Setelah sehari suntuk memerap kat rumah, badan pun lesu je.. we decided to take some fresh air outside.. Dinner di luar. Yeay, isteri tidak perlu masak!!
Sempat singgah sale Toys R Us di One U, grab some items for the baby. Worth it.
We initially thought nak dinner kat Seoul Garden since we were at Old Wing already, sekali dia sudah pindah ke New Wing daa.. Jauh tu bagi ibu mengandung yang pemalas, seakan merentasi flyover kat depan OU tu.
So we had our dinner at Dave's Deli. After all, macam lama gile dah... atau tidak pernah makan kat Dave's Deli pun sebelum ni. I love the gravy so much!
Info: If you're looking for a reasonable price to do 3D/4D scan, you should visit Vision College at Kelana Jaya. Certified trainees with supervision will perform the scanning. Rate is RM90 and CD will be given. Rate kat klinik especially klinik gynae way expensive, can cost you few hundreds maybe. Recomended masa kandungan 26-30 weeks, if too early baby slightly small kalau more than 30w, baby dah sangat besar and dah penuh dalam womb so susah nak nak capture muka, hand, leg etc. For reservation call : 03-7803 8300 or click here for details.
But I was lucky =) I called them last two weeks just to check on their package because my pregnancy is still in 21w. And of course I have to wait until at least 26w to get a better view. But they called me again few days later, inviting me as a volunteer for detail scan during their trainee's examination. And to reward me, they will perform 3D/4D, CD included and it's FREE! Ngeeee... sape tak nak noks...
Maka siang tadi, pergilah si mak buyong ke Vision College, located at belakang Bakery's Cottage di Giant kecik kat Kelana Jaya tu. During detail scan, trainee yang buat... ada 2 mat saleh as the examiners and seorang tutor. Aduhai lamanya.. sakit hidung bau gel scan tu. The trainee measured head, leg, brain, lips, nose, amniotic fluid, heart and pelbagai lagi ape aku pun tak tau. Mula-mula je dia ada explain, and lagi dekat sejam.. senyap je kusyuk buat kerja dia. Berbekalkan sedikit ilmu Biologi dahulu kala, berkerut gak dahi nak faham ape minah tu taip kat screen tu. Okeh, memang tak faham! Tapi according to her, everything seems normal. Alhamdulillah. Nak tanye banyak pun malas, die pun tengah exam kan..bior je lah die. Mak teruja nak tunggu 3D/4D scan jek...
Masa 3D/4D scan, one of their staff yang buat, so eloboration pasal baby tu lagi details. As I mentioned, pregnancy under 26w, baby still kecil. Fat pun tak develop lagi, so baby's skin is very thin still. At least boleh jugak tengok baby dah formed, cumanya... position baby saya sangatlah akrobatik susah gel nak capture.
Budak kecil, sila cooperate.. kami nak ambil gambar..
Alamak, tak boleh tengok orang senang langsung. Jangan sibuk masa orang bersantai boleh tak? Tak tau ke orang tengah membesar ni.
Diorang ni memang nak kena siku la! Gayat la tu masa diorang dalam perut takde 3D/4D lagi.
Owh masih degil dan cuba ambil gambar lagi. Mari buat aksi akrobatik, mesti dia sangat excited pastu kecoh2 kat Facebook ;p
Cubaan mengambil gambar alat sulit saya, cepat silangkan kaki!
Masih lagi nak ambil gambar?? Ok mari buat2 tido.. Zzzzzzzz..
Cita-cita paling awal yang saya boleh ingat ialah masa darjah 2..
Cita-cita default: Cikgu; dah kerja itu yang kita tengok saban hari apabila ke sekolah. Masa tu selain murid-murid, 'cikgu' tu kita tau ialah satu pekerjaan. Takkan nak jadi mak cik kantin, lagipun bukan senang nak dapat kontrak kantin kat sekolah, nak kene pegi jumpe bomoh biar org lain tak dapat... (JGN TIRU AKSI INI DI RUMAH! Jangan cakap aku tak bagitau eh..)
Setiap tahun pun cikgu nak tanye apa cita-cita.. susah woo nak pilih.. dah la masa tu kita tak tau ada pekerjaan seperti Network Administrator, Pegawai Pemasaran, Unit Trust Consultant, Personal Assistant, Photographer, Makeup Artist. Balik-balik.. polis, bomba, cikgu, askar.. Dah la limited, bila dah pilih.. sama pulak dengan kawan sebelah, kene tukar lagi.. perah otak lagi. Yang lagi tensyen bila cikgu cakap 'Sila nyatakan tiga(3) cita-cita kamu' Ahhhh.. tak bace ke kat atas tu pilihan pun ada 4 pekerjaan je..
Maka apabila meningkat dewasa iaitu darjah 3, pengetahuan lebih luas.. Masa darjah 2 tadi, saya dah mention pasal polis kan... Haa.. masa darjah 3 cita-cita saya ialah Polis Trafik. Kira more specific la ni.. Sebab? Terpengaruh dengan cerita Roda-roda Kotaraya kat TV1 ulangan 5 petang setiap hari Selasa. Best gile diorang bawak motor besar, aku rasa pernah terbaca kat majalah Ujang - dalam salah satu perbualan watak kartun tu - Cagiva Mito RM20 ribu... Memang dari kecil dah sedar diri mana nak cari duit banyak tu bila dah kerja nanti, teruslah terfikir jadi polis trafik la... motor besar disediakan.
Naik darjah 5 pulak, kawan-kawan perempuan semua pilih cita-cita yang lebih feminin... Malu la nak mengaku nak jadi polis trafik bawak motor besar kan.. Teruslah pilih nak jadi Pramugari - budget TINGGI la bila dah besar. Masa tu dah berangan nanti nak pakai lipstik, kasut tinggi and bawak handbag panjang macam stewardess tu.. Sementelah itulah cita-cita buat tahun 1995.
Darjah 6 lain pulak cerita, lebih matang mungkin. Saya bercita-cita menjadi Architect. Masa tu terbaca artikel pasal Menara TM or bangunan rebung tu kat paper. Rasa macam best je design bangunan ni. And konon2 la suka melukis masa tu.. So cita-cita ni lama jugak bertahan, sampai form 3.
Masa form 3 dah plan nak amek jurusan Lukisan Kejuruteraan, ala yang bawak pembaris putih macam pedang tu. Gila smart simpan 'pedang' tu dalam beg.. -itukah motif??? Sekali form 4 dapat masuk MRSM, takde subjek tu. Al-kisah bermulalah percintaan saya dengan subjek Biologi. Cuma saya takut darah n bedah2 ni maka tak payah lah susah-susah nak jadi doktor, saya mau jadi Saintis or any post kat dalam lab, buat ujikaji... Ish memang inilah ultimate cita-cita saya ni.. Confirm nak kerja kat lab, pakai lab coat putih tu.. Budget nak keluar paper Mingguan bahagian Sains tu kan.. Tak pun keluar Buletin Utama - penemuan penawar penyakit AIDS ke.. Subjek Bio score pulak tu masa SPM. Ish memang inilah hala tuju saya ni. My destiny......
Sehinggalah dapat surat tawaran sambung degree. Kejuruteraan Perisian. ????????? Fainted.
Dipendekkan cerita, dan bermulalah empayar karier saya dalam jurusan IT. 4 years in industry, switched line to academic jadi Lecturer. Ha kan dah kata masa kecik... jadi Cikgu.
Hakikatnya, berapa banyak pun cita-cita since kita kecik.. especially perempuan ni, bila dah bekerja beberapa tahun and we realised macam rasa nak dok kat umah jugak.. As in, jaga anak... taking care of family.. tunggu husband balik.. Ah, heaven! (provided duit masuk gak dalam account every month) Masa kecik tak terfikir pun huhu.. susah-susah fikir nak jadi polis hutan bagai, padahal bila dah besar rasa nak jadi Surirumah jek.
Adik-adik, lain kali kalau cikgu tanye nak jadi ape.. cuba selambe je tulis Surirumah. Confirm cikgu adik tu tak marah, sebab kalau dia perempuan dia pun mempunyai cita-cita yang sama.
Kenapa kakak beremosi post entry sebegini.... Monday blues has just began!
Ok now you know that you're pregnant. I think nowadays women akan buat home pregnancy test, since it is simple and easy. Like my experience, I did the test at home too. Then soalan yang datang menerpa ialah; Ok, saya dah pregnant so bila saya boleh start check dengan Dr? Takpe ke awal sangat ni, baru few days from period due. Kang Dr kata beriye minah ni..
I think it depends on your preference, tapi sebenarnya we don't have to rush untuk pergi check kat klinik especially yang check beberapa hari lepas period due, sebab pada masa tu kandungan kita pun baru 2-3 minggu which basically kalau scan pun most likely we're not going to see anything. If pergi klinik maybe Dr akan buat the same test like you can did at home unless dah 1 month mungkin boleh cuba scan and see. Masa I jumpa Dr during 4th weeks, we can't even see the so-called baby yet. But you probably can see the amniotic sac. So not much Dr can monitor other than to double confirm that you are really pregnant. So Dr will advise datang about 2 weeks lagi then only we can see the heart beat and from there we will know the baby's condition. Around 6 weeks you will see something like a pea jek.. hehe
6 Weeks
There are some people they meet their gynae during month two, it's still fine. Time ni pun baru nampak heart so Dr can monitor the heart beat and during 9 weeks your baby dah form cuma jari sume takde lagi la. Touching sangat tengok heart baby kelip-kelip - actually beat dia tu hehe
9 weeks Macam gamba katun pun ade hik hik
Another question especially for the first time mummy to be; nak pergi klinik mane? wajib dah ade gynae ke masa ni? Based on my own experince and from few consultations with different Dr, ini pun atas percaturan kita sendiri which mean.. you boleh pergi mana-mana klinik yang boleh provide antenatal check up Or you can already select your gynae and start your regular check up with him/her. The benefit your record and pregnancy history ada pada Dr yang sama, especially yang ada complication. Fact is, walaupun you start with Dr A for your antenatal check up, the Dr can always provide you a report in case you nak transfer to another Dr. That can be done so jangan risau.. The concern here, maybe cost. Kalau pergi check up dengan gynae, I would say the rate is a bit higher compared to check up dengan Dr from clinic biasa. If you really have money is allocated for that, by all means.. Based on my survey kalau rate untuk gynae from private hospital, consultation - Rm60-80 and scan - RM40-60 > every visit may cost you more or less RM100. Belum dicampur kalau Dr provide you supplement.
And scan dekat klinik biase selalunya RM30-40, and consultation should be less that RM50. And again, it depends at your convenient and preference.. Do you wanna buy shirt at Topshop or Potshop. Yeah, you can definitely answer that right.. =)
Jangan lupa lagi satu option, check up di klinik kesihatan kerajaan. I heard diorang ada jugak buat ultrasound scan tapi bukan setiap kali visit la.. But they probably buat scan untuk check heart beat baby using Fetal Doppler, a simpler device. Supplement semua free.. yeah, undilah kerajaan! =)
Which mean you can do your antenatal check-up dekat klinik biasa or kerajaan then deliver di private Or check up di hosp private A and deliver at hosp private B. Boleh, xde masalah.. Advisable bila kandungan dah mencecah 7-8 bulan start check up with your selected gynae. So kalau ada apa2 masalah can be detected and handled before hand. So for those yang belum finalysed nak deliver kat mana, it's fine untuk do your check up at any clinic pun.
At least you can save some during early check up kan dan masukkan dalam tabung ayam anda atau PTPTN... huhu
Of course masa ni saya belum tau lagi yang dah conceived. 2 weeks before my last menstrual cycle overdue, ada symptom like cepat lapar and gassy. I really have to eat frequent. Selang 2-3 jam dah lapa. I’m not so sure if these are the ‘official symptom’ for pregnancy since masa ni there’s no baby or even an embryo in sight (at least not yet).
Tapi at this time our body basically is working hard to gear up for the event that paves the way for the baby: the big O — ovulation. Since my menstrual cycle is always on time every month, so senang la nak kira the most fertilized day and nak agak if the period is around the corner. Maka apabila sudah 1 hari lambat, dengan confident nya saya buat pregnancy test.. ;)
Anyhow, masa ni I encountered PMS-like symptoms (breast tenderness, bloating, mood swings). And it made me felt is my period coming? Oh, no. Basically these three weeks more to ovulation, then you conceive cuma dari segi perkiraan perubatannya, akan bermula dari your first day last menstrual cycle. Kalau la kebetulan masa first day period you belum lagi dinikahkan, haru jugak memikirkan camana boleh berlaku ;p just stick to how they calculate your estimated due date – from your first day last menstrual cycle.
