Showing posts sorted by date for query cita-cita. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query cita-cita. Sort by relevance Show all posts

Monday, March 12, 2012

Happy 18 months Birthday

0 comments
Pada usia 18 bulan, Amir makin galak main bola. Kalau sebelum ni, he just kicks.. Sekarang dia sibuk berlatih throw the ball up to the air and kick. He's getting good at it. Khusyuk betul kalau dia practice throw and kick the ball, dari living hall ke kitchen ke bilik. Bila berjaya buat tendangan yang kuat dan kemas siap jerit 'woooo' pastu meniarap atas lantai. Celebrate gamaknya. Bila bola terkena kat muka mommy/baba, dia terkekek-kekek ketawa and do it again. Itulah Amir, bila dia dapat buat sesuatu, very determined.


Cuma.... Masa belum pandai lagi buat sesuatu contohnya semalam, dia cuba bam bola like playing basketball, he couldn't do it, he easily get upset. Dah kita pulak dimarahnya sebab tak dapat bam bola, padahal kita ni lak dok ngajar and bagi semangat. There were times kami nak bagi semangat walaupun belum berjaya bam bola sebaiknya, we said 'good job' lagi lah dia marah sebab dia tau itu tak jadi sebenarnya. Dah camane? It was very funny though. Last-last Ami kata ajar dia main lain pulak so kita tak stress bila dia stress tak dapat buat ;p ajar lah kick ball yg dia dah teror tu. problem solved.


His 'relationship' with ball sekarang pun makin menjadi-jadi. Bila nak keluar rumah, mommy take and carry handbag, Amir take and carry ball. Sibuk je nak bawak ball keluar everytime. Siap ball besar masuk dalam bag, yang kecil sikit dia pegang. Nak tido pun kena pegang ball. So bila berjalan-jalan kat shopping mall, dia pun mula kick ball especially masa makan. Good thing Amir dah kurang mengganggu waktu makan tapi kadang-kadang disepaknya bola kuat-kuat, nasib belum ada experience bola masuk dalam pinggan orang.


Memang iye, kami lah bertanggungjawab memperkenalkan Amir kepada bola. Dah dapat boy kan takkan nak bagi doll ;p the exposure we provide him sama sahaja like other parents when they introduce some toys to their child. Kami pun ada belikan car, guitar but for him - ball. We are totally fine if he interested more on football. Somehow, i don't mind kalau Amir nak venture into Sports. The reason behind ----- mak dia dulu jaguh kampung aje, tak dapat ke level yg lebih tinggi ;p mungkin sebab physical. Macam-macam sukan diceburi dari sekolah hingga ke university, paling jauh pun peringkat negeri, tak dapat no 1 pulak tu hihihi kalau Amir nak sambung cita-cita mommy, go ahead and do it son. Dulu time mommy, tok janggut tak berapa nak approve. My late mother supported me a lot, pun sebab my late graddad didn't allow her to be active in sports. Apakan daya dapat tentangan dari bapa.

Teringat satu masa tu, masa 11 tahun, ada game badminton peringkat daerah, entah macam mana mak sarungkan baju. Terharu. Mungkin sebab kali terakhir mak sarungkan baju ialah 6 tahun dahulu. Hehe.


Eh eh, ini note untuk birthday Amir ke mommy (which is lagi seminggu) ;p



Okay lah Amir, i said it tak boleh tarik balik...Awak boleh kalau nak jadi football superstar, mommy izinkan dengan syarat jadilebih teror dari KFCM dan jgn jadi playboy ye.







Sent from Philosophy of Sc and Management Sc class. Ngantuk gel!

Friday, January 27, 2012

Life is hectic for the moment

1 comments
Pejam celik, pejam celik.. hampir sebulan tak update blog.

Pejam celik, pejam celik.. Amir dah menjangkau ke 17 bulan, 1 tahun 5 bulan.

Pejam celik, pejam celik.. dah nak habis semester break, masuk bulan Februari bermulah hari-hari gila saya, kelas malam!

Pejam celik, pejam celik.. lagi 2 bulan, usia masuk ke kategori lewat 20-an. Ugh.


Dari tadi asyik pejam celik, pejam celik.. apa pun tak cita lagi.



The phrase "Working mother" is redundant


Sepanjang bulan January ni, memang sibuk. Sibuk dengan kelas mengajar, habis kelas cepat2 duduk kat meja dan buat kerja. Bila dah siap kerja (atau partially siap ;p ), cepat2 berkemas balik rumah, uruskan Amir dan hal-hal rumah. Mujur kelas PhD start somewhere in February, adalah sedikit ruang untuk bernafas. Now I wonder macam mana lah emak kepada ramai anak. Hah, bila cerita pasal diri sendiri memang takde idea.. ;p Jom tukar topik..


The Weekender

Setiap minggu dalam bulan ni, without fail mesti ada aktiviti..


Father in law's Birthday, Baba Tok

We went to Kaklong's place to celebrate Baba's birthday. BBQ!


Take note pada budak baju pelangi....


See, masih lagi clingy. 


Amir and Cousins

Minggu seterusnya...


Curve, Swimming Time!, Cousin's Wedding at Klang


Amir ni eksyen je nak naik kereta bagai....


Bila dah naik ....


Maaaaaa......!


Yang dia sebenarnya nak sibukkan ialah...


Remote control.




Petangnya pula kami bercemporo kek ghumah Pak Ngah..





Sampai dah biru bibir, kecut jari kaki dan tangan pun tak nak naik.


Malamnya pulak, dinner di Satay Hj Samuri, Taman Melati



Bonding time with kakak-kakak.


Besoknya, kami ke Klang to attend my cousin's wedding

Bagaikan pinang dibelah dua.



Amir dan Amani, pun nak jadi pengantin...



Tapi, mommy dah kata umur 35 baru boleh kahwin tau?!


Lovely family.

Dari Klang, kami ramai-ramai ke Shah Alam pulak melawat Atuk dan Opah



Too early to call a day, Kakngah ajak balik Kajang pulak petang tu.. Nah, bonding time with Ami's family..




Selesailah satu weekend di bulan January ini. Mari lihat apa ada minggu seterusnya...



Last week, ada wedding jugak.. Time school holiday ni, wedding je manjang


Dah selesai wedding, gathering bersama kawan-kawan Uni dan lecturer yang kebetulan datang KL.


It was funny, two of us are lecturers. Bila cerita pasal student, mesti Cik Noor (lecturer kami) dalam hati cakap 'Macam tu lah korang dulu'



Then kitaorang balik Kuala Pilah. Memang anak kesayangan ibu bapa ni, balik kampung je keje.. apa jenis kenduri pun balik ;p 

Kenduri kahwin cousin belah dia (lelaki) pulak..



Teruja ke dengar Pak Su menyanyi?



No, thanks.

Kalau minggu lepas, bercemporo kat swimming pool, bila balik kampung no swimming pool, kita mandi dalam kolam! Jyeah!




Macam ni lah mommy dulu masa kecik, in fact kolam yang dijadikan swimming pool tu jauh lebih kecil lagi.

Amir dok pegang dinding kolam sebab... Emak dia ada kat situ, kalau nak suruh dia jalan ke tengah, jawabnya mommy kene masuk sekali.

Petangnya pula, kami pergi menjenguk kombar (kembar). Ini memang dah jadi rutin bila balik kampung.



Tapi abang je ada menyambut kami, si adik sedang lena.

Selesai beramah mesra dengan kombar, kami bertolak pulang ke KL. Sebab ada acara lain pulak (phew)

BBQ di rumah Abg Amril (biras)


Amir sedang enjoy makan satay daging.


Amir dan Aysha


Bayang-bayang Amir?



Hyper setelah makan 3 cucuk satay.


The host. Kakngah and Aysha.


Fuh, mengalahkan program YB. Itu sahaja lah laporan mingguan saya pada kali ini. Laporan seterusnya entah bila ada masa nanti saya update.


















Sunday, May 15, 2011

(RANDOM) Happy Teacher's Day, emotional day, last day and public holiday

0 comments
Happy Teacher's Day

Foremost, HAPPY TEACHER'S DAY!! Never thought that I will be celebrating myself on this day. It's been 2 years since I started my career as a lecturer. Tak ingat if I ada bercita-cita menjadi lecturer, hmm I don't think so.. refer to my entry here. But here I am.. Surrender my position as a manager then become a lecturer. How I wish to be at the top rank in industry, a CIO maybe. That was my initial goal, so ambitious. But then, when I got married then pregnant.. suddenly goal changed hehe Hey, I'm okay to be the woman at the kitchen corner ;p

Because I know to be Me is not just about being success in my career but I wanna be a successful wife and mother too. And I am not a Superwoman that has some magic or power so I can fight my way through the rush hour, try to make it home and  make sure dinner will be waiting for husband. Walaupun sekarang I tak jugak cook for dinner sangat pun ;p (anyway husband permits for me to do so) but I am happy that I can reach my cousin's place as early as 5pm, play with Amir and bathe him.

At the beginning I was just do the work so I can get paid, but now.. I am loving it! Especially when students come and thank me for the lessons taught. Such a sweet feeling. Other than my own child, I have dozens of  'children' that should be taken care of and ensure great accomplishment in their studies.



Emotional Day

Amir has outgrown my lap, that's for sure. Masa Amir kecil dulu, sampai je rumah babysitter I just have to put him in bouncer then say bye. Okay.
Masa 5-6 bulan, if he awakes I just pass him to my causin then say bye. Nanti dia pandang aje lah, maybe tengah nak fahamkan keadaan especially when mommy wave a bye-bye and disappear.
Masa 6-7 bulan, when I say bye.. dia akan buat muka sedih like wanna go to mommy. Weeks after that dia dah pandai merengek. Kesiannya. Sedih.
Tapi start 7 months turning 8, Amir menangis! Oh dear. Pagi tadi bila sampai je rumah ibu dia, he held me tight. So tight especially bila my causin hulur tangan nak ambil dia. He turned his face to the other side like hiding his face at my neck. It takes a while for me nak pergi ke kereta balik. I put him down and play with him so that he release me. Tapi bila ibu ambil dia and I walk away, Amir start menangis like 'don't leave me mommy' while looking at me and his hands pointing to me. Mommy's crying too, dalam hati la kan ;p

Alahai sedih betul la di pagi yang hening Amir buat cerita Hindustan. Nanti masa I balik, if dia dalam walker dia akan cepat-cepat moving towards me dengan tangan terangkat muka excited! Hahaha
Kalau bukan dalam walker, maybe he's on the floor.. akan menangis sampailah mommy ambil dia. Ayyooo.


Last Day

It's now mid May. 31st will be my last day at my current company. Another half a month to go. It's a mixed emotion. Somehow it feels weird and sad. I made friends here, not just colleague. I know I'll be missing them. I guess it’s always the people you get to know, how they touch your life, the different relationships you build with them, the good times, and even the not so good ones, that gets to you.

Why did I take this step? Well, I guess, I just felt the time was right to move on, another university college has offered me a better position. Not that I make any large sum of money - not by any means - but given the hit that my bank account has taken over the year, I can now breathe a little easier knowing that I can enter school with some money in my savings account. Yup, I'm going to pursue my PhD soon, InsyaAllah. Application and proposal dah submit, found and met my potential supervisor. It seems like he has no hesitation to take me as his phd candidate. Tinggal nak formalise sahaje lagi. Kalau takde ape aral, September ni register. Amir pun dah 1 tahun by that time, he will be more independent I hope. Janganlah Amir nangis bila mommy nak pergi school.



So itulah cerita Teacher's Day, emotional day, last day... and I am so glad tomorrow is PUBLIC HOLIDAY!! Weeee....




The phrase "working mother" is redundant.


Sunday, May 30, 2010

Cita-cita

5 comments


Cita-cita paling awal yang saya boleh ingat ialah masa darjah 2..

Cita-cita default: Cikgu; dah kerja itu yang kita tengok saban hari apabila ke sekolah. Masa tu selain murid-murid, 'cikgu' tu kita tau ialah satu pekerjaan. Takkan nak jadi mak cik kantin, lagipun bukan senang nak dapat kontrak kantin kat sekolah, nak kene pegi jumpe bomoh biar org lain tak dapat... (JGN TIRU AKSI INI DI RUMAH! Jangan cakap aku tak bagitau eh..)

