Tuesday, December 10, 2013

First time at school - Amir Hidayat Syah

2 comments

Finally, Amir dah ke school yang 'takde mommy'.

Risaukan anak yg manja ni tak dpt biasakan diri di school nanti, tak berapa friendly dan kurang sosial, mommy hantar Amir ke playgroup.

He enjoyed school and learning time so much! Tapi bila cakap nanti pergi school sendiri, dia sibuk cakap nak mommy ada.

Memandangkan next year dah nak masuk 4 tahun, mommy rasa it's time for him to go to school. So mommy pun enroll Amir ke school walaupun masih Disember, supaya Amir dapat biasakan diri. Lagipun sekarang aktiviti di school masih free and easy.

Hari pertama nak ke school, mommy and baba siap cuti macam nak hantar ke asrama. Amir sangat excited, furthermore geng dia ada, Affan.

Bila sampai school teacher ajak masuk classroom while parents tunggu luar kelas. Bila dengar suara diorang tengah enjoy kelas, kami pun senyap2 keluar dari school.

Hampir 12 tghhari kami datang semula, Amir tengah syok buat artwork dengan teacher.


Excited Amir nampak mommy and showed his puppet. Senang hati mommy tengok Amir tak nangis ....


Rupanya ....

Bila class break at 10am, Amir keluar class and tengok mommy takde, Amir pun jerit 'Mommy!' Lol

Teacher pujuk dia kata Amir good boy. Amir jawab 'Amir tak good boy' sambil menangis.

Cerita version Amir pulak "Tadi masa Amir keluar, Amir kejut (terkejut) tengok mommy takde" sambil senyum kambing. Amir tak banyak confess pasal dia nangis, which is good, mesti dia tau yang itu is unnecessary.

Aduhai, tp oklah dia masih boleh dipujuk. Cuak jugak kalau esoknya dia tak nak ke school.


Tapi esoknya Amir masih nak ke school. Especially bila dia teringat aktiviti kat school. He kept telling us pasal school.

2nd day ...


Happy!

Tapi masa nak naik tangga dia sempat cakap "Amir nak mommy ada" Alololo

Since dia dah tau yang mommy akan tinggalkan dia, jadi dia sentiasa berjaga2 dan duduk rapat dengan mommy.

Mommy tunggu kat luar kelas, dia pun sibuk ikut. Sebab I tak nak dia miss apa yang tengah belajar, mommy pun ikut Amir masuk kelas.


Bila mommy teman dia dalam classroom, dia enjoy buat coloring


Siannye. Tapi nak buat camana. So finally mommy keluar juga masa dia nangis2 and cikgu terpaksa dukung.

Amir nangis and cakap 'Amir nak mommy.. Amir nak mommy, Amir small lagi'

Cepat2 mommy turun dan masuk kereta. Tapi nak start enjin kereta berat je rasa. Haish, mcm drama. Tapi inilah akibatnya bila hati tak berapa nak kering.

Terus ke office, sort out kerja, sempatlah setelkan satu kerja yang urgent dan pukul 11 dah bergegas nak ke school amir semula. Jauh lebih awal dari waktu yang sepatutnya sbb risaukan Amir.

Masa mommy sampai, dengar suara Amir tengah main calling2. 'Hello siapa tu? Mommy ke? Mommy kat mana?'

Alahai, touching.


Tak lama lepas tu Amir keluar and surprised mommy dah ada. Yeayy!

Hug mommy and sambung main dengan friends.



Amir, amir .. Mommy loves u so much.

Saturday, December 7, 2013

Hari Keputeraan Tok Janggut Ke-68

1 comments
Hari jadi Tok Janggut falls on 6th December. Dah 68 usia Tok Janggut tapi tetap maintain 10 years younger.

Maka kami adik beradik plan untuk celebrate birthday Tok Janggut sabtu malam.


Birthday Boy.

Tersipu-sipu pulak dia bila restaurant pasang lagu Happy Birthday dan kami nyanyi ramai-ramai.

Beta rasa yang hujung sekali belah kiri tu puteri kesayangan Tok Janggut.

The youngest cucu, yang ke 14 dan 15.

Dulu masa Feera and Athira baby, Ciknor tolong jaga, sekarang diorang pulak jagakan baby Ciknor. Susah-susah ajew...

Budak comel berdua, beza 15 hari.


Ayah saya seperti kebanyakkan bapa pada era 80-90 an, merupakan ayah yang garang dan mementingkan pendidikan. Cuti sekolah pun kena baca buku, ada kenduri saudara ramai balik pun still kena baca buku. Ayah kata dia tak nak anak2 kerja kecil macam dia.

Kena marah itu biasa, kena lempang dan rotan pun pernah juga. Jujurnya, terkesan juga di hati walaupun memang kita yang buat silap. Dalam keadaan emak pun dah takde, takde tempat nak mengadu, tersimpan lama juga rasa sedih dan dendam.

Bila dapat masuk asrama, sampai masuk Universiti dan duduk di luar. Rasa FREE! Takde siapa nak membebel dan paksa baca buku lagi! 

Tapi bila mula bekerja (mungkin sedikit dewasa), terngiang-ngiang pesanan mak malam sebelum mak meninggal. 

"Nanti jaga ayah."


Masatu darjah 6, apelah aku faham pesanan tu kan. Ayah lah kena jaga kita kan, dia kan dah besar.

Rupanya bila ayah dah tua, kita pulak dah besar, kita lah kena jaga ayah.

Tapi belum sempurna lagi jaga ayah. So far memang dia boleh jaga diri sendiri hehe Tak pernah susahkan anak-anak. Pergi Haji duit sendiri, beli kereta duit sendiri. Cuma mintak duit sekali sekala nak buat spek baru, tukar tayar baru, cabut gigi hehehe walhal dia confirm mampu bayar sendiri.

Semoga ayah panjang umur dan diberikan kesihatan. Ayah orang yang beriya-iya suruh sambung PhD, kalau boleh masih mahu ayah ada masa majlis konvo nanti. Insha allah.




First thing first, kena lah siapkan research yang progressing but extremely slow ni, barula cite konvo. Ugh! Pressure!


Thursday, December 5, 2013

Baby stuffs warehouse sale by childhood basic marketing (6-8 dec)

0 comments
My favorite sale is back!!


Previous year dia buat 2 tahun sekali, this year dia buat in December je.. Penat mak tunggu.



Brands yang ada mcm tertera dalam gambar di atas, cuma tak perasan pulak ada Barbie and Hotwheels. Macam takde je..


My aim Vtech toys. Anak2 pun dah beso dan time ni lah toys Vtech murah gel. Barang newborn macam bright stars, babylove pun banyak dan murah2. Cuma kali ni tak fokus kepada mereka.

Basically toys Vtech yang biasanya 150-200 and above, kat sale ni harganya bawah 100. Roughyly sale nya at least 40%, kebanyakkannya 50%, kalau bernasib baik dapat 70%.



Whirle yang harga biasanya ialah RM69.90, harga luar biasanya semasa sale ini ialah RM15. Boleh beli 4.



Suitable for 1-4 years old.

Dan yang paling menarik ialah dapat safety gate yang harga asalnya RM199.90, harga barunya pula cuma RM60. Sebat 2 ketoi.


Pukul 11 lebih, dah habis menatang ni

So antara toys Vtech yang ada ....


RM100

Fisher price ride-on RM50


Laptop RM40

RM60


RM45

RM25

RM50

Flying ring RM5

First Step baby walker RM60. Last piece at 10.40am! Sebaik dapat.



Bumbo seat for only RM70. Sekejap je hilang dari pandangan.


Catch of the day! But not all mine hehe tumpang seronok belikan untuk kawan-kawan.


Amir and Umar were so excited they thought today it's their birthday.




Must go!

Tuesday, November 5, 2013

Anniversary Celebration

1 comments
It's our 4th anniversary falls on 1 Muharram 1435H. Syukur Alhamdulillah, mungkin masih singkat tapi syukur selain bermasam muka sejam dua atas sebab perkara2 kecil, we're still strong together. Semoga Allah terus kurniakan kesejahteraan dan bahagia berpanjangan. Dan sekiranya sebaliknya yang berlaku, moga Allah tabahkan hati kedua kami.

So, celebration kami kali ni di Atmosphere 360 Revolving Restaurant, KL Tower.

Dalam masa kurang dari 2 jam kami berada di sana, sorang ukk ukk.. sorang mengamuk nak berdukung/tido.. sorang nak berlari keliling restaurant. Pastu yang sibuk berlari tadi dah penat nak tidur pulak... Agak chaos. But beat us if u can kiddos!! Hehe celebration tetap diteruskan.




Jangan harap la nak snap gambar makanan, view.. nak makan pun kena curi2 masa.




Next, kami ke observation deck. Amir dah selamat lelap masa ni.



Yang sorang lagi masih lagi indecisive berkenaan waktu nap beliau.


Okay, pusing2 kat deck sekejap aje.. Taklah excited mana bila naik tinggi2, pastu nampak office building kita kan (Ami's) terus teringat esok dah kerja.





Sementara nak tunggu Amir bangun nak masuk Blue Coral Aquarium, kami lepak-lepak di lobby.


Bukan sahaja masih belum tidur makin galak pulak dia kat bawah ni.



And final activity (i'd supposed) masuk ke aquarium. Mungkin sbb dah recharged battery, Amir bukan main excited.








Bila kami sepatutnya boleh balik selepas aktiviti terakhir dlm perancangan, Amir suggest untuk naik kereta kuda.


It was fun though! Tehehehe





And it's a wrap! Weehuuu...

It's Sonday!

0 comments
I know today is Monday for most of us.. But US...


It's still Sonday because mommy is on leave!

Plan nak bawak Amir and Umar pergi playland. Dulu masa Amir rajin bawa ke Star Garden, Sogo. Umar nak mencecah 9 bulan baru mommy dapat bawak. Sorrry Broooo.. bak kata Amir.

Luckily kat Metropoint Kajang (org Kajang lah katakan..) ada playland for kids, My Kidz Playground namanya.. I thought biasa2 je kot tmpt dia (skeptic haha) sekali boleh tahan daaa... Mesti pergi lagi!

Maka setelah selesai mandi, semua dah ukk ukk dan Umar dapat nap sekejap, to the palyground we go!


And cekidout gambar2 berikut:






Tempat ni plg best, that's not the real sand which i dont know what heuheu



Too much space for Umar to crawl!

We had so much fun! On the way balik 2-2 terbongkang, fuh senang kerja mommy ;p

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates