Tuesday, August 10, 2010

Ibumu.. Ibumu.. Ibumu.. Ayahmu


Ketika datang seorang sahabat pada Rasullullah dan bertanya…
Pada siapakah aku harus berbakti…?
Rasullullah menjawab…Ibumu
Sahabat bertanya lagi…lalu siapa?
Jawab Rasullullah…Ibumu
Sahabat masih bertanya lagi…lalu siapa lagi?
Sekali lagi Rasullullah menjawab…Ibumu
Yaa Rasullullah, kepada siapa lagi aku harus berbakti…
Ayahmu…jawab Rasullullah.

Masuk je bulan ke-8, baru terasa gabungan segala simptom - dari simptom 1st trimester, 2 dan 3! Sekarang selalu pening kepala dan muntah2 semula PLUS tidak ada lagi tidur malam yang diulit mimpi. Selalu terjaga sebab perut mengeras la, sebab sakit belakang, lenguh kaki, sebab nak kena pergi toilet.. Rasanya at least every 2 hour ade je terjaga sebab something. Jangan kata malam, nak qadha tidur waktu siang pun susah. Maksudnya, tak ada dah la tidur lena sekarang.

Masa 7 bulan, rasa macam masih bertenaga. Tapi sekarang, jalan beberapa meter pun dah termengah. Yang lagi best, kalau tengah jalan tu rasa penat ya amat.. Mulalah jalan 'gaya penguin' keluar.. Hehe..macam bila kita masuk marathon pastu dah nak penat gile tapi tetap nak habiskan sampai ke garisan penamat sebab nak menang, masatu tak kira dah gaya larian, kaki terkangkang-kangkang. Padahal badan n perut tak la besar sangat tapi mungkin beratnya tu tak mampu badan nak tampung. Sakit belakang walaupun datang sekali sekala sehari, tapi bisanya.. Nak menitik jugak airmata.

Ini baru masa mengandung.. belum waktu melahirkan. Surely, banyak dah kita baca and tau macam mana susahnya nak melahirkan.

Sekarang asyik teringat arwah mak.. Lahirkan 7 orang anak. Masih ingat waktu mak nak lahirkan adik bongsu, pukul 1 or 2 pagi kot mak pergi rumah jiran nak mintak tolong hantarkan ke hospital, jalan SEORANG DIRI masa sakit. Ayah takde kat rumah, ayah kerja jauh.

Kita sekarang (ya, termasuk saya!), suami nak kena ada masa dah dekat nak bersalin.. nak hospital yang allow husband masuk masa deliver, yang lagi best... masa check-up pun nak suami temankan ;p
- which is good to give morale support etc..

Tapi, macamana lah kan mak-mak kita survive dulu?


Rindu pada mak. Al-fatihah.

1 comments on "Ibumu.. Ibumu.. Ibumu.. Ayahmu"

Mrs Nageb on August 10, 2010 at 4:49 PM said...

saya sokong pn baha :) beza dulu dan sekarang..dulu lain sekarang lain :)

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates