Monday, May 21, 2012

Penang trip & Cousin's Wedding & KPJ!


Last weekend, kami ke Pulau Pinang. Lama dah tak menjejakkan kaki di Penang, last sekali mungkin 2008. Itupun sebab selalu kena outstation kat Penang.

Hari Jumaat, lepas kerja kami bertolak ke Penang, selain kami, mak cik, pak cik dan cousins pun ada. Selepas berhenti makan di Tapah, kemudian ambil adik di UTP, Gopeng, tak banyak pekara yang dapat direkod... mungkin sebab banyak kali terlelap, tapi buat-buat macam 'eh manada saya tidur, tengah teman Ami drive ni' Ngantuk gel!

Photobucket



Sampai di Batu Feringghi pukul 12mlm. Amir yang dah elok2 tidur dari dalam kereta, sampai aja kat bilik terus terjaga. Sampai pukul 4.30am kot. Mommy and baba dah landing atas katil, dia sibuk kumbah bag la.. 'susun semula' barang-barang yang mommy dah susun dekat rak, main baling2 bedak kena muka mommy dan lain-lain.

Pagi esoknya, selepas sarapan kami bersiap-siap untuk ke majlis persandingan Joey dan isteri (bukan Wati Elite tau).

Photobucket

Photobucket

Paw Cik Ngah beli bola di Tapah.


Berpusing-pusing jugak nak cari lokasi persandingan di Restoran Nelayan, Batu Maung Bayan Lepas.

Photobucket


Keluarga belah lelaki.


Photobucket


Pengantin baru

Photobucket


Pengantin lama

Photobucket


Familia..


Photobucket

Photobucket

Photobucket


Amir dan dua-pupunya. Satu-satunya kumbang diantara bunga-bunga.

Photobucket


Tapi sekuntum bunga ini juga menjadi pilihan hati Amir... Always!  ;p

Photobucket



Untuk malam ke-2 di Penang, kami checked-in di Rainbow Paradise Batu Feringghi. Selepas selesai majlis, bergegas kami ke hotel.. satu pekara selesai, now cuti-cuti time!!


Photobucket

The view from our room


Photobucket
Photobucket


Rainbow paradise http://instagr.am/p/KhSQLbwPDp/



Petangnya pula, bermandi-manda di swimming pool dan bercanda di tepi pantai. Masa ni, Amir dah start cranky and batuk makin menjadi-jadi. Sigh. Kesian dia (dan mommy) tak dapat enjoy cuti.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Me and my cousins. Actually masa time sekolah, kitaorang selalu pergi bercuti sama-sama. After many years, ini lah baru dapat berkumpul and bercuti sama-sama again.


Malamnya kami makan di Padang Kota Lama. Then ke Hard Rock, menambah collection baju. Amir got his first HR t-shirt. It was already midnight, rushing sampai tak ambil gambar langsung. Apekah? Kene pergi lagi sekali ni.. Hehe baba, pls take note.


Keesokkan harinya, kesihatan Amir lebih merisaukan huhu Badan dia kejap2 panas, batuk dia dan mommy berlawan-lawan.


Photobucket Sian.. budak tak sihat

Muka pun cembeng manjang...


Selepas check-out, sebelum berangkat pulang.. kami pekena nasi kandaq sat. Then kami bawak kereta naik ferry.. Weeee..



Photobucket

Photobucket


Love.

Penang I'm in love!


The eldest, but the shortest


Photobucket


Bye Penang, nanti cheq mai lagi noh!!



Sampai je KL, Ahad petang, terus ke GP buat ke-3 kalinya untuk dapatkan reference letter nak bawak Amir pergi KPJ. Doctor yang check Amir hari itu (not our favorite doctor), dia kata lungs Amir ok, clear, takde bunyi apa-apa. Mungkin tak perlu warded, katanya.


The next day, Isnin. Kami bawak jumpa paed di KPJ, Dr Asmuni. Dia kata memang tak dengar bunyi apa2 dari lungs Amir, tapi kena challenge dengan nebulizer (neb) untuk tahu samada takde bunyi itu disebabkan mmg tak ada apa2 atau lungs dah penuh / blocked by phlegm. Maka, kami turun ke emergency untuk bagi neb. Bila naik atas dan check semula lepas ambil neb, doc dapat dengar bunyi tapi tersekat-sekat. Oleh itu, yang takde bunyi tadi disebabkan, berkemungkinan phlegm has blocked his airways. So paed minta Amir warded untuk regular neb, physio and phlegm suction (ugh!)

Kalau dengar Amir batuk pun kita tau ada phlegm, doc di GP sangat confident ye.


Another 'trip' after Penang, 3 hari 2 malam di KPJ Kajang. (Happy Mother's Day, Mommy!)



Dua orang geng batuk http://instagr.am/p/KoPAcRQPF1/

Mula-mula sampai kat ward, kemain happy.. ada abang kat bed sebelah rajin melayan dia.


Because he didn't know what it takes to stay at hospital... Regular neb, makan ubat.. tengah tidur pun kena kejut untuk ubat dan gas.. physio and phlegm suction..

I wanna go homeb http://instagr.am/p/KnzapCwPJp/

Ini hasil dia... Muka stress hi hi hi




Peaceful. http://instagr.am/p/KpCuCsQPDW/


Kesian Amir anak bujang mommy sorang.. Tapi sebab lama sangat dengan mommy, dari Jumaat sampai Rabu mommy jaga Amir, langsung tak berenggang.. minggu ni bukan main susah nak tinggalkan dengan babysitter.

Pagi tadi je, Amir bersungguh-sungguh menangis, baba pujuk pun tak nak. Berlari cari mommy dalam bilik.

Malam tadi, baba ambil Amir dari rumah babysitter, one floor up. Mommy saja tunggu kat rumah. Masa tengah turun tangga sampai lah dah dalam rumah Amir sibuk panggil 'my.. my.. my.. my..'

Aduhai. Manjanya.



Off to cousin's wedding http://instagr.am/p/Kg74xVQPNs/


Mungkinkan Mommy yang belum ready dan akan menangis bila Amir ke sekolah nanti?



3 comments on "Penang trip & Cousin's Wedding & KPJ!"

Noral Elissa on May 22, 2012 at 1:20 AM said...

cantiknyaaa Mommy Amir pakai tudung.. serious sweeeet sgt :)

Nur on May 22, 2012 at 11:24 PM said...

alhamdulillah *bushing* thanks :)

wardah @ fie shah on June 7, 2012 at 2:28 AM said...

Dah lama tak masuk sini. Cantik! Alhamdulillah. :)

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates