Monday, July 12, 2010

Kalaulah anak saya loyar buruk macam ni..


Ini anak kakak saya.


Masa baby, punya lah tak nak dekat orang. Asyik dengan ibu dia je. Ces, pantang nenek moyang anak buah aku tak nak dengan aku okeh!

Dah besar sikit baru dia rapat dengan Cik Nor die. Dan bila dia dah pandai cakap rupanya loyar buruk budak kecik ni.

Sekarang dia dah tak berapa kecik, dah 4 tahun. Justeru ke'loyar buruk'an makin terserlah. Sampaikan dekat sekolah dia suruh cikgu berhenti cakap kejap sebab dia nak bercakap dulu. Berani mati! Aku pun tak pernah buat macam tu.

Bila orang nak loyar buruk dengan dia pulak, dia faham. Dan ada yang aku terkena balik..

Last weekend balik kampung. Macam biasa, mak ayah akan suruh bawak anak Kakteh menghiburkan hati mereka.

Yang si kecil tu pasti berkepit dengan aku je. Antara perbualan kami yang menyakitkan hati:

Cik Nor : Nanti cik nor masuk hospital, Dik pah datang tengok cik nor tak?

Afifah : Mestilah... nanti dik pah bawak hadiah yang paling best sekali.......


Afifah : .. tayar basikal.


Pernah ke aku buat camni kat mak cik aku dulu?

Afifah : Nanti cik nor pergi kerja, biar dik pah jaga baby cik nor
Ewah baiknye hati budak ni. Mari kita kenakan dia....
Cik nor : Nanti camane dik pah nak bagi die nenen..?
Paused sambil menekup muka dengan tangan. Tak tau nak jawab la tu...
Afifah : Kenapalah cik nor tak beli botol susu?

Gelak tak hengat!

Kenapalah ngko comel di waktu kecil, poyo apabila besar?

3 comments on "Kalaulah anak saya loyar buruk macam ni.."

xiedax on July 13, 2010 at 3:36 AM said...

hahaha...lawak ank buah ko dayah..bebudak skang mmg telobih bijak..

mahira oya on July 13, 2010 at 5:09 PM said...

dik pah ni lawak ek..
tbe2 aku trngat cite psl abg dik pah..pon lawaks..

`BaHa` on July 13, 2010 at 5:36 PM said...

memang eh terlobih bijak..sakit yo hati kdg2 tu

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates