Tuesday, July 20, 2010

... 10 weeks more to go!


2 hari lagi mau genap 30 minggu.

Tak banyak beza dari minggu-minggu yang sudah, cuma perut la makin membesar. Lagi 2 inci perut naik, maka saya memerlukan pita ukur yang baru, yang ada kat umah tu sampai 40 inci jek.

Movement baby berbeza jugak daripada masa 5-6 bulan. Kalau dulu rasa pergerakan dia kuat, di sepak ke.. di tumbuk ke.. sekarang, pergerakan perlahan.. berpusing kot tapi kebanyakkan masa memang baby bergerak. Rasa macam di korek2 perut dari dalam.

Dizziness keep coming, sejurus selepas lunch je mesti rasa pening. Kaki dah start lenguh2 and back ache pun dah ada --- swollen feet je belum lagi (ada harapan tak takkan berlaku?)

Stretch marks; kat perut... line clear! tp ada tempat dia masih setia di situ.

Bahan bacaan sepanjang pregnancy ni;

This book is so comprehensive. Detailed week-by-week fetal development section in each of the monthly chapter. Ada cerita pasal diet and exercise for pregnancy (which saya tak baca-baca sampai sekarang, dok sibuk menelaah perihal baby di dalam perut).
And, ada info for dad-to-be to read too. Kalau tak nak beli pun takpe, subscribe je newsletter kat sini.
Baca buku omputih ni memangla pengisian lebih bagus drpd mana-mana buku malay version, science fact lebih lengkap, anyhow, kite pun nak tau amalan2 yang bagus semasa pregnant as advice by Islam kan. Ini antara buku yang terbaik untuk di baca:

Banyak amalan yang buku ni suggest for us to put into practice semasa awal kehamilan, sampailah dah dekat nak bersalin nanti. Siap ada nama-nama Islam jugak, boleh lah tengok mana yang berkenan.

And the following some info yang dicompile sendiri masa melawat2 blog orang lain, masih lagi berkenaan amalan masa pregnant.

Surah-surah yang bagus di baca:
  • Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
  • Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  • Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
  • Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
  • Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
  • Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  • Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
  • Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Surah-surah ni I banyak download dari http://www.4shared.com/ , burn dalam CD and dengar dalam kereta. And if you have buku Amalan ketika mengandung dan setelah bersalin (pic shown above), dalam buku tu ada surah2 yang disuruh amalkan, so boleh la baca surah2 dalam kereta atau mana2 boleh bawak buku tu, during free time boleh baca.

Doa semasa hamil:
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Doa ketika hampir bersalin:
“Sesungguhnya tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang sentiasa menzalimi diri” (Al-Anbiya: 87)


Bacaan lain (ketika hampir bersalin):
  • Wirid, zikir atau doa
  • Bacalah ayat kursi, surah al-ikhlas, surah Al- Falaq, An-Nas, berulang-ulang kali sehingga bersalin.
  • Baca "La ila ha illa anta subhanaka inni Quntu Minaz zolimin" (dari ayat Al-Anbiya 87)
  • Surah Al-A'raf ayat 54:


Amalan lain:
  • My sister suggests minum air akar fatimah (di beli di Mekah), bila dah masuk 7 bulan. She herself minum masa mengandung 2nd and 3rd child, memang mudah nak bersalin compare to her first child, masa tu kene c-sect. Mula-mula minum memang Ok, tapi bila dah seminggu terendam.. alamak, tak boleh nak telan.. baunya tak boleh blah! huhu maka dah lama tak minum.
  • My friend suggests makan pil Salindah, she took since week 28, i think her experience bersalin, labour pain tak lama then terus bersalin - 1st baby.
  • Ada my friend wrote an entry pasal minum milo dengan telur untuk mudahkan bersalin. Read here.
  • And banyak terbaca pasal air selusuh, minum bila dah dekat sangat nak bersalin. Tapi ada jugak terbaca negative side of the story like boleh sebabkan tumpah darah, and ada yang terminum awal so contraction sangat-sangat sakit tapi belum dilate lagi. Ada hospital kerajaan yang restrict patient from taking air selusuh.
  • My gynae pesan banyakkan squatting supaya kepala baby pusing ke bawah (for case kepala baby kat bahagian atas rahim)

Apa pun ini cuma informal study saya dengan mengGoogle, tanya orang, baca forum etc. So dont quote my words.

Info yang tidak ada kena-mengena dengan amalan ketika mengandung:
  • Esok ada check up dengan gynae, Yihaaaaa... boleh la tengok baby's body part yang mana sebenarnya yang selalu menyondol-nyondol dan terbonjol-bonjol. Hope kepala kamu sudah ke bawah ye nak.
  • My sis-in-law dah selamat bersalin about an hour ago! Yipppieee.. lagi seorang kawan kamu sudah selamat dilahirkan. Maka turn kamu lah pulak lepas ni. Bapak kamu excited. Mak kamu nervous!!!!
  • Marking paper student memang menggelikan hati (sekali sekala je!):
Answer: An interrupt is a signal from some device/source seeking the attention of the processor.
Student's answer: An interrupt is a signal from some devices seeking the attendance of the professor.

Pasai apa pulak ko nak amek attendance professor??

4 comments on "... 10 weeks more to go!"

[ Hanie ] on July 21, 2010 at 1:10 AM said...

ouh, thanks for sharing baha :)
sgt berguna info2 ni :)
buku amalan ketika mengandung & setelah bersalin tu pun, i ade :) tapi tak terkhatam lagi hehe.
Another 10 weeks eyh? tak lama je lg tu :) hope everything's going fine k

Nur on July 21, 2010 at 1:11 AM said...

hanie, our due is the same! 10 mggu tu memang kejap je babe.. huhu

Miss N on July 21, 2010 at 1:21 AM said...

good share!

I consume Salindah since last week sbb kwn sepejabat suggest ..die pon cakap elok..

since mkn alhamdullilah lebih bertenaga..

Dina Zakaria on July 21, 2010 at 2:29 AM said...

eh..u lecturer jugak rupanye..kat mane??

yup,memang kelakar baca answer scripts..kekadang tu rasa sakit jiwa pun ade gak..hahaha

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates