1) Beli ticket awal sebab ada promotion. One of my students kat previous college yang bagitau, he's originally from Sabah so homepage kat IE computernya ialah AirAsia. Pantang ada promotion confirm dia tahu. Maka membelilah kami ticket ke Sabah pada bulan January yang lepas untuk terbang pada bulan September.
2) Bulan April pulak, Tune Hotel buat promotion, teruslah book hotel untuk trip kami selama 5 hari, Jumaat > Selasa.
3) 2 bulan selepas mula bekerja di tempat baru, yakni bulan 8.. dapat tahu yang regulation di sini, lecturer tak boleh apply annual leave pada hari yang ada kelas. I was unfortunate sebab jadual untuk semester September, Isnin dan Selasa ADA KELAS! Arghhhhh..
4) Call AirAsia nak tanya pasal nak tukar flight ke tarikh lebih awal (walaupun dah tau confirm tak boleh tapi masih call). Tapi, apa yang saya dapat tahu ialah..... THERE'S NO SUCH BOOKING NUMBER IN THEIR SYSTEM. Maksudnya, takde ape2 pembelian tiket berlaku di sini. Well, kenapa berlaku I pun malas nak figure out, bila check dengan card credit memang tak kene charge then it's okay. But not really Okay, sebab hotel dah book, selain itu kami memang sangat teruja nak pergi Sabah, been talking about the trip since January der.
5) Fikir punya fikir, kami pun membeli lah tiket yang tak berapa nak promotion. Sigh.
6) Di hari keberangkatan, kami sangat confident flight departure pukul 5 lebih. Sangat confident. Pukul 2 ambil Ami dekat LRT before ambil Amir di rumah babysitter. Sementara tunggu Ami, I tengok itinerary. WHAT???? Flight pukul 4??? Pukul 2, kami masih di Cheras. Rupanya flight pukul 5 lebih ialah flight yang tak jadi tu. Hohohoho. Tak pernah se'lousy' ini in planning.
7) Akibatnya, tak jadi suruh adik hantar kan ke airport sebab kami memecut terus. Dan terpaksa parking kat LCCT, sehari RM34 x 3 hari.
8) Nak jadikan cerita lagi, disebabkan nama Amir under nama Ami - maksudnya Ami membawa infant maka tak boleh web / mobile check in. I dah check in and ada boarding pass. Dropkan Ami and Amir dekat enterance departure, so emak pergi mencari parking. 2 KALI pusing noks, parking penuh, jam menunjukkan pukul 3.05. Seram. Akhirnya jumpa parking di Zon C, yang paling jauh dari LCCT sebab lot parking yang kita nampak bukan main dekat dgn airport itu adalah UNTUK STAF SAHAJA. Nice.
Apa-apa pun memang salah diri sendiri sebab tak check betul-betul :(
Tapi... tapi... tapi....
Kami sangat-sangat enjoy dengan trip ke Sabah ni, walaupun jangka waktu dipendekkan.
Muka puas hati akhirnya dapat masuk ke gate perlepasan. Masa tengah parking I dah terfikir sure diorang kata dah lambat sangat and tak bagi masuk.
Ignore muka Amir, apa-apa keadaan pun cam gitu le expression nye.
Dan Alhamdulillah sampai ke KKIA safe and sound.
As mentioned, kami menetap di Tune Hotel, terletak berdekatan dengan 1Borneo. Jauh sedikit dari city KK. Naik cab dari airport ke hotel - RM50. Pernah baca review dari sorang blogger, kata Tune Hotel okay. Well okay je cuma kecik la sangat. Kalau dengan family mungkin tak sesuai. And as we know, Tune ni kita kene add-on; Air-cond for 24 hours - (RM20++ , TV for 24 hours - RM6.90. Kami duduk 3 hari, 2 malam; ambil 24 hours je dah cukup, dia akan kira berapa kita guna. After all, kita bukan duduk kat hotel 24 jam kan.
"Welcome to Tune Hotel" kata duta AirAsia.
Akibat tak cukup kawasan bermain....
Lenyek pisang atas bedsheet.
One good thing about Tune Hotel ni ialah dekat dengan hypermall, 1Borneo (1B). So senang lah nak cari restaurant untuk dine dalam mall tu.
1st Day Activity : Island-hopping
Untuk ke island-island menarik di Sabah ni such as Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik and Pulau Sulug (or as what they called Tunku Abd Rahman Marine Park), one has to take the speedboat from Jesselton point, KK city. Dari Tune ke city ambil masa 30 min, tambang cab - RM25.
Nanti kat sana ada lah kaunter2 jual tiket bot ala-ala kaunter jual tiket bas kat Puduraya dulu-dulu. Dok panggil2 beli tiket kat dia. Rasanya sama je harga.
Naik speedboat ke pulau-pulau ambil masa 10 mins je, per ride to one island is RM7. Kami pergi ke 2 island sahaja, Manukan and Sapi (antara yang famous). And kalau nak sewa life jacket + snorkel = rm14.
Cost --> (RM7*2 island*2 pax)+(RM14*2 set).
Yang kelakarnya, kami tak snorkeling pun..sapa yang nak jaga Amir kan. Patut tak payah sewa life jacket n snorkel tu, masa naik bot memang dah disediakan life jacket.
Mula-mula cuak jugak nak bawak Amir naik speedbot, masa on the way pergi... Dia tidur!
Layan gila lah tu angin tiup2 kat muka, bot pulak terhenjut2...
NOTE: Island pertama yang kita akan masuk, kena bayar enterance fee - RM3. Simpan tiket, dan tunjuk masa masuk island yang lain. Tak perlu bayar lagi.
Aktiviti main makan pasir
Tengok tu.. perlahan-lahan je dia seludup pasir masuk mulut.
Tapi dekat Sapi tak banyak sangat aktiviti boleh buat. Kedai makan ada lah 1-2, nampak gaya macam mahal. Kami main-main pasir aje lah sambil tengok orang snorkeling. Lepas tu terus berangkat ke Manukan.
Manukan LAGI BEST dari Sapi! Tak perlu snorkeling, dari atas jeti je dah nampak ikan.
Di enterance Pulau Manukan
NOTE: Tak digalakkan beli barang-barang as in makanan or minuman di kedai souvenir kat enterance ni sebab mahal sikit. Bila kami masuk dalam lagi, ade je kedai kecil yang jual biskut, air dengan harga yang lebih reasonable.
Tadi cakap Manukan best kan, 1) dia ade kedai makan biasa-biasa so murah je.
2) Ade tempat sewa mat, kawasan pun lebih besar so banyak tempat boleh dipilih untuk melepak lama-lama tepi pantai dan tidur.
Serius layan.
3) Lebih banyak facility berbanding Sapi seperti kedai makan, surau, toilet, etc.
4) Surrounding pun lebih menarik sebab ada guest house / chalet dekat dalam pulau tu.
Next time kalau ada rezeki ke Sabah, maybe perlu experience stay dalam island.
Okay, lesson learned dari Sapi Island.. si bapa belikan Amir beach toy untuk main pasir. Harga di kedai souvenir kat enterance tadi adalah RM34, harga di kedai buruk dalam island ialah RM14.
Hampir 2 jam melepak di tepian pantai, tibalah masa untuk pulang. Sob. sob.
Tidur lagi dalam boat.
Well, bercakap pasal kedai makan.. tak banyak yang kami dapat explore. Kebanyakkan masa kami rushing nak makan so makan kat kedai2 biasa je. Berdekatan hotel, ada Restaurant Getaran Jiwa, not so bad.
Retaurant ni opposite UMS.
Okay, keesokkan harinya meneruskan aktiviti beriadah di Kinabalu Park (kaki gunung Kinabalu). The view is so so so AMAZING. SubhanAllah.
Perjalanan dari Tune ke Ranau (lokasi Kinabalu Park) lebih kurang 60-80km, 2 jam. Kalau dari city KK lebih lama kot. Lalu dekat jalan kampung sangat-sangat menyeronokkan. Peaceful.
Before sampai ke Kinabalu Park, ada pekan Nabalu. Ada beberapa kedai souvenir kecil tepi jalan.
Sekilo RM8! Mari! Mari! Mari! Muka masam tapi dia clown!
Perjalanan diteruskan lagi, tapi before sampai ke tempat yang dituju, berhenti lagi sebab ternampak puncak gunung Kinabalu (padahal kat atas nanti confirm lah lagi nampak kan)
So berikut adalah view bukan dari Kinabalu Park. Ini pun dah sangat awesome.
Berat seh u ni...
Jom tengok view dari Kinabalu Park sendiri.. AwetotheSome!
Puas hati Amir dapat lepas...
Mommy and Baba pun ambil kesempatan
So selain dari park di enterance masuk (enterance fee: RM3), boleh naik lagi by driving ke starting point. All the way, nanti ade lah pit stop ada hut boleh duduk2, lepak2 and view Kinabalu peak from different angle. Untuk pengetahuan lanjut, sila rujuk kepada peta yang disediakan di park tersebut.
Bye-bye Kinabalu Park, kami ke Pasar Philipine. But nothing catch our interest here, setakat beli baju I <3 KK.
Malam terakhir di Sabah, kami pergi makan seafood gi Gayang Restaurant as reccomended by a friend. The food is okay, we did enjoy our dinner. Landmark ke sini; heading to Pelabuhan Sepanggar, cari Politeknik atau Kampus Intan Sabah. Kawasan macam pedalaman sikit tapi bila sampai je kat kedai tu, bukan main ramai orang lagi.
High-chair ni memang untuk berdiri kan Amir kan..?
The price is quite reasonable, ikan masak 3 rasa + ketam + butter prawn + sayur campur + 1 jug chinese tea = RM87. In fact quantity makanan adalah lebih dari 2 orang boleh makan. Butter prawn pun kitaorg tak habis.
Itu aje lah aktiviti yang sempat kami explore kat Sabah. Pagi2 Isnin dah kena bertolak balik ke Semenanjung.
Di KKIA. Mengantuk lagi si Amir.
Bye-bye Sabah!
Before gerak balik ke KL, berhenti breakfast di Petronas selepas airport. Agaknya Amir penat sangat sampai macam gini ha gaya nya...
Dari belakang.
Dari hadapan.
:)
7 comments on "Long-awaited Trip ------> S.A.B.A.H!"
Bestnye babe....teringin nak g
sabah.. im coming.. good review.. kiteorg bli yg promo hari tu. fly april next year.. :)
welcome sabah ^__^, its a nice place to relax
syuhaila - u won't regret!
sabah memang best!
sabah bestkan..rasa nk p lagi.tp kali ni ada anak la pulak ")
seronoknye amir makan angin..last time p sabah time peknen..so tak dpt ke pulau..next year ingat nk ke sana lagi...nk g round pulau lak..
eh baby sling tuh ko bli katne ek? nampak cam besh lak...hihi
waa.. rindunya kat KK.. bila la dapat jejak kaki ke sana lagi.. huhu
Post a Comment