Setiap tahun pun cikgu nak tanye apa cita-cita.. susah woo nak pilih.. dah la masa tu kita tak tau ada pekerjaan seperti Network Administrator, Pegawai Pemasaran, Unit Trust Consultant, Personal Assistant, Photographer, Makeup Artist. Balik-balik.. polis, bomba, cikgu, askar.. Dah la limited, bila dah pilih.. sama pulak dengan kawan sebelah, kene tukar lagi.. perah otak lagi. Yang lagi tensyen bila cikgu cakap 'Sila nyatakan tiga(3) cita-cita kamu' Ahhhh.. tak bace ke kat atas tu pilihan pun ada 4 pekerjaan je..

Maka apabila meningkat dewasa iaitu darjah 3, pengetahuan lebih luas.. Masa darjah 2 tadi, saya dah mention pasal polis kan... Haa.. masa darjah 3 cita-cita saya ialah Polis Trafik. Kira more specific la ni.. Sebab? Terpengaruh dengan cerita Roda-roda Kotaraya kat TV1 ulangan 5 petang setiap hari Selasa. Best gile diorang bawak motor besar, aku rasa pernah terbaca kat majalah Ujang - dalam salah satu perbualan watak kartun tu - Cagiva Mito RM20 ribu... Memang dari kecil dah sedar diri mana nak cari duit banyak tu bila dah kerja nanti, teruslah terfikir jadi polis trafik la... motor besar disediakan.

Naik darjah 5 pulak, kawan-kawan perempuan semua pilih cita-cita yang lebih feminin... Malu la nak mengaku nak jadi polis trafik bawak motor besar kan.. Teruslah pilih nak jadi Pramugari - budget TINGGI la bila dah besar. Masa tu dah berangan nanti nak pakai lipstik, kasut tinggi and bawak handbag panjang macam stewardess tu.. Sementelah itulah cita-cita buat tahun 1995.

Darjah 6 lain pulak cerita, lebih matang mungkin. Saya bercita-cita menjadi Architect. Masa tu terbaca artikel pasal Menara TM or bangunan rebung tu kat paper. Rasa macam best je design bangunan ni. And konon2 la suka melukis masa tu.. So cita-cita ni lama jugak bertahan, sampai form 3.

Masa form 3 dah plan nak amek jurusan Lukisan Kejuruteraan, ala yang bawak pembaris putih macam pedang tu. Gila smart simpan 'pedang' tu dalam beg.. -itukah motif???
Sekali form 4 dapat masuk MRSM, takde subjek tu. Al-kisah bermulalah percintaan saya dengan subjek Biologi. Cuma saya takut darah n bedah2 ni maka tak payah lah susah-susah nak jadi doktor, saya mau jadi Saintis or any post kat dalam lab, buat ujikaji... Ish memang inilah ultimate cita-cita saya ni.. Confirm nak kerja kat lab, pakai lab coat putih tu.. Budget nak keluar paper Mingguan bahagian Sains tu kan.. Tak pun keluar Buletin Utama - penemuan penawar penyakit AIDS ke.. Subjek Bio score pulak tu masa SPM. Ish memang inilah hala tuju saya ni. My destiny......

Sehinggalah dapat surat tawaran sambung degree. Kejuruteraan Perisian. ????????? Fainted.

Dipendekkan cerita, dan bermulalah empayar karier saya dalam jurusan IT. 4 years in industry, switched line to academic jadi Lecturer. Ha kan dah kata masa kecik... jadi Cikgu.

Hakikatnya, berapa banyak pun cita-cita since kita kecik.. especially perempuan ni, bila dah bekerja beberapa tahun and we realised macam rasa nak dok kat umah jugak.. As in, jaga anak... taking care of family.. tunggu husband balik.. Ah, heaven! (provided duit masuk gak dalam account every month)
Masa kecik tak terfikir pun huhu.. susah-susah fikir nak jadi polis hutan bagai, padahal bila dah besar rasa nak jadi Surirumah jek.

Adik-adik, lain kali kalau cikgu tanye nak jadi ape.. cuba selambe je tulis Surirumah. Confirm cikgu adik tu tak marah, sebab kalau dia perempuan dia pun mempunyai cita-cita yang sama.

Kenapa kakak beremosi post entry sebegini.... Monday blues has just began!

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates