Okay Pangkor, kalau panjang umur nanti bila Amir dah besar, Amir datang lagi ye. Masa tu mommy and baba pulak pawAmir suruh beli macam2.. Huh!


Photobucket

7 comments on "Travelogue : Cuti-Cuti Pangkor Part II"

[DnaZz] on April 12, 2012 at 8:43 PM said...

haha amir ade rambut bunga raya. :)*refer last pic*

Unknown on April 13, 2012 at 12:55 AM said...

Nur, bestnya bercuti..pangkor dkt dah ngn rumah i now.i kat seri iskandar. next time u dtg sini, roger la..boleh bawa gi rumah i..iAllah.
btw u guys makan kt TG Corner kan kat seri iskandar tu? refer ur first entry

Nur on April 13, 2012 at 1:04 AM said...

athidean, adik I belajar kat UTP sebab tu i lunch area sana. insya allah bulan 9 i pegi sana, adik I grad

♥EeiNz♥ on April 15, 2012 at 6:02 PM said...

bes pangkor. last akk gi sana pun time dok lumut masa ayah navy tahun 1998. mmmm.. harus gi lg ni bwk anak2 lak ;)

oya on April 15, 2012 at 10:16 PM said...

lawak je part ckp amir datang lagi ye..aku pun pergi time kecik yg aku ingat tmpt tnggl panas mak aku duk kipas2 then tertidur..besar ni x pnah ke pangkor lagi..

dialicious on April 20, 2012 at 10:46 PM said...

babe..mase tgh laut u snorkel x?then sapa pgg amir?i last skali g pangkor laut resort disitula diriku preggy!heheh.tp jauh dari town pangkor so x jln2 pun keluar.now tringin nk g snorkeling tp mcm susah lak bwk baby tp still bfeeding so xle tinggal..huhuhu

Nur on April 23, 2012 at 5:49 PM said...

babe, i and hubby tak snorkel pun, just dok atas bot ja..

itulah if bawak baby susan, unless ada orang lain bah pegang sekejap other than u or husband. boring lah nanti snorkel sorang2

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates