A letter of love I : 60 hari bersama Amir dan flashback
PER: 2 months away from a year
10 months ago, 12 haribulan.. Mommy di sini...
Labor room, UKMSC.
Mommy kena induce sebab takde rasa sakit since my waterbag ruptured the day before. Sempat mommy baca Surah Maryam, nak permudahkan urusan melahirkan Amir. Mommy sangat takut. Sangat-sangat takut. Mula-mula takut sakit. Sedangkan cabut gigi pun mommy takut inikan nak melahirkan satu nyawa yang saiznya beratus kali ganda lebih besar dari gigi geraham. Tapi bila tiba masa nak melahirkan Amir, terus hilang rasa takut sakit.. Tapi mommy rasa sangat-sangat takut kalau ada kelalaian mommy menyebabkan pekara tak diingini berlaku kepada Amir. Allah sahajalah tahu betapa mommy risau masa tu. Apetah lagi baba, sampai terlupa nak record waktu kelahiran, punyalah dah plan baik ;)
3.27 petang, Amir dah selamat dilahirkan. Maka bermulalah perjuangan baru mommy dan baba...
Seperti yang telah diketahui ramai, Amir ialah seorang bayi yang kecil saiznya.. tetapi besar dan nyaring suaranya.
Look at your face...
Yang ini, baru nak start 'engine'..
Yang ini Amir tenganga meraung sakan. Bayangkan ajelah bunyi yang terhasil daripada eksperesi muka tersebut.
Dan bayangkan betapa cemasnya mommy dan baba bila Amir menangis sampai tak keluar suara. Terketar2 tangan nak pakaikan Amir pampers :) Tapi, Alhamdulillah.. selepas 3-4 bulan Amir dah tak kerap menangis walaupun kadar kenyaringan adalah sama. Masa umur ni lah, we caught u smiling... Weeeehuuuu...
Senang hati mommy and baba. Since then, macam-macam gelagat Amir menghiburkan hati kami.
Masa umur Amir 4 bulan, Amir dah boleh meniarap.
Tapi yang peliknya, dah masuk 10 bulan pun Amir tak merangkak lagi ;p Asyik jadi komando tolong 'mop' lantai rumah kita hehe
Si botak! Bila senyum matanya sepet..
Kalau Amir nak tahu, remark yang selalu orang cakap bila jumpa Amir ialah..
Masam.
Suka berkerut.
Itulah Amir mommy. Empat orang sepupu Amir yang lahir sama tahun, semuanya girl, tak seorang pun semasam dan se-berkerut Amir ;p Masa kecil, Amir langsung tak mau orang pegang. Balik-balik berkepit dengan mommy. Tok Janggut, Wan, Mama Tok and Baba Tok tak dapat nak pegang Amir lama-lama. Eyy.. apedaaa.. Kalau tengah main dengan baba, sekilas bayang mommy Amir nampak.. terus-terus je menangis. Dan-dan aje anak bujang mommy ni.
Hari ni, 12 July.. Amir dah genap 10 bulan. Rasa sekejap je. Dulu Amir terbaring je, nak kene dukung.. menangis. Sekarang Amir bukan main eksyen dengan mommy sebab Amir dah boleh memanjat and bergerak sendiri. Sedih pulak tengok Amir dah tak perlukan mommy sangat. Huhu. Nanti Amir dah pergi sekolah, mommy nangis dekat rumah Uwaaaa...
HAPPY 10th MONTHS OLD, AMIR.
Oh ye, Amir memang banyak sangat improvements.. Amir dah suka senyum and ketawa, dah pandai main, tak takut dengan orang, dah tak menangis kalau mommy takde, pandai minum susu dari botol, pandai throw bola laju-laju kena dekat hidung baba, tepuk2 muka baba suruh bangun.. Tapi.........
Tapi.....
MANA RAMBUT AMIR??
Uh-oh!
6 comments on "A letter of love II"
hehehe...syahdunyer..Ammar seminggu lebih lagi dah 10 bulan..
Tang rambut tak boleh blah. Tapi x per..kecik2 takder rambut CUTE aper.. :P
hihi so cute. amir ni ada sifat2 sama macam eisya tau. dulu kalau tukar diaper macam kena cubit! suka sgt nangis n kalau dgn org lain, nmpk mommy je mulalah bunyi. hihi.
amir....omg...seriusnyer dia!hahahha...hey mana rambut nie?
ingat afyad sorang ja ada symptom rambut lambat tumbuh....ada gang la!
happy 10months old dear!
Adam pun suara kuat yang amat, selalu gelabah kalau dia nangis, skrg ni xde la kuat nangis cam dulu, gelak pun bukan main kuat suara dia.
amir comella botak,mommy xyah risau, sbb amir tetap cute ngan imej botak
comelnya second last pic tu! kenapa tak senyum masa ni masa jumpa aunty syud? geget karang.
syud, aku rasa lepas ni mmg senang tgk amir senyum. dia dah berubah hahaha
Post a Comment