Tuan empunya blog yang organize contest ni tanye 'Anda ada koleksi gambar melompat paling style macam ni?'
Sunday, December 26, 2010
FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI
Tuan empunya blog yang organize contest ni tanye 'Anda ada koleksi gambar melompat paling style macam ni?'
Tuesday, December 21, 2010
27 killed in tour bus crash on Cameron Highlands road
Bila dengar berita ni petang semalam dekat radio, berdebar-debar rasa.. Kami pun baru balik dari Cameron.
Alhamdullillah, Allah jauhkan dari sebarang kecelakaan.
Jalan ke cameron tu memang very narrow. Tapi, bus and lorry CONFIRM bawak laju and sampai makan jalan orang. Kadang-kadang sampai nak bertembung dengan kereta dari opposite direction. Maybe diorang rasa dah biasa sangat dengan jalan tu, so bawak laju-laju.
Tapi kita yang takut and hati-hati.
So, to those yang nak jalan-jalan tu, berhati-hati di jalan raya.
Regrads,
Pesanan penaja.
Sunday, December 19, 2010
Anniversary Treat For Mrs Lady Wife
Mula-mula pakaikan baju lengan panjang yang tebal.....
Are you ready? Lets pose..
And of course a family photo..
Bila hujan dah stopped then baru kami keluar jalan2.
Jalan-jalan cari makan.. walaupun hujan, tetap mak pose...
Pastu ke Healthy Strawberry Farm at Jalan Persekutuan
Then, we went to Pasar Malam at Brinchang. Not bad, we really enjoyed our time there.
Bang, gi Cameron ke Cameroon??
Sejuk G!! Kesian Amir.. sebaik ada jual sweater untuk baby kat kedai2 tu. Terus sarung!
Erkk.. I'm Robocop.
Battery Robocop dah flat. Terus lelap.........
Lepas daripada Pasar Malam, kami bergerak balik ke hotel. Sementelah Amir dah tidur, emak dan ayah melepak dekat balkoni. Teringat masa kami berdua pergi Bali.. huhu
Sekarang Amir dah kat luar perut, haruslah sacrifice masa nak bercanda berdua.
The next day... Lepas breakfast kami terus bertolak balik. On our way turun dari Cameron, kami singgah sebentar kat ladang tea pulak..
Amir sudah tensyen.. Muahahaha
Ok, ok.. last one ..
Dey kici, pandnag camera la...
Tak sabar nak jalan2 lagi di lain hari! ;)
Thanks, Ami!
Tuesday, December 14, 2010
Aftermath
DEC 2009
Jam menunjukkan 6 petang, saya nak bergegas balik sebab nak jumpa my late brother. Nak pass bekas muffin – door gift masa akad nikah, his wife nak tolong buatkan muffin.
Sambil berjalan kearah tempat letak kereta sambil call Bang Lang..
‘Ko ada kat mane? aku nak hantar bekas muffin ni..’
‘Kat Giant KJ’
‘Ok lagi 20 min sam… Eh, mana kereta aku?????’
‘Mana kereta ko??’
Aku pun tak tau, dah setahun ni pun tak jumpa2 lagi keta aku.
Stress GILER. Sekarang makin terasa how stressed it was. Sangat.
Standard procedure, lepas hilang kereta > buat report polis. Polis akan ambil masa sebulan untuk cari kereta, kalau tak jumpa baru dia tutup kes. Bila dah tutup kes barulah boleh submit report to insurance. Terus dapt duit? Tidak. Insurance pun akan cuba cari kereta for few months, kalau tak jumpa maka disahkan kereta dah hilang barulah insurance bayar. Habis cerita.
Macam mudah je kan.. So takpelah mereka mencuri kereta kita.?
It took me a year nak setelkan semua hal-hal polis, insurance, bank – turun naik banguan, HQ, calling back n forth orang itu orang ini --- MEMANG RASA NAK SEMBELIH JE SAPE YANG CURI KERETA.
Itupun kalau harga semasa kereta yang insurance nak bayar tu dah boleh cover loan kereta dengan bank. Kalau harga semasa kereta rendah lagi dari outstanding balance loan, jadilah macam saya.. Berhutang lagi dengan bank, bayar duit kereta tapi keretanya tak ade --- TAK JADI SEMBELIH TERUS, AKU NAK SIAT-SIAT JE KULIT TU DULU BIAR SEHARI DUA PERAH LIMAU SIKIT BAGI HILANG BAU BARU SEMBELIH.
Ces, tengok darah pun takut lagi mau sembelih.
Lepas kereta hilang buat report polis, en polis kata kena tunggu at least seminggu (ni yang dah kaw tim kalau tidak sebulan) baru dia akan tutup kes if tak jumpa. So seminggu lepas tu, en polis yang berkenaan takde kat office la.. ataupun saya sampai kat polis station pukul 5.10pm; kakak dekat kaunter habis kerja pukul 5, dia dah balik sebab dia dok Shah Alam. OK!
Tup-tup, 2 minggu jugak baru dapat surat dr polis nak submit ke insurance.
Bila dah submit ke insurance, dalam masa sebulan adjuster akan datang interview and nak tengok kawasan kejadian. Bila dah selesai kerja adjuster pula, insurance akan ambil masa 5-6 bulan untuk urusan yang mereka-sahaja-tau. Ya, si insurance itulah yang bila time renewal dialah sahabat paling baik telefon hari2 ajak renew dengan dia.
By right walaupun kereta dah hilang tapi selagi urusan claim tak selesai, HARUS bayar monthly installment dengan bank. Bukan saya sengaja tak nak bayar, tapi lepas kereta hilang adalah perlu saya beli kereta baru – kalau tak bang insurance nak tolong hantar saye pergi ofis ker??? Membayar 2 loan kereta adalah di luar kemampuan saya.
So nak mempercepatkan urusan claim insurance, zillion times dok call insurance tanya update. In 4 months urusan claim selesai, just one day after due date saya kena buat bayaran kereta kalau tidak nama blacklist. Still nama saya blacklist.
May/Jun 2010
Dah confirm je insurance nak bayar, kena pergi JPJ isi boring tukar nama hak milik. Pergi buat surat sumpah and what not. Hantar kunci kereta kat Amassurance.
Value kereta pada masa tu memang dah tak seberapa, outstanding balance lebih banyak dari amount insurance cover MAKA saya masih lagi berhutang dengan bank.
But they said, boleh mintak kurangkan bayaran bulanan. Hati berlagu riang.
July 2010
Went to meet CLO (customer liaison officer) Ambank. Sejak dari May, banyak kali call nak tanya pasal outstanding balance after insurance dah bayar, tak pernahnya dapat bercakap. Last2 pergi Ambank Yap Kwan Seng.
En CLO kata boleh buat permohonan nak structure semula bayaran to bank supaya rendah sikit la amount nak bayar bulan-bulan since saya ni teraniaya and dah ada commitment another car loan. Borang ape semua dah tandatangan, nanti ada la officer dari bahagian lain akan call untuk bagi offer letter new installment.
Aug 2010
Call CLO nak tanya update sebab takde sape pun call saya lagi. Nama masih blacklist ni. En CLO kate dia dah pass form tu so dah bukan bidang kuasa dia. Tapi dia akan call saya bagi update.
Sep 2010
-
(sibuk cuti bersalin)
Oct 2010
Call lagi CLO. Tak dapat bercakap sebab dia busy. Tinggalkan no nanti kawan En CLO suruh En CLO call Puan Hidayah balik. Ok.
Takde pun call Puan Hidayah balik. Sian Puan Hidayah…
Nov 2010
Saya call CLO, saya tak nak cakap dgn En CLO tu tapi boleh tak awak check dalam system ape update application saya sekarang?
‘Sekarang kes puan ni Puan Officer ni yang handle. Ni no telefon dia.’
So saya call Puan Officer..
‘Ini bukan saya yang handle. Sape bagitau saya yang handle? Ni En Officer yang handle, saya transferkan ke line beliau’
Bila dah terangkan keadaan kat En Officer..
‘saya tak dapat pun borang tu.’
Terus saya membebel.
‘Takpe, berapa amount puan nak bayar bulan2?’
‘Ok nanti saya hantar offer letter and boleh start buat bayaran’
Owh, that’s simple? Cis gile!
Bila ditanya bila nama boleh clear lepas buat bayaran..
‘Sampai habis bayar outstanding balance tu’
Cis gile X 4 juta!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Serius ni nak tanya, seronok ke curi barang orang? Kena pulak dekat orang-tak-kaya. Menyusahkan hidup orang lain. Bagi pulak makan hasil duit haram tu dekat mak bapak, anak-anak. Agak2 dah hitam macamane lah darah mengalir dalam badan seisi keluarga?
Sekarang baru betul2 terasa stressnya hilang kereta. Bayar duit bulan2, kereta orang lain dok lenjan. Tu pun ntah2 enjin kat orang lain, ekzos kat orang lain, pintu kat kereta mat bangla…
Dec 2010
Bayar duit keretanya-takde ...
Friday, December 10, 2010
Bedtime stories for Amir
Bukan setiap kali baca bedtime stories Amir tidur... Most of the time dia lagi galak tersengeh2 justeru tidak tidur.
*Video berikut terpaksa di fast forward kan supaya anda tidak tertidur ;)
Nitey!
Monday, December 6, 2010
Saturday, December 4, 2010
Bekalan buat Amir
Masa jalan2 dalam Alamanda ternampak sale MPH - kami memang dah plan nak belikan bedtime story book untuk Amir. Boleh bacakan waktu malam masa Amir tengah minum susu. It will helps to encourage his language development by talking to him as I feed him, bathe him or put him to bed. Storytelling may be one of earliest interactions with baby. Sementelah mak pak bukanlah penglipurlara, storybook could help a lot.
Pesanan buat Amir:
Mommy and baba mungkin tak dapat nak belikan Amir stroller Quinny atau baby's cot Graco atau bouncer MacLaren atau the most expensive clothes (but mommy hopes diorang ade la buat 80-90% discount suatu hari nanti kan). But we are more than happy to spend on your education. Because knowledge is precious and priceless among other things. Tok Janggut selalu cakap dengan mommy, dia tak ada banyak duit nak bagi... tak ada tanah nak warisi.. dia hanya boleh tanggung belajar so that dengan ilmu tu mommy boleh jadi insan berguna di suatu hari. Rhythmic sangat la tu!
Amir, sila jadi bookworm macam baba ok.
That's a wrap
Bye, Alamanda. We'll see you next time!
Thursday, December 2, 2010
The Curve
Dari zaman muda belia, single-mingle.. Inilah tempat melepak-masa-besar (big time). Sebab a) tak begitu crowded, b) tidak ramai pelancong asing tanpa izin di sini, c) parking senang dan yang paling penting bukan kerjasama tapi it's just 5 minutes away from home. Jadi kenapa nak berbelanja lebih?
Pantang ada occasion dan saya diminta beri suggestion maka The Curve lah tempat paling selalu disuggest.
Birthday kawan2 dan diri sendiri..
Birthday family
Buka puasa pun pilih je restaurant2 yang ada kat Curve ni
Hang out dengan kawan2 sambil layan acoustic. I heart the music so much!