Masa pregnant dulu, memang semangat jugak nak berpantang ni.. Teringat tengok cerita drama org ikat rambut tinggi-tinggi, pakai param/pilis - yg tepek2 kat kepala tu -- bila lagi nak buat semua ni kalau bukan lepas bersalin kan..
Perancangan awalnya nak balik kampung saya, Kuala Pilah. Walaupun ayah je yang ada, mama kerja di tempat lain, weekend je ade kat rumah (mak kandung saya dah meninggal lama), kami dah arrange mak cik tukang urut, lauk untuk berpantang etc.
Malam sebelum discharge lepas deliver, dikejutkan dengan berita kematian Bang Lang. Mula2 family tak nak bagitau saya, tak elok kata mereka sebab saya dalam pantang. Orang dalam pantang tak elok menangis. Maka, pantang pertama yang telah saya 'langgar' ialah menangis. Mestilah sedihkan, abang saya... tak sakit tak ape, meninggal sebab tiba-tiba sesak nafas. Baru je jumpa arwah malam sebelumnya, arwah visit saya n amir kat hospital. Esoknya, saya n suami terus ke shah alam.. nak jumpa arwah buat kali terakhir. Baby kami tinggalkan dulu ni nursery hospital. Dengan sakitnya lagi, gagahkan jugak sebab walau macamana pun saye tetap nak pergi tengok wajah Bang Lang.
Dah selesai majlis pengebumian, saya terus ambil baby and balik ke Pilah. Maka bermulalah episod nak-berpantang saya..
Hari pertama kat kampung, nurse dah datang rumah. Nurse kata baby kuning. Keesokanya masa repeat check darah, makin tinggi.. and baby kena admit. Saya pun indirectly admitted jugaklah sebab nak jaga baby. Bila kat hospital, memang takde makna nak pantang lah.. makan je ape yg hospital provide. Plus masa tu, dah tak fikir diri sendiri.. doa baby cepat recover je lah. Orang kata masa pantang jangan banyak bergerak, berjalan.. Tak dapek la nak nolong eh do.. Sape lagi nak tolong ambil baby dari tempat treatment nak susukan, toilet pun bukan depan bilik.. katil hospital tinggi, tak boleh nak adjust.. Bila dengar baby nangis, terlompat jugaklah dari katil.. Sekali, baby orang lain daaa..
3 hari 2 malam di hospital pilah, 2 hari dapat dok kat rumah and dilayan seperti orang berpantang. Tapi hati - memang tak kisah dah pasal pantang sebab amir masih nampak kekuningan. Ingat nak start berurut lepas Amir dah discharge due to jaundice. Mak cik urut pulak tak available, kene tunggu 2-3 hari lagi.
Tak sempat nak tunggu mak cik urut datang, kuning Amir naik lagi.. Zaasss kami ke HUKM pulak, di sana lebih selesa untuk mak ayah tunggu. Duduk lagi 2 hari di hospital and makan lah lauk ape yang ade. Masa ni, terus je aku sarung seluar.. susah nak jalan pakai kain batik tu. Pakai je seluar terus je rasa macam superwoman, takdela jalan seperti siput lagi..
Lepas keluar dari HUKM, plan changed.. nak balik ke Kuala Pilah jauh, takut ade ape2 hal lagi kami dah fobia dengan hospital pilah. So we decided balik rumah sendiri je di Kajang, berpantang sendiri...
Inilah cerita berpantang sebenar...
Sebenarnya saya tak berpantang mana pun.. huhu
Bila semua pun nak kena uruskan sendiri, bengkung... stockin.. bila teringat lah saya pakai. Makan pulak.. kalau saya sempat masak as in baby tak meragam seawal pagi, masaklah lauk pindang ke.. kalau tak abang McD tolong hantarkan makanan. Kadang terlupa nak beli stok ikan, makanlah ape yang ada kat rumah..
*Pengalaman buruk memakai bengkung masa sibuk2 buat kerja, saya hampir tersungkur.. dah la masa tu saya pegang baby. Huhu. Memang kene campak la bengkung tu hehehe
Saya cuma elakkan makanan yg mana medical fact nya boleh mengundang bahana kepada stitches or tak bagus untuk ibu yang menyusukan anak. Kerana itu yang paling mudah untuk saya ikut..
Agaknya bila awal2 tu takde pantang2 maka saya pun sedikit malas nak berpantang betul2.
Weekend ni baru cukup 40 hari, tapi saya memang dah ada keluar.. ada keperluan baby yang kena beli. Tapi kalau bukan sebab badan dah rasa sihat saya pun tak berani nak keluar. Sedangkan dekat rumah pun bukan dok diam kan. And saya balik Pilah... uwaaa I missed my family so much. Best jugak balik, Kakteh tolong jaga Amir.. mama masakkan lauk, dapatlah saya rest sikit 2 hari tu..
Pokok pangkalnya diri sendiri, kalau sorang2 pun still boleh ikut pantang ni. Saya cuma dah tawar hati.. Ada orang kata, kalau betul2 pantang.. lepas 40 hari tu baru betul2 boleh buat kerja like mandikan baby and other stuff. In my case, tak dapatlah macam tu. Kadang2 rasa seronok jugak kalau ada mak, nenek yang jaga masa pantang... Mungkin kurang stress jugak, sebab ade orang lain tengok2 kan anak, tak la setiap masa kita kena handle.
Dan pada hari ke-37 ni, husband admitted due to dengue. Hmmm.. Stress. Selalunya lepas Ami balik kerja boleh la saya rest kejap, Ami tolong handle baby. Malam2 pun, Ami bangun and tolong mana yang patut. Dah 2 hari Ami kat wad, malam ni malam ke-2 without Ami. And I tak dapat pun nak pergi visit Ami. Takde sapa nak jaga baby. Tapi takpelah, family Ami is around.. diorang la yang tengokkan Ami.
Mommy.. mommy kat rumah je tolong jagakan Amir untuk Ami.
Orang kata jangan stress.. jangan sedih2.. jangan nangis masa dalam pantang.
Tell me macam mana nak campak rasa sedih ni jauh2 bila abang kandung saya pergi..
Macam mana nak buang rasa risau ni jauh2 bila suami sendiri tak sihat and ada kat hospital. I can't even visit him.. for how long? I have no idea. It's dengue. And ada tak orang kisah pasal saya rasa saya nak jumpa suami saya sangat2 sekarang. Ami selalu je ade near to me bila I masuk hospital. And I can't do that for him in return.
Macam mana nak hilangkan rasa stress ni bila badan kita dah penat, baby meragam kita xtau kenapa.. And takde sapa surround me yang boleh bagi extra hands. All alone. Ami, I really wish u were here...
Oleh itu, inilah cerita berpantang saya.. Saya berpantang
Ikut Suka Hati Saya Je...