Tuesday, July 6, 2010

Yien's akad nikah & an exhilarating trip to Kelantan


We were so excited sampai tak fokus pada benda lain iaitu 'kerja' even a week before the trip. Macam budak-budak nak pi mandi laut! Of course la excited sebab salah seorang kawan baik kami, Yien sudah menjumpai soul partner dan bakal menamatkan zaman bujang beliau. Tetapi..... apa yang lebih mengujakan ialah trip kali ini bakal disusuli dengan pebagai aktiviti menarik seperti makan, makan, makan dan makan bersama kawan2!
Siapa yang ada dalam rombongan Cik Kiah? All the single ladies.... (sambil menutup perut dengan handbag)

Pukul 6.30 pagi kami (kecuali mak budak berbaju purple yg sokmo lambat) dah tercongok kat airport. Masih lagi bermuka bangun tido walaupun dah mandi.


Aktiviti pertama; MAKAN (memang anda akan tidak nampak aktiviti lain dengan banyaknya selain aktiviti ini). Breakfast di kedai kopi ibu Cik Zente, pagi2 dah makan nasi lauk ayam. Dan air milo ais yang sangat kaw menyebabkan perut memulas-mulas sejurus selepas makan. Menandakan proses perkumuhan berjalan lancar.

Motor Cik Zente yang banyak berjasa kepada kami sepanjang belajar di KUSTEM. Ye, sticker kenderaan KUSTEM pun masih ada terlekat kat motor tu. Kenangan tu, sticker yang menyebabkan pertelagahan dengan pak guard bila tak cukup duit nak renew. Huh, pak guard ape tau.. kami banyak berhabis duit di Watson KT la ape lagi..


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut baru boleh pergi.. Dan kami pun terus ke rumah pengantin yang 10 minutes away dari rumah Cik Zente.

Gorgeous Bride


yang lain2 tu pun Gorgeous jugek..




Berjumpa kawan2 lame and spend time together memang seronok. Tak sangka kami masih boleh berjumpa walaupun dah jadi mak orang, bini orang, penulis berjaya, kakitangan kerajaan yang busy gile dan lain2.



Seterusnya kami check-in hotel di area Wakaf Che Yeh. Masuk je dalam bilik semua pun beradu dulu, charge battery. Yelah, awak pun dah tak muda seperti dahulu kala...


Adalah wajib apabila bangun tido, perut terasa lapar. Agenda seterusnya makan sotong goreng celup tepung di Pantai Cahaya Bulan. Ini memang mengimbau kenangan masa belajar dulu, petang2 je ramai-ramai naik motor pergi makan sotong / ikan / fishball dll goreng celup tepung kat kedai batu tepi Pantai Tok Jembal. Layannnnn..




Ikan dugong di tepi PCB (kecuali berbaju putih itu duyung) Ini belog aku maka suka hati aku ;p Siapa suruh ko takde blog Yan!


Lepas bersantai di pantai, kami ke shopping mall di KB. Bukan nak shopping ape pun, saje nak amek feel window shopping ng kawan2 mcm berjalan di pasaraya The Store kat KT dulu. Dan seterusnya kami makan di Mak Nab Nasi Air - lagi makan faveret kat terengganu dulu, dah la murah maka makanan ini menjadi makanan budget bila dah takde duit poket



Balik hotel dan menonton World Cup. Sorry org bilik sebelah!


Berjalan-jalan di Wakaf Che Yeh


Dan makan......


Dan makan lagi sejurus selepas bangun keesokan hari.. At Kedai Kopi White House


Mak buyong tersandar kekenyangan


Membeli-belah barang sejam-dua



Dan makan tengah hari pulak.. At Kedai Nasi Ulam



And welcome back to Kuala Lumpur! Sigh. Kalau dah nak balik mesti sebab esoknya Isnin kan.. huhu


Cerite akad nikah nye tak sampai 2 perenggan, cerita makan dekat 2 page. Kan saye kate memang patut pun kami teruja seminggu awal.. mane nak dapat makan macam2 dengan harga yang murah kalau bukan di Kelantan.

Nota kaki: To preggers yang nak naik flight (AirAsia specifically) when your pregnancy more than 27 weeks, better check the procedure thoroughly. Ingatkan dah ada surat Doc, sepatutnya ok.. it was ok before boarding sekali dah naik flight, steward check macam ada isu pulak and he told me patutnya I check dengan Doc yang ada kat airport. Masa pergi ok, nak balik pulak ada isu kat atas flight. Entahla I was unclear with the actual procedure, better check to avoid inconvenience.

Me at 6 months plus - Gambar hiasan takde kene mengena dengan nota kaki

10 comments on "Yien's akad nikah & an exhilarating trip to Kelantan"

Dira Isa on July 6, 2010 at 6:36 PM said...

shopping part.
mmg aku xtahan.
warghhhh!!!! bes nyerr :D

Unknown on July 6, 2010 at 7:31 PM said...

hehehe.. matlamat utama korang pg wedding yien ke berjalan2 + bershopping ni.. hihihi...

Nur on July 6, 2010 at 8:37 PM said...

pergi wedding yien tu alasan je untuk bersukaria ;p

lovely2gether on July 7, 2010 at 2:15 AM said...

sy rasa procedure tu baru lagi kot sbb sebelum ni dah ada 1 kes terberanak dalam flight Air Asia. insyaAllah Yien bersanding nnt kalau xde aral sy memang nak datang. masa Yien nikah hari tu ralat gak x dapat datang :-(

Hunny on July 7, 2010 at 6:05 AM said...

kna ada surat doc utk fly after 27weeks?bleh tak share your experience pasal procedure tu.i plan to travel balik kg this month, usia pregnancy plak nk masuk 27week :p thanks ya

Dina Zakaria on July 7, 2010 at 10:14 PM said...

sakan berjalan ek..

syud on July 8, 2010 at 12:41 AM said...

"kakitangan kerajaan yg busy gile"

hahahhaha

aeshly on July 8, 2010 at 5:57 AM said...

kedai nasi ulam sangat bes!! penah mkn kt situ. mmg kaw!

Nur on July 8, 2010 at 5:54 PM said...

tapi aku tak enjoy sgt sbb tak makan ulam2 sgt huhu

yienjr on August 1, 2010 at 8:41 PM said...

thanks to all my sayang sudi datang majlis kawen saya yg sgt simple..saya stress sebenarnya msa tu tp korang sume telah menceriakan hati ini ;p lov u!!!!!

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates