Dah lebih seminggu Amir batuk, 3 kali dah jumpa doctor di GP, hari Ahad kami mintak reference letter untuk pergi KPJ. One of the doctors, di klinik kami biasa pergi, but not our favorite doctor, he claimed lungs Amir okay, tak perlu admitted, cough tu could be due to allergy.
Hari Isnin, batuk Amir masih belum okay. Walaupun Amir tak all time batuk (but his mommy does! Berjangkit batuk dgn Amir), kami decided untuk bawak jumpa paeds di KPJ. Paeds said, memang ada phlegm blocked, so advised untuk bagi Amir gas. now macam mana doc kat klinik semalam kata macam takde apa-apa? Walhal masa Amir batuk, memang obvious ada phlegm tersekat somewhere between the lungs and throat kot. Lepas ambil gas, baru dapat dengar sedikit pernafasan Amir, tapi paed suruh overnight di hospital supaya boleh bagi gas lagi sebab airways masih sempit.
Tapi mommy tak risau sgt, Amir is healthily running and jumping around, orang cakap tak macam sakit pun. Cuma bila malam especially, batuk Amir teruk. Biarlah duduk hospital kasi baik betul-betul. Kalau sakit, nanti babysitter pun susah nak jaga, mommy pulak susah nak cuti :( inipun mommy skip final presentation class phd and of course cancel lecture. At least ada concrete reason, Amir is warded. Kalau bagitau 'anak saya batuk' semata - diorang boleh question kot. Working mothers' dilemma. Sigh.
Okay, next.
Lagi 4 bulan je Amir nak menjangkau 2 tahun. One thing yang masih belum berbeza sejak dulu, Amir masih clingy dengan mommy and tidak berapa mau dengan orang lain. Ada suara mengatakan 'ko manjakan sangat'. No comment.
Bila Amir makin besar ni, saya dah mula berfikir-fikir pasal education Amir, early education to be exact. Dulu rasa macam, kecik lagi ni.. Tunggu dulu.. Now another dilemma.. Takde benda lain gamaknya dlm kepala emak-emak ni kan dilmmma ;p - Babysitter vs Daycare
Masa Amir baby, memang kuat rasa nak bagi babysitter yang jaga. Lagipun tak banyak daycare yang offer untuk jaga baby 2 bulam. Mujur cousin offer untuk jaga, anak-anak dia pun dah besar, yang lagi best dia bukan ada babysit baby lain. So walaupun jauh sedikit dari rumah dan tempat kerja, bersungguh mommy and baba hantar Amir saban pagi, to ensure you' in a good hands.
Now dah hampir 2 tahun Amir dengan babysitter, segala pahit manis telah dilalui. Maka, membuka fikiran saya untuk option yang lain. Melalui apa yang dilihat, didengar dari experience orang lain; satu perkara penting yg selalu menjadi isu antara babysitter (bs) dan kita adalah -emosi. - babysitter kecik hati dengan kita - kita kecik hati dengan babysitter - kita fussy, babysitter fussy pun ada Dan macam-macam lagi
Semua ini disebabkan tidak ada formal agreement, semuanya verbal. Kalau daycare charge RM10 sejam if lambat ambil anak, untungnya bs takde extra charge, tapi silap haribulan, ambil lambat, muka bs masam mencuka. Lagi teruk kalau kena sindir, kita sendiri dah cukup penat dan stress sebab balik lambat.
Untungnya dengan bs, kalau anak demam sikit or batuk or flu, mungkin kita still boleh hantar anak, if daycare memang susah, diorang kena strict sebab ada ramai kanak-kanak lain. Kita faham. Tapi ada jugak kes, bs suruh kita cuti jaga anak yang sedikit batuk-batuk, susah katanya nak jaga. Padahal batuk pun berjangkit dari sana.
So far yang saya boleh ingat, saya bukan jenis fussy dengan bs. Jarang saya question hal-hal berkenaaan macamana dia menjaga Amir. Sebab kita percaya. Laipun bab menjaga budak ni sangat subjektif, jadi tak expect dia jaga the exact same macam kita jaga. Bs question I ada lah.. ;p terima je lah, mungkin dia rasa we need advice. Terima walaupun tercabar juga keegoan saya sebagai ibu kan. Janji dia confident dia can do better than me, okay what.. Naguslah kalau dia oleh menjaga Amir dengan cukup baik.
Dengan bs kita memang boleh build relationship, serapat macam family sendiri mungkin, tapi bila bAb nak terasa hati pun senang. So masa Amir kecil, my expectation sekadar ada orang boleh attend Amir according to his needs. Sekarang dah mula risau apa yang akan Amir belajar / influenced by with current arrangement.
That's why terfikir pasal play school. Bila hantar ke bs, sama juga maksudnya kita menghantar anak kita ke sebuah keluarga lain, yang mungkin totally different background dari kita, kita suka bs tapi mungkin tidak suaminya (ini contoh shj) atau orang lain yang juga tinggal dalam rumah itu, yang kita khuatir akan bagi bad influence pada anak kita. Di sekolah juga, our kids pun akan expose pada bad influence, tapi di bawah pengawasan cikgu. I believe cikgu lebih rational disebabkan they are professionally hired to do their jobs.
I may don't kow much about sending kids to daycare. Takde experience lagi, mungkin ada unforeseen problems yang tidak dapat di identify. Perhaps those who have experience can share. Sekarang hati lebih berat untuk menghantar Amir ke playschool. Boleh dia belajar, mix with other kids, eliminate bs issues etc. The cost, could be double, tapi itulah harga yang perlu dibayar, kalau bukan sekarang..nanti.
Nanti mommy fikir-fikir kan lagi ye Amir, what's best for you.
Sent from the bottom of my heart.
1 comments on "20th months Birthday!"
Semoga amir cepat2 baik..:)
I pun rasa bila anak dh besar sikit nih mcm lagi prefer nk hantar playschool kot. Kesian dia bosan di rumah. At least boleh belajar dan bersosial (ye ke?). But for beginning might start with 2 days per week ke dulu.. Plan jer la, bila nk hantar pun tak tahulah heheh..
Post a Comment