Friday, September 9, 2011

362 Hari Bersama Amir


Lagi 3 hari sebelum tarikh hari jadi Amir yang pertama (English Calendar), 12 September. Sempena birthday Amir yang pertama ni, terimalah award-award yang berikut dari ibumu ini:

1) Cannot-wait Unborn Baby Award
Masa 31 minggu dalam perut, Amir dah sibuk mengetuk pintu untuk keluar. But the highway wasn't ready. Terpaksa mommy tidur di hospital beberapa hari untuk doctor monitor in case deliver pre-mature baby. Tidak cukup dengan itu, gagal di percubaan pertama, Amir kembali mengetuk pintu untuk keluar, dan di hospital lah mommy tidur untuk beberapa hari lagi masa kandungan berusia 34 minggu. Akhirnya, genap 9 bulan, terus Amir menendang-pecah air ketuban tanda 'I can't wait any longer, bring me out!'


2) Selective Baby Award
Memandangkan Amir dah memecahkan air ketuban, terpaksa lah mommy admit di Hosp Kuala Pilah. Pecah pula masa raya ke-2, lupakan lah sahaja niat nak ke UKMSC. Trafik tidak mengizinkan. Orang kata, bila dah pecah air ketuban, gesa sakit bersalin / contraction akan jadi cepat. Satu malam suntuk mommy tunggu, tak datang lagi contraction. Doctor kata pulak, kalau takde contraction, tak boleh nak check dilation etc. Maka, mommy tak tahu la bila boleh Amir keluar. Menyebabkan, keesokkannya Baba memecut laju ke UKMSC bawak mommy. And of course Amir sekali yang masih dalam perut. Ingatkan nak lahir September, 11th. Huh. Di sana juga lah Amir telah selamat dilahirkan, yakni tempat kita checkup tiap-tiap bulan dengan doktor yang setiap kali pergi scan dia akan sindir Amir dengan berkata 'Ini memang takde orang lain dah, memang dia lah tu' Tulah, sapa suruh Amir terkangkang luas sangat.

3) Hair-less Baby Award
Tulah, Amir keluar cepat no. Rambut kurang, bulu kening n bulu mata pun takde lagi! Bila dah besar sikit, barulah nampak halus-halus je rambut yang tumbuh. Sekali masa 1-2 bulan, bahagian tengah rambut pulak gugur! Alamak baru je nak tumbuh..


ha.. kan dah mcm professor kat Oxford



See.. takde kan?

4) High-pitch Cries Baby Award

Bila Amir keluar aje dari tummy mommy, Amir tidur. Senyap. Tak bergerak. I'm scared to death. Dalam masa beberapa minit yang Amir senyap takde respond tu, macam-macam dah mommy fikir. Sampai menangis sebab risaukan Amir. Prof Hashim kata Amir is going to be okay. Tapi mommy tengok nurse still struggle nak 'wake up' kan Amir. Mommy menangis lagi sampai... You took turn, menangis kuat gila sampai satu wad dengar!


5) Jaundice Baby Award
Jaundice adalah normal for a newborn baby especially the first fortnight. By right, jaundice will disappear later by 14 days of life. Tapi, bagi kes si comel Amir, dah sebulan pun masih nampak kuning-kuning lagi. Dan reading jaundice sangat tinggi iaitu 300, siap bila dah turun reading tu.. beberapa hari kemudian naik lagi ke 300. 2 kali admitted hospital.


Ni selepas discharged from hospital kali pertama, hari ke-5. Masih kuning.


Hari ke-14, kena repeat blood test. Masa ni reading consider tinggi, kalau tak silap reading masih 180-200.

6) Colic Baby Award
Sejurus selepas mommy and baba berhenti risau pasal jaundice, blood test result from hospital is positive, Amir takde sakit apa2 kecuali ada G6PD deficiency. Kami discover Amir ada 'penyakit' lain - Colic. Amir menangis sekurang-kurangnya 3 jam sehari, sekurang-kurangnya 3 hari seminggu without fail. Ini bermula since Amir 1 bulan sehinggalah 3 bulan - chronic. Lama-lama, colic Amir disappear. Tapi rasanya masa umur Amir 6 bulan, barulah mommy and baba betul2 boleh menarik nafas lega.

7) The Serious-ness Baby Ever Award
Tak payah lah susah-susah nak describe. Pictures tell thousand words.






Classic!




8) Clingy Baby Award
Well, I said enough in the previous entry.




9) Mommy's Cutest Baby Award
Memandangkan Amir takde adik beradik lain lagi, Amir lah pemenangnya! (At least Amir kalahkan baba)

I heart this picture. Masa ni Amir sebulan lebih. Pipinya gembol. Your eyes are small but your eyeballs are so round and black. Kepala amir is so bulat and quite big hehe. Your skin is so fine. And you always smells good  :)   Owh, I'm so missing that moment when you were still a baby.


10) Baba's great friend Award




WHEN YOU ARE BOTH SLEEPING!



Amir,
Happy Becoming Birthday. I don't have to say the three words. I know you know.


xoxo
Mommy

2 comments on "362 Hari Bersama Amir"

Dina Zakaria on September 9, 2011 at 5:20 AM said...

u make me cry.our boys are turning 1 soon!!

Mrs Nageb on September 9, 2011 at 8:41 AM said...

how time flies.....see dah besar panjang dah amir :) happy 1 year old Amir :)

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates