Thursday, July 12, 2012

Committing to New Commitments

15 comments
PhD

Ni tak lah berapa new commitment. Tapi selagi tak habis, akan ada aje lah commitment-commitment baru. Pejam celik, pejam celik dah hampir setahun sambung belajar. Now, tengah semester break barulah rasa kehidupan seperti orang normal. Start bulan 9, kehidupan akan jadi abnormal semula. Mujur ada 1 subject sahaja next semester. Tapi, dah kena bersedia untuk proposal defence end of next semester. Dan juga submit proposal for MOSTI grant. Ah, cakap pasal dia ni memang takkan habis.


Job Promotion: A New Position

InsyaAllah, setelah setahun di tempat kerja ni, starting from August akan hold profile baru. Here comes greater responsibility. Walaupun ada sedikit rasa ragu, study lagi.. family lagi.. current workload lagi.. But I take this as an opportunity. Selain study, career development pun penting juga. So ya, I'm planning to take up this role - walaupun lepas ni tak taulah berapa haywirenya life lepas ni.


A Special Project

Memandangkan life sudah cukup gila dengan adanya commitments di atas, bila orang bertanya 'Bila nak tambah lagi?' membuatkan kami fikir 2-3 kali. Siapa tak nak anak lagikan, tapi kita kena lah ukur baju di badan sendiri. Bukan tak nak, tapi mungkin later - itulah yang kami fikir-fikirkan. Tambahan lagi, kami berdua fulltime bekerja dan belajar! Fulltime parent too.. Especially me, bila tengok Amir dah besar.. rasa nak sangat-sangat baby. Tapi yang sedihnya, saya rasa saya tidak mampu. Bayangkan dengan sickness, sakit pingang, kaki dan seluruh badan, mengeheret diri ke tempat kerja.. kelas.. meeting supervisor.. seminar. Ah! Tak mampu rasanya.

Pernah sekali buat UPT, sebab period overdue. Hati ni berdebar-debar rasa nak menangis, berharap 'belum ada' lagi sebab memang saya takkan mampu handle. Mujur, negative.


Both my husband's supervisor dan supervisor saya kata - SUSAH SUAMI ISTERI BUAT PhD.

Ada contoh diberi - suami isteri bercerai sebab PhD. I actually appreciate mereka sangat concern dengan situasi kami, dan cuba memberi gambaran sebenar PhD journey. Tapi itu bukan kata-kata semangat yang kami perlukan. Dan kami tidak buat keputusan untuk sambung belajar sebab kami rasa ia adalah FUN macam pergi jalan-jalan di Sabah atau Langkawi.

Dan once pernah bertanya pada supervisor 'Do you have kids while doing your PhD?'

He replied 'Yes, but I don't add'

Seriously, risau jugak kalau pregnant apalah perception dia nanti towards my work.


Ayah pun pesan, kalau boleh planning dulu. Again, ayah obviously concern pasal anaknya. Tapi buat PhD bukan macam degree, in terms of, ia lebih flexible dan bukan wajib. Perhaps maksud ayah tunggu later-later la baru fikir pasal second child. Okay, noted.

Ni lagi buat saya risau, kalau pregnant ni macamanalah nak convince ayah yang I akan boleh cope with all the commitments. Sebab I pun tak mampu nak convince myself hehehe.. Tapi itu lah ayah saya, suka buat rule yang sangat susah buat saya. Macam dulu, ayah buat rule tak boleh pakai seluar jeans, nanti jadi mcm setan ;p Hahahaha  Indeed, lawak gila bila ingat.


But deep down, honestly, I want a baby. When? I don't know. Mahu atau tidak mahu baby, adalah keputusan bersama. Saya perlu respect keputusan Ami jua. Ada masa we'are certain that we still have to continue planning, ada masa hey I want a baby now! I mean now! Now! <--- ini bukan 'we' kot, it's just me!  Hehehe


All this while we don't really have to worry much about planning, since still bf, period pun tak betul lagi. If x period, buat UPT ----> mesti negative (Phew!).


So dah jadi monthly routine, setiap hujung bulan sekiranya period tak datang visit, buat UPT just nak be certain. Last weekend, perform monthly routine .... Tapi kalini macam berharap something yang contra berbanding bulan-bulan yang lepas.... Sangat berharap.


Photobucket

"Ya Allah, Owner of all sovereignty, Thou gives domination to whomsoever Thou like and snatch it away from whomsoever Thou wills, exalts anyone Thou pleases and degrades anyone Thou likes, all good is on Thou hands and surely Thou has power over all things."


I was so speechless, sujud dan bersyukur. Mungkin bukan ini pekara yang terlalu diinginkan dalam masa terdekat ni. Tapi bila ini yang dikurniakan-Nya... Tak sangka kegembiraannya seolah-olah inilah yang dihajati setelah sekian lama. Tidak kurang langsung rasa happy tu. Sedikit risau pun tidak ada, walhal selama ni risau akan apa ayah pesan dan of course my supervisor. Sangat tenang dan tidak berhenti bersyukur.


Rasa begitu rendah diri, kita pun tahu berapa ramai yang masih belum ada satu pun, dan terus berdoa dan menunggu dikurniakan -- but, we are now expecting our second child. InsyaAllah.

Kalau dulu masa mengandungkan Amir, sickness started as early as before confirm I was pregnant. Alhamdulillah, kali ni.. dah nak masuk minggu ke-5 masih sihat macam biasa. Mungkin masih awal, tapi tetap bersyukur sekurang-kurangnya boleh skip sickness 5 minggu ;p

It's my hope boleh bekerja macam biasa, ada kudrat untuk carry out tanggungjawab yang lain. Doa kan kami selamat semuanya! Yes, no doubt I really want this baby. As much as I want Amir. As much as I love Ami. Thank you, Allah!



Before you were conceived I wanted you.
Before you were born I loved you.
Before you were here an hour I would die for you.
This is the miracle of life.


Maureen Hawkins

Tuesday, July 10, 2012

[60% off] Little Bean High Chair for RM160 instead of RM399 (SOLD)

3 comments

SOLD



Discount : 60%


You save : RM239



Brand New!!!



Lowest price in town!


  Photobucket

Highlights


Easy to assemble

User friendly

Durable construction material

5-point harness

Easy fold

Comfortable PVC padded seat

Removable double tray

Adjustable Backrest Recline

Adjustable Height




Email to hidayah_bahar@yahoo.com for inquiry.




p/s: ONE unit left. BLUE color.


Delivery - Klang Valley ONLY.



Scroll for new entry.

Tuesday, July 3, 2012

9th Anniversary: Special Entry for Ami

6 comments
*Sorry Amir, you're not in the limelight today.


A good friend

Pertama kali bersua muka di padang KUSTEM. Ami main basketball, saya main netball. Walaupun sudah perasan, ada sorang mamat ni sedang usya tapi haruslah saya jual mahal. Mana la tak perasan, bila tiba-tiba mamat yang tak dikenali sokong team netball kita. Siap mention 'Center Hijau! Center Hijau!' He's cute. LOL.

Malamnya, saya dan kawan-kawan pergi minum di kedai depan asrama. Mungkin sebab saya tahu mamat tu kerja part-time jadi waiter kat kedai Cik Ani ;p Lepas dia mintak order, dan hantar minuman. Dia datang balik, untuk mintak no telefon. Tapi dia kata 'Kawan saya mintak no telefon semua orang' Adekah termasuk no phone Daoh (Firdaus) sekali, since dia pun duduk kat table tu?

Sejak malam itu, kami pun jadi kawan hehe Kawan je? Sebab masatu kami berdua dah ada gf/bf la konnonye. Cinta tiga segi.


A drive-me-crazy boyfriend!

Mula-mula bercinta semuanya indah, apa yang tak indah kan waktu mula-mula. Lepas beberapa bulan, bukan tak indah tapi thrill.. Baru terasa now u know love requires patience and commitment. But we enjoy the learning process. Baru saya tahu, boyfriend saya ni susah nak bangun. Banyak kali merajuk sebab dia lambat hehehehe So funny! Sampaikan pergi depan rumah dia, call phone.. kita yang kat luar pun dengar bunyi handphone Nokia banana dia, dia tetap tak bangun. After so many times kena melalui proses ni, bila ada appointment pagi dengan girlfriend dia, Ami pun stay up sampai ke pagi. Dia takut kalau dia tidur dia tak bangun, u know.. it's beyond his control ;p

Walaupun Ami tak lambat, tapi he physically nampak penat sgt sebab tak tido kan.. kadang2 kalau teman saya pergi cari barang, sambil berdiri pun dia boleh tido  :) Kalau naik bus, tak sempat borak dia dah tertido.

Dan Ami ialah seorang boyfriend yang suka bawak buku pergi dating. Kita ingatkan perempuan lain aja boleh buat kita jeles, buka tebal dia tu annoying jugak rupanya. Pantang kita senyap beberapa saat, dia dah selak buku. Sebab tu bila dating, I have to make sure I have enough topics to talk about.

Selain tu, Ami jenis tak banyak cakap. Very secretive. Kadang-kadang tak tau apa yang dia fikir. Selalu bergaduh sebab kami tak communicate effectively. Obviously, kalau bergaduh tu disebabkan salah faham semata. Oleh itu, Ami belikan 'buku biru' - a blue diary. He's damn good in writing. Which I rasa tak aci lah, sebab selalu cair bila baca apa dia tulis. Sedangkan kalau 'gaduh mulut', saya ada chance untuk menang. So buku biru tu adalah medium untuk kami communicate things yang susah kita nak express masa face-to-face. It really helped. Bila gaduh je, baca buku biru it reminds me, hey he loves u much!

Another book yang Ami suggest untuk baca, Men are from Mars, Women are from Venus. Tulah ingat umur 20 tahun dah cukup besar nak bercinta kan  ;p Then barulah faham lelaki ni macamana. Lagi satu bahan bacaan masa bergaduh, kalau tidak Ami lah jadi mangsa baca sms yang tak henti-henti ;p

Masa bercinta itulah antara issue yang tak tau la macamana nak cope masa tu hehehe.. selalu lambat, susah bangun, susah bercakap.. ;p But that's what made him unique for me. Walaupun tak romantic but he's different. Entahla memang tak tau nak describe macamana in words. Kalau saya banyak membaca mesti terjumpa perkataan yang sesuai.


Understanding Husband

Character Ami yang ini merupakan faktor utama yang menjadikan kami seperti kami hari ini. Ami tidak bossy, tidak mendominasi relationship. Ami sangat open towards my opinions and decisions. Contrary, character isteri Amir is totally opposite - well bukan saya nak mendominasi (Tak nak mengaku jugak!) cuma I'm type of person yang firm about my decision and what I know best for me and loved ones. Dan susah nak ubah fikiran. Hmmphh. Ami memang suka beralah. Masa bercinta dulu I'm like the queen, bila dah kahwin Ami lebih strict he he he padan muka I!  Tapi saya juga prefer begitu. Pernah jugak kena marah oleh Ami hu hu hu  :)


Loving Father

U know what, Ami ni rasanya jarang main-main dengan kids. Masa kitaorg kahwin, dia baru ada seorang anak buah. Itupun jarang jumpa. So tak dapat nak bayangkan macamana lah agaknya dia melayan anak dia nanti. Walaupun mungkin tak pernah dukung baby, tapi bila dukung anak sendiri for the first time tu okay aje. Cuma, kalau nak pass Amir kat dia, dia kena get ready tangan dulu.. buat gaya mendukung, then baru lah letak Amir atas tangan yang dah ready tu.

Bila depan kita, Ami tak banyak pun mengagah Amir. Tapi kadang-kadang I curi-curi dengar dari dalam bilik air, bila Ami jaga Amir sorang-sorang, hi hi hi kelakar jugak. Masa Amir baby dulu kan susah nak gelak, the only thing yang boleh buat dia gelak ialah sneezing. So itu aje la modal dari awal I mandi sampai ke sudah   ;p

Ami sangat concern pasal brain and physical development Amir. Itu cara dia manjakan Amir. Dari Amir baby, he bought Baby Einstein CDs. Walaupun masa tu I doubt jugak boleh ke baby ni focus tengok TV and absorb apa yang dia nampak on the screen. Well, memang betul iye. Kalau Amir tengok his CDs sekarang sangatlah fokus, panggil berapa kali pun tak pandang. Atau sekurang-kurangnya dia jeling aje. His father's trait.

Ami yang selalunya habiskan masa baca semua description educational toys kat Toysrus atau ELC. Emak Amir grab mana yang comel aje. Kose mak fikir lama-lama sangat, kalau dia jual tu mesti dah bagus lah tu ;p Ami selalu spend masa main flash card la, ajar main iPad's apps, download segala apps yang boleh benefit Amir, nanti adalah justification kenapa apps tu bagus - mak iyekan aje, kalau dia yang buat tu memang iye bagus lah he he he

Kadang-kadang bila main dengan Amir, noticed dia ada vocab baru ke skill baru ke.. bila tanya Ami, ha ah dia yang ngajor. Thanks sayang!



Alhamdulillah kami masih bersama sehingga ke hari ini. Suatu masa dulu, hampir setahun kami tidak ada 'special relationship' gara-gara distance and distrust. I could not ever imagine if I were or he was with someone else. But we both make up after break up.

Now, boleh lah kami terus merealisasikan bual-bual kosong kami masa bercinta 9 tahun yang dulu....

Sambung PhD....

Berapa orang anak kami mahu ....

Ami nak ajar anak kami main football, basketball, swimming ...

Travel bersama-sama .......

And of course, to grow old together.




Photobucket
2006




Photobucket
2012



[8th Anniversary story, here]




Much love,
Yaya

Tuesday, June 26, 2012

Playgroup Survey for Amir

4 comments
Bulan lepas survey kindy, now survey playgroup pulak.

Main objective masih sama, nak hantar Amir ke playschool biar dia socialize and learning through play.  Well, we both dah some sort made up our mind untuk hantar ke BBIM tapi ada a few issues if nak hantar dalam tahun ni. 1) Kalau nak hantar half-day, nanti takde orang nak fetch Amir from school and perlu jugak babysitter untuk jaga Amir after school. 2) If we go for fullday programme - which memang option yang ini kami akan opt, masalahnya kami masih ade kelas malam at least sampai awal tahun depan. Still akan ada masalah nak fetch Amir and hantar ke rumah babysitter. And still perlukan babysitter.

I'm more concerned about his social skills memandangkan kat rumah yang ada; mommy and baba. And I rasa pentingnya dia ada exposure about how school looks like and friends. Maka, terfikir pasal playgroup. Basically playgroup ni, kita nak arange sendiri pun boleh dengan kawan-kawan yang ada anak. Tapi somehow, I'm a bit particular about content. Amir pun ada 11 cousins sebelah mommy + 3 cousins belah baba hehee kalau balik kampung, itu playgroup yang terbaik.


Anyway, hasil survey pasal playgroup tak banyak. Especially yang ada content and flexible. Most of playschool programme adalah yang daily basis from any kindy. Tapi kadang-kadang kindy pun ada buat playgroup once in a while perhaps marketing strategy lah, tapi tak tetap masanya.


So yang ada offer playgroup session adalah Gymboree, Kid's e World and Ibu Family Resource Group.


Actually I'm more interested with Gymboree because the contents seem good. For Amir (21-22 months), ada program tersendiri which are - Music, play, Art

They have package:

RM1980  + RM180 (membership) - RM2160
Play class – 45 minutes  X 24 sessions
Music class – 45 minutes X 12 sessions
Art class – 1 hour X 12 sessions

Total 48 weeks


So maksudnya 1 session costs us RM45. Classes sangat flexible, kita boleh pilih masa and hari yang kita boleh pergi according to their timetable. Weekend pun boleh tapi selalunya ramai sangat. Katakan this week kita absent, boleh replace the following week. So 48 weeks tu tak semestinya habis dalam masa 48 minggu.

We can go for trial class, normally diorang akan advise enter Play class - RM65 for 45 minutes. If kita sign up for their package, the trial class is free. Here's a review for Gymboree. But this quite old, somewhere in 2009. Harga pun lain.



Location:

Bangsar Village
1 Lot F 2B, First Floor B
(603) 22845602

Tropicana City Mall
Tropicana City Mall L2-38/39
Level 2 No. 3
(603) 77101832



Next, Kid's e World. Tapi untuk umur macam Amir, diorang hanya offer 1 class sahaja - Kindermusik.

45 minutes per session costs RM45.

Package diorang adalah: RM525 for one semester (15 weeks) +RM210 (material) = RM745

As of today, takde ramai pun yang nak enroll program ni so kemungkinan besar diorang tak dapat nak offer kalau quantity student sikit.


The Gardens Mall:
FF-202, Fourth Floor, The Gardens Mall Mid Valley City
03-2202 1232 / 012-389 7677


Dan yang terakhir yg I rasa appropriate untuk share kat sini ialah  Ibu Family Resource Group. So far their playgroup is scheduled every Wednesday, 10-12pm. Murah pun murah, RM20 per child/session. Kalau jadi member, RM200 per year, rate for playgroup jadi RM10. Tapi yang ni pun macam takde content. When I asked, representative tu kata just main dekat play area yang ada kat situ with other kids. Kalau macamtu baik I pergi Sogo, kat children department tu play area Free atau kat Starz Garden, RM6 per hour.




So kalau nak consider content yang bagus, nampak gaya Gymboree yang attractive. Tapi kene bincang lebih mendalam lagi berkenaan fee dengan Finance Manager, Mr Zamil Syah Mustaffa.






Fuh, lagi sikit je lagi Amir nak masuk 2 tahun. Makin lama makin seronok melayan karenah dia. Walaupun tak berapa petah bercakap lagi, now dia dah start bertanya.. 'tu apa?' Pastu dia jawab sendiri. Atau purposely tanya benda yang dia dah tau. Hope Amir dah banyak belajar vocab especially from his CD. Tapi untuk construct ayat tu masih lagi struggle. Ayat paling panjang consists of 3 perkataan aje ;p 'Abang wash car'
'My (mi) dok kang (belakang)' halau mak dia dari front seat in the car.




Sebulan dua yang lepas, Ami dok mengajar Amir 'big' and 'small'. So sekarang dia dah boleh differentiate between those two words. Kalau kat atas jalan 'big lorry' 'big bus'. Dia lebih kerap guna 'big' maybe sebab small tu common la kan hehehe Everytime pun nak 'big ball'.






Cuma yang tak mahu di dengar, especially di luar... ataupun dengan adanya orang lain dalam keadaan itu... ialah.. 




Bila Amir differentiate... big nen... small nen.... LOL!





Oh no I'm missing you!

Photobucket

Sunday, June 24, 2012

Update on my second baby

2 comments
Sedang terhegeh-hegeh study

Friday, June 8, 2012

Evolusi Rambut Amir

6 comments
Bersempena dengan hari jadi Amir ke-21 bulan yang bakal menjelma 3 hari lagi, rasa terpanggil untuk post satu entry khas buat Amir mengenai satu isu yang sangat sensitif suatu masa dahulu, iaitu  ...

Rambut.


Memang dari sejak lahir, rambut Amir haluuus sangat. Jangan kata rambut, bulu kening and bulu mata pun takde. In fact bulu kening tak berapa nak ada sampai sekarang.


Photobucket

Newborn.

Mungkin normal la baby baru lahir, rambutnya tak lebat kan.. jadi kami pun tunggu la, tunggu punya tunggu.. Rambut yang di sebelah tepi nampak makin memanjang...


Photobucket

Ni masa Amir sebulan.


Tetapi, rambut sebelah atas yang semakin berkurang. Ah, sudah...


Photobucket

Dah macam Professor.



Masa Amir 2 bulan, ibu (babysitter Amir) volunteer nak cukur rambut Amir. Kata orang, kalau cukur lebih lebat rambut tu nanti.


Photobucket

Amir dah get ready nak bercukur rambut.



Dan hasilnya ......


Photobucket

Licin dan flawless macam pakai SK-II.


So, dengan penuh harapan mommy tunggu rambut yang lebat akan tumbuh...


Photobucket


3 bulan: Sengeh, sengeh jugak... rambut mana?


Disebabkan, tak berapa nak tumbuh rambut si Amir.. kalau tumbuh pun macam malu-malu aje.. Kami cukur lagi sekali.


Photobucket

4 months: I'm back and bald!

Ada yang sarankan lebih afdal cukur 3 kali.. Maka kami ikutkan.


Photobucket

Dah jadi identiti Amir dikenali sebagai si botak. Selain botak, ada jugak gelar Amir Lex Luthor.. Hehe



Photobucket

5 bulan: Heh, Amir dah ada rambut! Atau 'bulu roma' di atas kepala.


Selepas kali ke-3 cukur, mommy pun dah tak rela kepala Amir dicukurkan lagi ;p Kita tunggu aje lah rambut Amir tumbuh bila-bila dia suka.


Sementara itu, kita pakai kan Amir topi.


Photobucket

Eh, marah nampak?!


Penantian kami hampir berakhir, semasa umur Amir menjangkau satu tahun ...



Photobucket


Ha, nampak tak? nampak tak? Weehuu!



Photobucket

Eleh, kita pun ada rambut tau..


Bila dah setahun lebih, rambut pun makin panjang.. walaupun halus-halus.. kerinting kat hujung pulak tu.. Mommy sangat happy.........


Lunch http://instagr.am/p/lWlEe/


Sama? Tak Sama! http://instagr.am/p/ih8Gr/

Sebab Amir ikut rambut mommy!! Saje-je letak gambar ni, kasi clear sikit perbezaan dgn baba dia ... ;p



The most recent ...


Photobucket



Cuma, mommy pening sikit je tengok rambut Amir bila baru bangun tidur. Gaya macam ada masalah negara.



p/s: 3 months away before Amir turns 2 years old.

Wednesday, June 6, 2012

Litt Tak Branded Toys Warehouse Clearance 7-10 June 2012.

2 comments

Check out Litt Tak Branded Toys Warehouse Clearance now!


I memang dah pergi cekidout dah, pukul 9 dah terpacak. Sebab, sejengkal aja location kedai ni dengan office. Maka wajib pergi.



Photobucket

Details:

When: 7 June 2012 (Thursday) - 10 June 2012 (Sunday) .
Time: 9am - 6pm .


Thomas & Friends Started set series NOW RM30 only. Limited quantity.

Products offered during Litt Tak Branded Toys Warehouse Clearance:
  • Takara Tomy
  • Ban Dai
  • Mask Rider
  • Power Ranger
  • Ben 10
  • Ultraman
  • Gundam
  • Pla Rail
  • Thomas
Catch Litt Tak Branded Toys Warehouse Clearance at
No 6, Jalan 4/118B,
Desa Tun Razak,
Cheras, Kuala Lumpur.
Tel: 03-9172 1108


So apa yang I berjaya catch:


All of these worth RM85 at Litt Tak warehouse sale


Super Trailblazer driving range - RM12, satu untuk Amir satu untuk Abang Hazim

Brick - Lego / Block ada train - RM13

Football goal post & Basketball hoop - RM14

Lorry tanker (brick/lego) - RM14

Police station (tower) , patrol cars etc - RM20

Thomas & Friends starter set - RM30 (N/P RM59.90)


Photobucket



For girls pun ada, contohnya rumah permainan, quiet big and ada macam-macam aksesorinya worth RM28. Untuk baby pun ada tapi tidak sebanyak toys untuk kids 3 years old and above. Tapi still harga yang di offer memang murah and kualiti barang pun acceptable, worth the money.


Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates