As usual, dah hujung-hujung tahun ni, selalunya kami pergi bercuti.. Year end holiday merangkap Anniversary trip. So destinasi kali ni dekat je, dekat Gold Coast... Dalam kurungan, Morib.
Salah satu sebab, malas nak on the road lama2 and belum pernah pergi lagi kat sini. As discovered, masa baca blog2 pasal Gold Coast Morib ni, memang tak banyak aktiviti dan takde sightseeing pun. Sesuai sangatlah dengan tema percutian kalini, nak relax2 and spend masa bersama.
2-3 minggu lepas book bilik online. Rabu last week, kami pun bertolak lepas Ami habis keje half day. Dari Cheras ke Morib ambil masa satu jam setengah je. Jalan pun clear. Sampai di Morib dalam pukul 5.30, orang pun dah ramai check in, so tak perlu Q lama-lama and bilik pun dah ready. Ada terbaca experience guest yang lain, 8.30 malam baru dapat bilik. My cousin yang kebetulan ada family day pada masa yang sama kitaorg kat sana, dari pagi dia dah datang untuk setelkan bilik, 5.30pm tu baru setel semua bilik for her colleagues. Jadi, mungkinkan 5.30 adalah waktu paling ideal untuk check in?
Anyway, service hotel ni sedikit perlahan dan mengecewakan. Will review later.
Selesai je letak barang dalam bilik, view water park pulak tu, maka haruslah Amir melonjak-lonjak nak main water.
Masa kat bilik je melonjak nak main air, bila dalam air.. cuak. Siap tercekik baba dukung Amir. Tak tau le budak ni, bila berendam je cuak.
Malamnya, ingatkan nak cari restaurant seafood for dinner. Tapi, restaurant yang 5 minutes away dari hotel tu Tak Halal. Antara option lain ke Tanjung Sepat which is about 15-20km atau Bagan Lalang more than 30km. Kami ke Pantai Morib aje. Ade lah food court kat sana, option tak banyak and biasa-biasa aje. Sama je macam makan kat kedai depan rumah kami ni ha.. Kedai tom yam biasa.
Dekat Pantai Morib ni, ada dataran and playground. Lepas dinner, melayan Amir main pulak.
lepas balik dinner, semua pun dah kepenatan dan tidur. Kecuali mommy layan cerita melayu yg Shahnaz n nabila huda berlakon. Sedih siot. I cried a bucket.
Esoknya, kami breakfast di hotel. Tak lah awal sangat sebab Amir lambat bangun. So makanannya pun tak cantik presentationnya, meja banyak tak berkemas. Huhu.
Esoknya, kami breakfast di hotel. Tak lah awal sangat sebab Amir lambat bangun. So makanannya pun tak cantik presentationnya, meja banyak tak berkemas. Huhu.
Amboi sukanya dia makan coco crunch.
Kejap je dia suka, bila nampk water park kat sebelah mula lah tak sabar-sabar.
Tapi, kitaorg bawak dia main sand dulu.. hehehehe
Aktiviti harini memang tak banyak, lepas main sand, pergi main kat water park. Bila dah penat, kita sambung berjakuzi dalam bilik. For me, better berjakuzi dalam bilik.. lebih relaxing, more fun and ada privacy. Amir pun syok main air, sebab warm water kot.
Sunset view
Malamnya, kami dinner hat hotel je. Sebab takde option lain pun. Buffet cost RM40++. Makanan tak banyak variety. Disebabkan nak dinner kat tempat yang 'best' sikit, terus kita claim ni sebagai anniversary dinner.. Ha, bukan susah pun nak make something special kan.. Hehehe
Ingatkan dah elok-elok la gambar ni, bila tengok balik.. Amir buat muka monster pulak!
The Pier ni located belakang hotel, by the beach. It's just a bar, serves drink sahaja kot and ada band performance. Baru berangan nak makan tepi laut.
Lepas makan, lepak dekat lobi then terus naik bilik. Takde aktiviti menarik selain bergaduh dengan Amir suruh tidur.
Hari last kami kat sana, buat aktiviti yang sama.. breakfast - mandi kat water park and jakuzi. Lagipun masa singkat, pukul 12pm dah kene check-out.
And it's time to go home!! Huwaaa.. walaupun tak ban yak aktiviti, tapi very relaxing. Ingat nak extent lagi 1 hari tapi bilk penuh kecuali penthouse.
End of vacation. Tsk. Tsk.
Review
As mentioned, service memang out. Bila I check-in and nak guna toilet... that toilet bowl penuh dengan .... 'dirty thing' maybe sebab tersumbat tetapi adekah engkau tidak repair masa buat housekeeping. Haruskah bagi map datin tengok semua tu and tunggu complaint? Bila call maintenance, which is pada masa tu 6pm dia kata pukul 7pm baru boleh buat. So mak datin tanya camana nak guna toilet sekarang, pergi bilik depan ke? Dia kata, boleh. Mak datin tanya lagi, takde orang ke boleh bagi access card? Dia jawab 'owh takde kerabat ye di sini?' Macam nak hayun dia laju-laju.
I bukan fussy uols, tapi bagi suggestion biarlah realistic sikit.
Yang I perasan, staff nya ramai budak muda dari sebuah negeri bukan semenanjung huhu.. So budak muda ni professionalism nya kurang. Kita keluar bilik, tengok diorang tengah dok tolak trolley housekeeping laju-laju dan beramai-ramai. Takde pun staff yang greet u and what not.
Bilik cantik tapi kurang bersih.
Masa breakfast, memang le kami turun 9-9.30, I tak complaint pasal makanan dah banyak habis tp presentation food out habis. Breakfast hari pertama I saw rambut kat senduk, hari kedua ada rambut dalam baked bean. Patutnya adalah staff yang bersihkan bekas makanan kan.
Tapi I suka lah pekerja mereka yang muda tu tak bersungguh-sungguh check masa kat water park entrance, I lost my pass masa last day, jenuh nak membeli balik kan. Sebaik diorang tak perasan takde, tp memang entitle pun so not cheating. Tapi tak boleh dapat new pass dari reception kalau tak bawak yang lama, in case yang lama dah tak boleh guna sebab rosak.
Sesuai untuk family yg ada kids, so boleh melayan anak-anak main air. Kalau dengan kawan2 aje sure boring takde benda nak buat. Pantai dia pun bukan boleh mandi n view average aje.
Overall, boleh pergi and mungkin kitaorg pun akan pergi lagi. Facility dalam bilik tu je dah puas hati, sesuai untuk rileks2. Hope lagi berapa tahun staff dia dah matang sikit dan lebih beretika. Amin.
0 comments on "3rd Anniversary Trip: Gold Coast Morib"
Post a Comment