Week 4 – Week 13
At week 4, my baby is no bigger than a poppy seed. Time ni I dah pi visit Dr nak confirmkan pregnancy. I read a lot about ‘false pregnancy’ and sangat risau pada masa tu. The first trimester memang perlu sangat berjaga-jaga. Once u got to know that you are pregnant, u have to really take care of yourself and your food intake – Ooopss sorry.. according to What to expect when you’re expecting book; kita actually dah kena jaga ourself, food intake as in we dah already pregnant even before conceive. Because your body needs to be healthy enough even before the sperms meet eggs. So nak kawen lagi 2 bulan? Ha dah boleh start jaga kesihatan from now =)
Ok back to the symptom, after week 4 sahaja… Maka bermulalah perjalanan yang agak mencabar sebagai ibu mengandung. Kalau mula-mula tengah hari baru start pening and rasa nak muntah, now belum bangun lagi dah rasa sickness nya. During these weeks, banyak kene ambil off day. And ada lagi symptoms lain like:
·Frequent urination – kalau malam2 lagi la nyah.. macam dah kene start bangun buat susu.. setiap jam bangun nak buang air kecil.
·Fatigue – naik tangga sampai tingkat 1 pun mengah tak hingat. Siap kene jaga pernafasan macam tengah marathon.
·Breast tenderness and changes – blame the hormone!
·Nausea – Symptom wajib setiap hari.
·Bloating – Kalau dok kat umah tu, xde keje lain.. Mengeluarkan angin melalui organ mulut. Kadang2 kat luar pun terlepas jugak ;p Susah dey nak cover, bukan boleh plan bila dia nak keluar.
·Increased sense of smell – Aduish ni yang tak boleh tahan.. anjing polis pun kalah kot. Tapi nasib baik bau Ami, I tak allergy.
·Occasional faintness or dizziness – Ah kalau time ‘weng’ ni tidur je ubatnya..
Food craving takde pulak.. Cuma masa ni selera berkurang and terpaksa memilih food, kontra sungguh dengan perangai kebiasaan.. batu je aku tak bedal.
Based on my reading, those symptoms last until end of your first trimester (up to week 13) sebab masa ni placenta tengah under construction so segala hormone changes, your energy goes into building a life-support system for your baby. Sebab tu la author buku ni cakap, apa yang terbaik untuk baby tak semestinya baik untuk mummy =)
And the percentage to miscarriage for those who suffer from sickness is LOWER. Apa yang lebih pentingkan? So tahan je la..
Week 14 – Week 16
Hey, I’m in my 2nd trimester! Orang kata time ni habis la segala sickness tu. Tapi banyak jugak I dengar sampai 5-7 bulan pun ada lagi sickness, even worse ada yang sampai 9 months!
Alhamdulillah masuk je minggu ke-14, I feel healthier than ever. Lama stop cook for dinner, sekarang boleh masak balik. Kadang je penat, biasalah..as long as tak pening-pening at least keje kat ofis pun tak terganggu. So sekarang sickness pun dah decreasing, is just that your belly is increasingly growing bigger =) Selera pun dah ok, boleh la habiskan nasi sepinggan. Kalau tak nasi setengah pun tak habis.
Baby pun dah formed, start from week 9 dah formed tapi sekarang dah ada jari, mungkin dah tumbuh rambut. And paling best, week 16 nanti telinga dia dah fully developed. So the baby can probably hear your voice as you talk to your partner and pals and sing in the car [jangan tutup telinga pulak dengar emak ko nyanyi apatah lagi ayah yang menyanyi]
Sebab tu la baby bila keluar nanti easily recognize suara yang dia dah biasa dengar masa dalam kandungan. Ehem.. mestilah suara emak membebel yang banyak register dalam brain dia kan. Sorry ye ayah, lagi2 si ayah memang malas nak bercakap ;p
Walaupun sickness dah habis, tp kene jaga-jaga mouth health. Pregnancy hormones can somehow cause gum inflammation like bleeding gums. Buku kata kene pegi jumpa dentist masa awal pregnant or sebelum (when you plan to). Tapi saya tak suka dentist!
Sekarang kami berdebar-debar menunggu… is it blue or pink?
(Sekadar gambar hiasan: Perut sama besar tapi kenapa lengan saya lebih besar dari itu..??)
For those yang plan nak deliver di hospital kerajaan, kena undergo antenatal check-up di mana-mana Klinik Kesihatan Ibu Mengandung dan Kanak-kanak. So diorang akan buka buku merah (kalau x silap nama buku tu) which records your pregnancy history sepanjang masa check-up and it's like a ticket that allows you bersalin kat mana-mana hospital kerajaan. Without this book, samada tak boleh langsung atau ada difficulty in processes masa nak register untuk deliver kat hospital govt. nanti. No harm to have one.
Kalau plan nak deliver di private pun tak salah nak pergi check-up kat klinik kerajaan, in fact you can save more since kat sini injection free, any test pun free. Yang lagi best, akan ada kelas breastfeeding etc yang kita boleh join for free. Lagipun, kot la nnt time balik kg dah sakit nak bersalin, haru jugak nak travel jauh nak cari private. Private hospital pun boleh refer to your record by klinik kesihatan ni.
Tapi kene take note, klinik yang dipilih untuk pergi check-up tu mestilah within your area e.g kalau alamat rumah di Selangor so kena lah pergi klinik di area Selangor. Like my case, padahal kat TTDI lagi dekat but since TTDI tu KL, and I tinggal kat area Selangor so kena lah ke Kelana Jaya.
First time visit kena bawak the following documents, basically nak sahkan yang kita dah berkahwin and tempat tinggal kita. -own ic -ic suami (photocopy is acceptable) -bil telefon / utility (nak sah kan tempat tinggal) -pengesahan mengandung by any clinic (urine test result, gambar scan baby pun boleh)
The following klinik kat area KL and Petaling. Maybe you can call dulu untuk further details and operation hours each clinic may vary.
Klinik Ibu Mengandung & Kanak-Kanak in KL area
Jln Cheras 03-9284 5166 Sri Kota Bandar Tun Razak 03-9171 7129 Hang Tuah 03-9221 4445 Jln Gombak 03-4021 8030 Rampai Court 03-4149 8070 Jln Tun Ismail 03-4042 2584 Tmn Tun Dr Ismail 03-7728 1033 Jln Raja Abdullah 03-2698 8580 Tmn Sri Sinar 03-6277 0151 Cheras Makmur 03-9130 4792 Bangsar 03-2282 5564 Jln Klang Lama 03-7981 3369
Daerah Petaling (Reference: Website Jabatan Kesihatan Negeri Selangor) Daerah Petaling mempunyai 4 buah klinik kesihatan yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:-
Kesihatan ibu mengandung dan kanak-kanak meliputi jagaan pra-natal dan selepas bersalin, imunisasi bagi kanak-kanak dan pemantauan perkembangan kanak-kanak Perancang keluarga Rawatan pesakit luar Klinik Warga Sihat yang meliputi saringan untuk mengesan risiko-risiko penyakit seperti hyperlipidaemia dan pengukuran berat badan; saringan untuk mengesan penyakit kronik seperti diabetis dan darah tinggi; serta kaunseling makanan dan kaunseling untuk berhenti merokok Pendidikan pemakanan dan kesihatan Kesihatan wargatua Kesihatan mental Kesihatan remaja
Poliklinik Komuniti Seri Kembangan Daerah Petaling Waktu Operasi 8.00pg - 5.00ptg Alamat Petaling, Selangor D.E Tel. No. : 03-89455929 Fax No. : 03-89451225
Poliklinik Komuniti Puchong Daerah Petaling Waktu Operasi 8.00pg - 5.00ptg Alamat Petaling, Selangor D.E Tel. No. : 03-80611814 Fax No. :
Poliklinik Komuniti Shah Alam Daerah Petaling Waktu Operasi 8.00pg - 5.00ptg Alamat Seksyen 7, Shah Alam Selangor D.E Tel. No. : 03-55186531/34 Fax No. : 03-55186532
Poliklinik Komuniti Kelana Jaya Daerah Petaling Waktu Operasi 8.00pg - 5.00ptg Alamat Petaling, Selangor D.E Tel No. : 03-78045001 Fax No. : 03-78048475
Teh botol Sosro memang menjadi minuman seharian masa kat Jakarta. Breakfast, lunch, minum petang sesuai diminum di mana sahaja. Masa di Bali pun sibuk minum air ni jugak. And siap seludup bawak botol balik.. kenang-kenangan la gamaknya memandangkan kat KL ni tak tau mane nak cari..
Tadi ke Kg Baru, stop kat satu kedai runcit di Jalan Raja Alang sebab nak tanya direction. Pak cik yang bagi direction tu tengah sibuk pack Teh botol. Apalagi angkut la 2 botol.. Ada banyak lagi teh botol yang selalunya ada kat Indon; Fruit Tea, Fresh Tea etc
Boleh la anda dapatkan di sana sekiranya anda mengidam ;) Opposite kedai runcit tu ada kedai minang. Apekah nama kedai runcit itu? Lupa nak take note.. huhu