Sunday, August 29, 2010

Final shopping

9 comments
I'm entering month 9 .. As of today, ticker kat sebelah menunjukkan 33 days left - minus waktu tido, berfoya-foya, kerja, raya sakan = mungkinkah tinggal 13 hari je nak bersiap2 untuk baby.

So hari ini, we decided to go for final shopping for dad's little one..

Baju memang dah beli dari awal, so mission kali ni nak melengkapkan list barang2 yang wajib dibeli je.. *adalah 2-3 barang tak wajib beli, pun dibeli jugak ;p

So we went to one-stop baby centre near to our place.


Kalau bab-bab membaca secara details dan perlukan analisis untuk meng'compare' satu-satu brand dengan yang lain - saya serahkan pada yang pakar

Yes, him. Si emak kan perlu banyak duduk dan berehat sambil menambah barangan di dalam list asal.

Tak banyak pun yang perlu dibeli since pantang ade sale on baby items sebelum ni, kami dah beli sikit2.


Bag is ready, let's go to hospital!!!


Hehe.. I wish I'm 40w pregnant now. Sekarang bersabar dulu ok - peringatan untuk awak juga si kecil. Tak mau threaten si emak dengan contraction lagi ye.


Penghargaan:
Di kesempatan ini (mood raye) saye jugak nak mengucapkan terima kasih kepada mereka yang dah bagi hadiah and barang yang sangat2 lah membantu kami.
  • Aunty Zaila - thanks ya bagi rocker. Hadiah pertama tu *wink*
  • Aunty Diana - sudi memberi bedung, napkins, etc owh pil salindah juga untuk si emak hehe
  • Kaklong - bagi car seat. I like the color so much, very manly hehe Great taste!
  • Kak Taty - bagi secure sleeper, bengkung for mummy, breast pump and banyak lagi la.. Wee, that helps us a lot.
  • Man Ndak - bagi tilam baby plus siap jahit sendiri sarung tilam n bantal. Hmm terharu.. kalau arwah mak ada, mungkin mak buat kan.. betul2 appreciate.
  • Uda - bagi tilam bentuk kepala bear untuk si kecil golek2 nanti.. Hii best, i thought of buying masa pergi kelantan haritu.. tapi itu semua nafsu sebab Mak Ndak dah nak bagi tilam tapi adik saya belikan jugak. U're the best!
  • Mama Ami - she said nak belikan mosquito net untuk cucu nya ni.. Thanks, Ma!
  • Kak Ngah n Abg Amril - belikan baju and kasut baby di Dubai. They said barang baby kat sana way cheaper.. tengah sibuk diorang nak beli barang baby diorang, ingat jugak kat kami. Sweet.
  • Aunty Yanti - dah belikan pampers. She just gave birth and tau berapa banyak pampers nak guna nanti, so pampers one of the best hadiah hehehe. Thanks, love!
Murah rezeki ko nak! Ni tak termasuk lagi to those yang mendoakan kesihatan both mummy and baby. May Allah bless!

Buka Puasa @ Mimpi Muor

0 comments
Macam biasa kalau kedai makan yang best2 atau mane-mane hot-food-spot adalah diperkenalkan oleh abang botak saye. *Gambar beliau tidak akan diupload untuk tidak mengglamerkan beliau.

Semalam lepas shopping di The Curve, kami berbuka puasa di Restauran Mimpi Muor, Mutiara Damansara - area shop-lot near to police station and masjid Mutiara Damansara.


Apakah specialty? ASAM PEDAS - ikan pari, ikan jenahak, ikan merah, ikan parang



Memang menjilat jari. Kuih kuacinya juga sangat sedap, rupanya tak macam kuih kuaci yang biasa tu.

Sambal udangnya 'Like' x100.

Saya memang hantu sambal

Selain masakan asam pedas, banyak lagi juadah dari Muar yang lain; laksa johor, lontong, soto, etc - boleh baca kat banner belakang perempuan mengandung tu.


Saranan kami, MEMANG SEDAP dan patut dicuba..

Sekali lagi, asam pedas dia memang mantap sampaikan abang saya kata kalau nak terbersalin masa tu, dia akan habiskan makan dulu baru hantar pergi hospital. Well, I highly appreciated your kindness. At least u nak tolong hantar pergi hospital kan.. tak kisah la bila-bila..

Kalau tidak sedap, masa kan ini akibatnya..


Apa yang lebih menarik??? Restauran ni kat Damansara je takyah la bayar tol nak gi Muo..

Selamat Mencuba!

Friday, August 27, 2010

Admitted to HUKM.. AGAIN!

11 comments
Sekali lagi di diagnos sebagai Threatened Preterm Labor - sebab tak deliver jugakkan still digelar sekadar 'ugutan'.

3 hari warded, 2 hari sebelum tu I was contracted every 5 minutes. Luckily rasa sakit for few seconds sahaja. So I waited until the pain become more intense. Petang Selasa, macam ada wet sensation, when I checked memang basah pun. Tunggu lagi since I can bear with the pain.

Sehinggalah pagi Rabu, contractions keep coming maka sebelum pergi kerja singgah lah emergency di HUKM for checking purposes, to be safe. Macam biasa, hipotesis kita ialah mesti tidak ada apa-apa dan boleh balik. Macam biasa jugak, hipotesis di tolak dan pencipta hipotesis ditolak masuk ke ward. Masa tengah tunggu giliran kat emergency ward, saya menyaksikan seorang patient yang memang dah dekat nak labor sangat. Lutut menggeletar. *Kalau boleh janganlah saya datang emergency dengan keadaan yang sakit sangat.*

Kalini doctor memang allow labor since dah 34w, tak macam 31w dulu whereby doctor prescribed medicine to stop contraction. Tapi masih belum ada dilation. Memang berdebar! Betul ke kamu nak keluar ni? Tak nak main tendang-tendang tulang rusuk emak lagi kah?

Justeru menghunilah saya wad selama 3 hari, 2 malam. Sebaik wad jauh dari labor room yang bisa memberikan igauan ngeri.

Malam pertama, contraction memang kerap. Maka banyaklah aktiviti 'seluk-menyeluk' berlaku sekitar malam sehingga ke pagi. Tapi, masih takde dilation! Seorang patient yang sama-sama kene tolak dari emergency ke wad pun dah bersalin. Huhu.. Tapi dia dah full term and air ketuban dah pecah. Manakan sama dengan saya budak hingusan berusia 35 minggu ni.

So doc advise tak perlu poke for delivery, selagi takde dilation, amniotic fluid pun masih intact, adalah lebih baik tunggu at least sampai full term. Dengar kah awak nasihat itu wahai anakku? Jangan risau pasal duit raya, raya haji nanti kite collect la..

My condition seems much better on the second night. Saya pun dah boring menunggu kat hospital, lebih baik tunggu kat rumah sambil menonton DVD dan tak perlu memakai baju dan kain besar seperti di bawah:


Pagi tadi (3rd day), lepas doctor check dilation pun takde lagi, I suggested i tunggu kat rumah je, their concern is premature baby boleh keluar walaupun tak fully dilated.

Hope dijauhkan dari kemungkinan itu. Now, it's bed resting time.

Thursday, August 19, 2010

Apa yang anda risaukan dalam 2 bulan terakhir ini?

6 comments
Orang kata, bila masuk 7 bulan je.. semua dah kena siap sedia. When I was 7 months pregnant, walaupun dah siap beli baju semua..tapi still ‘malu-malu’ nak simpan beg dalam kereta.. Nanti orang kata semangat gila pulakkan. Sekali, I was threatened by preterm labor, masa nak pergi hospital itulah baru terhegeh-hegeh masukkan beg baby. Masatu pun sangat yakin yang sakit tu takde ape2 and boleh balik rumah. It turned out, kene admit kat hospital.
So my advice, MEMANG KENA BERSIAP SEDIA bila dah masuk 7 bulan tu. Bila masuk 8 bulan, and berbekalkan experience saya yang diserang contraction haritu, memang asyik terfikir je – it could happen at anytime! Oleh itu, semua neuron di otak sebelah kiri dan kanan bersatu-padu menghasilkan 1001 soalan – soalan pertama: Adakah saya akan rasa macam nak labor bila sedang makan rendang di kampung tercinta hari raya nanti walaupun due saya sepatutnya 1/10? Sempat ke nak sampai ke UKMSC dengan jem hari raya atau kene bersalin kat Hospital Kuala Pilah? Uwaaaa..

What you may be wondering about in 8 months and counting…

Braxton Hicks
Masa tengah pregnant ni, macam hot stuff betul si Braxton hicks ni.. Everyone is talking about it. Sikit-sikit Braxton hicks. Maybe ada yang dah start rasa or maybe belum. It begin sometime after 20th week of pregnancy. Braxton hicks ni macam rasa contraction jugak, tapi selang masanya lama.. bukan macam kite dah dekat nak labor. There are few ways nak differentiate Braxton hicks with the real contraction:
- Selang masa Braxton hicks lama. Mungkin rasa perut bunch up and harden once in half an hour
- Sakit masa Braxton hicks akan disappear kalau kita ubah position. Kalau tengah baring, cuba berdiri and berjalan

If the contraction don’t subside with a change in activity, then selang masa jadi lebih cepat.. maybe u can feel the tight sensation every 5 mins, you may be in real labor!
Tips : If you have more than four Braxton Hicks in an hour, silalah telefon gynae anda untuk bertanya. Jangan main-main with early contraction yang kita ingat Braxton Hicks it can lead to preterm delivery.

Baby’s Position
Susahnya hati kalau baby not in the appropriate position by this time. At least, biarlah kepala baby dah kat bawah. Tapi still banyak scenario where sekarang ni baby masih lagi in inappropriate position for labor, tapi ada kemungkinan jugak baby akan ubah position a few hours before labor. So kalau at 7/8 months ni baby belum lagi ke bawah, my gynae advice buat ‘ketuk ketampi’ or squat nak urge baby turun ke bawah. Maybe you can try.

Vertex

- Baby’s head down and curled in the "fetal position,"
- Head will be in your pelvis and his chin to his chest
- Some will move to the vertex position during labor
Though this is the optimal position for birth, tapi ada jugak isu lain – sama ada baby’s face is anterior or posterior

Anterior

- If he is facing your back
- The favored baby position
- Allows the baby to most easy maneuver through your pelvis and out into the world

Posterior

- If your baby is facing your front
- Baby’s spine will be along your spine and her face towards your front
- can create "back labor" - is a backache during labor
- Most posterior babies will turn during labor, but a very few will be born face up - called "sunny side up!"
- Tips : If the baby position is persistently posterior, avoid sitting back in chairs. Try to adjust yourself so that your belly is hanging in front of you, or lay on your side leaning slightly forward.

Frank Breech

- Baby's bottom is down
- Baby’s legs facing straight up and flat against the face

Footling Breech

- One or both legs pointing down

Transverse

- When the baby is lying sideways in the uterus

Oblique

- When the baby’s head is pointing toward mom’s hip instead of toward the cervix.

Driving Now
Sebenarnya boleh je kita drive walaupun perut dah menggunung ni, as long as – You can fit the driver’s seat! ;p
So adjust la both kerusi and steering kereta tu, kalau short distance tak jadi masalah. Kalau long distance pulak, tukar2 lah position if lenguh. Berhenti kat RnR, buat senaman ringan sikit hehe.. At least you can get up and walk around. TAPI, jangan pulak drive sendiri ke hospital while in labor walaupun hospital anda dekat.

Tapi, kalau kita tak buckle up, polis saman tak?

Making Love Now
Auwww.. malu!
Macam-macam pandangan orang pasal ni, ada yang kata ‘Jangan’ dan ada yang kata ‘Silakan’. Are you confused yet?
Actually tak banyak research pun pasal sex in the late pregnancy. It is widely believed that neither intercourse nor orgasm alone triggers labor unless conditions are ripe. If the conditions are ripe, it’s been theorized, the prostaglandins in semen might be able to help get labor party started. If you’re still in the mood – PROCEED! =)
The best thing to do if you still unsure, check with your practitioner to see what the latest consensus is and what’s safe in your situation – especially to those who are at high risk for premature delivery.

Weight gain generally slows down or stops
Last checkup at 33weeks, I noticed berat badan tak naik. Risau jugak. Untill doctor scan and tengok berat baby still increase. Alhamdulillah. I wonder jugak kenapa la berat tak naik seperti dulu kala – 4kg a month?! Errr..

Indo dari bacaan:
To those who reach the end of pregnancy maka anda juga semakin ke kemuncak kenaikan berat badan. In fact sekarang pun kita dah risau pasal nak turunkan berat badan nanti. But this weight-going-down thingy is perfectly normal. Is one way your body gets ready for labor. Amniotic fluid pun semakin berkurang dan menyumbang kepada penurunan berat badan ni - owh selama ni yang berat tu bukan saya, air ketuban rupanya. Lagi mau perasan padahal badan ni masih lagi puffy!
And loose bowels (common as labor approaches), tu semua la yang berat kita boleh turun. Hmm I notice jugak system perkumuhan badan semakin lancar – sehari 2-3 kali kot. Jeng! Jeng! Jeng!

Apa lagi ye yang dirisaukan? Ha yang ini…

Water Breaking in Public
Kalau tengok movie tu kan ade je scene yang tiba-tiba water breaking in public! Bayangkan tengah berjalan kat KLCC tiba2 waterfall muncul? Kena gelak tak kita nanti? Jangan risau itu hanya imaginasi ibu mengandung.
Kalau betul pun water breaking in public, mungkinkah ada orang ketawa berdekah-dekah sambil memegang perutnya? Mungkin tidak, ntah-ntah orang sekeliling kita lagi cemas dari kita and offer help or discreetly ignore you. In fact, 85% of women enter the birthing room with their waterbag fully intact. If you’re standing / sitting / walking, the amniotic fluid will more likely to come out as a slow trickle – or at most a small gush. That’s because when you’re upright, baby’s head acts like a cork in a bottle, blocking the opening of the uterus and keeping the most of the fluid in. Unless la kalau anda berbaring, maybe la fluid tu keluar sekali banyak – which you probably don’t do in public.

Ni baru risau pasal pekara2 yang mungkin berlaku before delivery. Belum cerita pasal kerisauan semasa delivery lagi.. Nervous!

Monday, August 16, 2010

Anak emak kah?

7 comments
Bila tengok gambar scan kat bawah ni..



I wonder la budak kecik ni ikut sape lah tidur mulut jadi camtu. Bibir macam menebal je.. At this point of time kan kite ni suka lah main teka2 ikut muka sapa berdasarkan gambar scan yang tidak seberapa itu.

Eh muka u la.. bibir u tebal
Tak, muka u.. kan hidung u kembang..

Padahal, tunggu jelah bape bulan je lagi kan.. Tapi normal la tu, memang seronok buat hypothesis ni.

Di satu pagi yang hening, masa baru bangun tido.. Tapi rasa macam kalau boleh nak tido lagi sebab the whole night tak lena, tapi malu la nyah bangun lambat di rumah mertua kan ;p

Saya pun berjalan malas menuju ke tempat sangkut towel, sambil melintasi cermin.. Sempat menoleh kejap kat cermin. OMB (Oh my baby), kenapa bibir saya juga macam naik ke atas dan menebal, muka sembap gile, kembang semangkuk - sebijik macam muka baby kat atas tu yang mula2 saya teka ikut muka bapaknya.

Manalah aku pernah tengok muka aku masa tido kan... Hihihi. Inipun tekaan saya saje.. tunggu lagi 45 hari.

Tuesday, August 10, 2010

Ibumu.. Ibumu.. Ibumu.. Ayahmu

1 comments
Ketika datang seorang sahabat pada Rasullullah dan bertanya…
Pada siapakah aku harus berbakti…?
Rasullullah menjawab…Ibumu
Sahabat bertanya lagi…lalu siapa?
Jawab Rasullullah…Ibumu
Sahabat masih bertanya lagi…lalu siapa lagi?
Sekali lagi Rasullullah menjawab…Ibumu
Yaa Rasullullah, kepada siapa lagi aku harus berbakti…
Ayahmu…jawab Rasullullah.

Masuk je bulan ke-8, baru terasa gabungan segala simptom - dari simptom 1st trimester, 2 dan 3! Sekarang selalu pening kepala dan muntah2 semula PLUS tidak ada lagi tidur malam yang diulit mimpi. Selalu terjaga sebab perut mengeras la, sebab sakit belakang, lenguh kaki, sebab nak kena pergi toilet.. Rasanya at least every 2 hour ade je terjaga sebab something. Jangan kata malam, nak qadha tidur waktu siang pun susah. Maksudnya, tak ada dah la tidur lena sekarang.

Masa 7 bulan, rasa macam masih bertenaga. Tapi sekarang, jalan beberapa meter pun dah termengah. Yang lagi best, kalau tengah jalan tu rasa penat ya amat.. Mulalah jalan 'gaya penguin' keluar.. Hehe..macam bila kita masuk marathon pastu dah nak penat gile tapi tetap nak habiskan sampai ke garisan penamat sebab nak menang, masatu tak kira dah gaya larian, kaki terkangkang-kangkang. Padahal badan n perut tak la besar sangat tapi mungkin beratnya tu tak mampu badan nak tampung. Sakit belakang walaupun datang sekali sekala sehari, tapi bisanya.. Nak menitik jugak airmata.

Ini baru masa mengandung.. belum waktu melahirkan. Surely, banyak dah kita baca and tau macam mana susahnya nak melahirkan.

Sekarang asyik teringat arwah mak.. Lahirkan 7 orang anak. Masih ingat waktu mak nak lahirkan adik bongsu, pukul 1 or 2 pagi kot mak pergi rumah jiran nak mintak tolong hantarkan ke hospital, jalan SEORANG DIRI masa sakit. Ayah takde kat rumah, ayah kerja jauh.

Kita sekarang (ya, termasuk saya!), suami nak kena ada masa dah dekat nak bersalin.. nak hospital yang allow husband masuk masa deliver, yang lagi best... masa check-up pun nak suami temankan ;p
- which is good to give morale support etc..

Tapi, macamana lah kan mak-mak kita survive dulu?


Rindu pada mak. Al-fatihah.

Thursday, August 5, 2010

Threatened Preterm Labor (TPL)

11 comments
Harini genap lah 32 minggu kamu berada dalam perut saye..

Braxton Hicks
Baru hari Isnin lepas dapat email dari Whattoexpect pasal Braxton Hicks. But i don't bother to read further, yelah belum pernah kot rasa sakit contraction. And memang asyik fikir lama lagi ni.. Well, hari Selasa lepas.. pagi-pagi lagi rasa perut mengeras and a bit painful. I thought that was normal, I went to pee in case that can helps. Much better after that.. Tapi, around 10.50am, perut mengeras lagi and ada rasa cramp. I wonder what.. So I monitor, every 5 minutes perut akan mengeras and rasa cramp for about 20-30 seconds. Almost 2 jam jugak it last. I suddenly thought of Braxton Hicks, bila dah kurang sakit barulah terhegeh-hegeh nak ambil buku Whattoexpect nak baca pasal Braxton Hicks hehehe

Braxton Hicks is like rehearsal contractions. So they are not true labour. Tapi susah jugak nak differentiate when Braxton Hicks become more intense. At that time, I just fikir ni mesti Braxton Hicks je, tapi sakit yg datang 4-5 mins once tu buat I confuse jugak. So I asked a few friends, ada yang kata maybe Braxton Hicks but my sis in law asked me to consult with my gynae, because we can't really tell what's happening in there. Hmmm..nak tanya gynae pun malu ;p because I memang confident sakit acah-acah je tu, nnt gynae kate aku ni semangat sangat pulak kan. So I just baring and relax. Sejam je relax, and again sakit tu datang lagi, every 5 mins jugak and this time around memang sakit betul. I can see perut I mengeras and nampak pergerakan perut tu naik. Ouchhhh...

So I called Prof Hashim, and he asked me to go to emergency and perform CTG to check whether memang ada contraction atau tidak. Ok, sekarang ni saya memang cuak! I thought doc akan kata 'alah normal tu.. relax je..' instead he advised to go to emergency. Huhuhu.
Sepanjang jalan ke HUKM, I monitor lagi.. memang every 5 mins perut mengeras.. Oh, kamu nak keluar sekarang ke nak oi?

Emergency Ward
It took a while nak tunggu turn nak kene check. Memang berdebar-debar la masa tu. Camanelah CTG tu gamaknye kan, haritu tengok gak machine tu masa my sis in law tgh tunggu waktu nak deliver. Terfikir jugak kene 'seluk' kah aku hari ini? (Memang takde persoalan lain)
So sampailah turn saya dipanggil, i really hope sakit acah-acah je. And I rasa mesti diorang tak dpt detect any contraction from CTG machine tu. But I was wrong! Diorang detect ade contraction for every 2 mins. Glup! Mujur bila doc check dilation belum ada lagi.
Doc kat emergency kata I have to be admitted untuk di observe while diorang akan bagi ubat untuk stop the contraction. Otherwise takut contractions lead to dilation, it can cause preterm delivery. And it's very risky since I baru je 31 minggu 4 hari. Glup!
Selain tu, diorang ada bagi injection Steroid jugak untuk kuatkan lungs baby in case betul2 baby nak keluarkan.

Malam pertama di High Dependency Unit (H.D.U) di HUKM
Malam pertama memang tak best... lebih2 lagi di hospital ;p
I kena stay kat H.D.U with 4 other patients. I started to take Nifedipine - ubat untuk stop contraction. In my case, to halt the contractions is the best primary goal. Doc tak nak deliver premature baby. Plus, masa tu diorang takde incubator! Kebetulan ada banyak case premature labour. Haish...
Malam tu memang tak lelap tido, dengan sakit yang datang-datang. And kebetulan ada sorang kakak ni opposite my bed tengah kritikal. She's 30w pregnant, ada high blood pressure and tumpah darah. Hmm kalau dah ada sign tumpah darah or water breaks memang diorang tak boleh nak hold lagi and proceed with caesar nak keluarkan baby. It's like watching House at real scene! Huhu camane nak tido ni.. Doc and nurses pun sibuk keluar masuk nak attend case kakak ni. Bila kakak tu dah ditolak masuk ke operation theatre (OT) barulah boleh lelapkan mata. Tapi sekejap je.. H.D.U ni beberapa jengkal je dari labour room. Maka, sekali sekala terdengar la jeritan batin si ibu nak melahirkan anak. Ya, Allah! Tapi bila dengar suara baby nangis pulak, it's like membakar semangat la kononnye ;)

Sakit datang lagi dan situasi yang mengharukan
Dalam pukul 4 lebih saya terjaga, perut mengeras and sakit. Kalini lebih sakit lagi. And sakitnya lama around 45 mins tanpa henti. So I called nurse, nurse letak tangan atas perut and monitor. She said maybe selang 30 secs ni. Huhu..
Then I saw kakak kat depan katil tu dah ada kat katil dia, maybe dah selesai la kot operation. I terfikir, kakak tu 30w pun boleh deliver dah.. I hope my case ni, kalau betul2 kene deliver sekarang would be ok. Then I saw nurse bawak baby masuk pada kakak tu. I heard she was crying. Oh, touching! Bestnye dia dah hold baby dia..
Then I tanya nurse pasal kakak tu. Nurse kata baby dia dah expired - which means dah meninggal. I could not hold my tears. I was so scared. Baby, jangan keluar dulu..u are too fragile to be out here. I hope he listens..

2nd day at H.D.U
Pagi2 lagi Prof Hashim dah datang round. He's worried too since diorang still ada masalah facility for pre mature delivery. And I once in a while ada contraction. So kena continue ambil Nifedipine tu. 2nd day seems ok at first, since sakit at 4 something tu, then takde contraction lagi.
Langit tak selalunya cerah... huhu
Petang tu, about 5 something, sakit datang lagi. Hmmm sakitnya, tapi rasanya tu baru 1/4 dari sakit dah dekat nanti. Kebetulan Prof Hashim baru lepas keluar dari OT, dia suruh nurse bagi Pethidine to ease the pain. Masa ni Prof dah kata 50-50. kalau ada incubator etc dia mungkin dah induce.
Haish berapa kali kene inject kat bontot ni huhu.. Alhamdulillah after a while rasa kebas je and weng hehe.. Terus terlelap.

3rd day - Yeay boleh balik!!
Memang power sungguh Pethidine tu, Prof Hashim pukul 8 pagi dah sampai nak check, aku membuta lagi! Good thing is contraction dah takde lagi. Since dah macam ok, Prof kata dah boleh discharge tapi still kena ambil ubat stop contraction. Ah, I can't wait to come home.
So sekarang kene rehat kat rumah, I can't go to work for about 1 week. Next week ada checkup so Prof akan advise further on my condition.

Thanks to docs n nurses kat HUKM!

p/s: Seram jugak nak merasai contraction sekali lagi in few weeks time nih... Moga Allah berikan saya kekuatan!

Monday, August 2, 2010

Solat Duduk

3 comments
Info untuk ibu mengandung untuk melakukan solat secara duduk:


[Click to enlarge]

Study berkenaan senaman yang bagus dilakukan sewaktu mengandung (dan kesemuanya menyerupai pergerakan dalam solat):
  • Latihan menundukkan tubuh ke hadapan; ia menyerupai keadaan ruku’ dalam solat.
  • Latihan berdiri dan duduk dengan lutut ke atas atau bertinggung; Ia menyerupai keadaan berdiri dan turun untuk sujud dalam solat
  • Latihan knee-chest position; menyerupai kedudukan sujud
  • Dusuk dengan tenang; serupa dengan duduk dalam solat

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates