Friday, July 8, 2011

Hukum Penyusuan Ibu


Source: Pa & Ma (page 123) keluaran Disember 2010



Soalan:
Adakah memberi susu ibu kepada bayi hukumnya wajib dan adakah berdosa jika ibu memberi susu formula kepada anaknya?


Jawapan:
Hukum memberi susu ibu tidak wajib, ia hanya satu keutamaan. Ibu bapa yang yang memberikan susu ibu kepada bayi mereka bererti telah memanfaatkan anugerah yang Allah cipta dan kurniakan kepada ibu. Pemanfaat ini secara tidak langsung merupakan satu kesyukuran dan Allah akan menggandakan kurniaan-Nya kepada para hamba yang bersyukur. Susu ibu juga adalah yang terbaik dari sudut perubatan kepada bayi berbanding mana- mana susu formula.
Namun diulangi bahawa hukumnya tidak wajib, maka tidaklah berdosa jika memberikan selain susu ibu kepada bayi.


p/s: So tak patutlah ibu-ibu yang bagi susu formula pada anak dipandang serong bukan?



Dan ini kelebihan untuk ibu-ibu yang masih memberi susu badan kepada anaknya;


"Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya."



"Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya."



"Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa."





Besar pengorbanan ibu-ibu. Namun bagi sesetengah orang ini samada susu badan sepenuhnya atau tidak bukanlah satu pilihan. Ada yang tidak begitu bertuah seperti anda. Say No to judgemental.

3 comments on "Hukum Penyusuan Ibu"

MyRule on July 8, 2011 at 2:02 AM said...

Oo..bagi i la..setiap ibu maukan yang terbaik dan akan buat yang terbaik. Tapi kalau takder rezeki nak menyusukan, it's ok. Banyak lagi yang terbaik boleh diberi pada anak sepanjang dia membesar. And yup, menyusu itu tidak wajib.

yienjr on July 10, 2011 at 2:25 AM said...

baha saya setuju..terutama kalo pergi checkup baby dkt klinik kerajaan..bila saya letak je botol kat mulut wafiy,mesti ramai yang pandang serong..termaasok nurse2 pon..huhu..saya pinjam ayat last awk "Namun bagi sesetengah orang ini samada susu badan sepenuhnya atau tidak bukanlah satu pilihan. Ada yang tidak begitu bertuah seperti anda.."

sweetlavender86 on July 10, 2011 at 9:38 PM said...

sy letak gmbr kt fb baby sy menyusu gune botol mase kt umah.siap ade mmber fully bf tnye itu susu fm ke susu badan.adoii obses betul kau ni nk suh org fully bf.sy ckp susu bdn saya pam.pastu die tnye lagi nape pam?nape xbgi direct jerk?ehh sukati aku lah.sy jwb sajeee nk bg gune botol.sbb nipple luke.ade gak manusia mcm tuu.xabes2 xpuas hati nk suh org ikut mcm die.mcm la kite ni xnk bgi yg terbaik buat anak.

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates