Thursday, June 30, 2011

Amir oh! Amir

3 comments

Today babysitter (ibu) Amir is on leave. So patutnya Amir and mommy lepak dekat rumah. Unfortunately hari ni jugak lah TNB ada maintenance di area Cheras so my house harini takde elektrik since 8am.

Nak dijadikan cerita, Amir dah 3 hari cirit-birit sampai melecet kat bawah tu. Duduk rumah pakai napkin aje. Tapi masih lasak bermain sampai nak tercabut.. Gayat la kata kan first time pakai.

After lunch, tengok Amir dah okay sikit terus bawak jalan-jalan Sogo ;p Tak larat dok rumah, takde TV.. Panas.. Boring! Dah habis semua lagu kat BabyTV mak nyanyi :D


So here we are now, Starz Garden Sogo!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, June 27, 2011

Amir in action yaw!

7 comments
We had our photoshoot at Kiddie Fotolab last Sunday. It was so fun!

Lebih seronok bila tengok gambar cantik-cantik. So sangat puas hati and RECOMMEND this place if you all nak ambil gambar your kid(s). The place is nice and decent. Photographers nya pun sangat nice because they are husband and wife with 2 kids. They surely know how to handle your kid(s). Total session hour is 1 and half to two hours.

 Photographer akan start session with casual shoot. Just nak kasi baby warm up dulu then only diorang start dengan ambil gambar dalam studio.

In studio pulak, start dengan gambar baby pakai diaper then naked - baby like photoshoot. Then ambil gambar family, pair with father/mother. If ada masa lagi and your baby still can stand the with session boleh ambil gambar pakai costume. They have a lot of costumes. Unfortunately Amir dah tired masa tu.

They have the following packages (not in details. *Pls refer to them for pic size 8R/6R etc):
RM300 - 6pcs printed pic, soft copy of chosen printed pics
RM525 - 12pcs printed pic, soft copy of chosen printed pics, sticky album
RM550 - Get all the post-processed pictures (softcopy). 17pcs 6pcs printed pic, soft copy of chosen printed pics, sticky album

It's true that the package is quite expensive tapi bila tengok gambar cantik2 and captured various moments, rasa sayang pulak tak ambil semua. Lagipun bukan lama Amir jadi baby :( Tak lama lagi dah besar huhu

Bukan main susah nak buat Amir senyum, samada dia sangat into toys  atau sibuk nak pegang camera. So out for hundreds shots, adalah 2-3 keping gambar dia senyum. Ok lah, better than none..












Gambar Amir gila kuasa nak pegang kedua belah frames!











These are just some of the pictures. Again I highly recommend this studio :)

Tuesday, June 21, 2011

Alhamdulillah, Praise of, and Thanks to Allah

10 comments
Speechless. Happy sangat.


Congratulations! We are pleased to inform you that the University of Malaya has approved your admission for the doctor of philosophy programme.



Permudahkan jalanku, Ya Allah!

Ibu, jgn jadi seperti ibu ketam ajar anak jalan lurus.

9 comments
As a mother, mestilah kita nak terapkan sifat-sifat yang baik pada anak kita kan - menghormati orang, jgn sakitkan hati orang, cakap yang elok-elok and many more. And we are aware yang role as a mother ni paling mulia - after all dialah insan yang melahirkan satu nyawa ke dunia.

Puitis bukan..

Tapi logiknya 'mother' ialah title dan dia masih lagi insan biasa macam orang lain - dan prone untuk melakukan kesilapan. I'm a mother and I'm not better than anyone else. Ok, isu yang nak dibincangkan simple.. Dalam pada kita sibuk nak cultivate nilai2 murni pada anak kita cuba cermin diri kita. Perbaiki benda yang paling basic. Our judgment.

Kalau cakap pasal 'mother' dan isu - none other than breast feeding. Yup, that is. Ever since ada anak, isu ni bermula seawal sejam selepas melahirkan. Bila kita sms kawan2, family, saudara mara akan ada reply 'congratulations' dan most akan tanya 'breast feed tak?' Yalah, apa salahnya bertanyakan. Kalau iye concern takpe. Tapi tahu tak ada masa benda tu boleh stress kan that particular person. After a while, lagilah dihujani dengan persoalan pasal breast feed oleh pelbagai pihak. Bukan salah kalau tanye tapi yang bertanya pun biarlah berlapik. I personally think orang yang tanya tu macam nak offer unnecessary consultation samada u breast feed or not. And bila baca forum, blog - ada macam-macam peperangan pasal breast feeding vs formula milk. Well, I don't think it's a healthy competition. Yang fully bf kata fm tak bagus, yang fm kata bf tak cukup untuk provide nutrition to baby. Obviously both pun ada pros and cons. Dan bila seseorang itu opt untuk bf atau fm dah tentu they are certain that is the best for their baby who do we bother then? Kenapa perlu offend sesama sendiri?

Naturally, ibu mesti nak susukan anak dia sendiri. There are circumstances that forbid them to do so. Logiklah. Tapi someone has told me once 'kalau orang kata takde susu tu tipu'

Betul ke ibu tu nak tipu kata dia takde susu? Yang lebih teruk I baca from other blog kata kalau iye takde susu cuba suruh suami hisap, tengok ada susu ke tak.

Ayo, kata-kata dari seorang ibu kah? Dan ada yang kata - bagilah susu haiwan nanti anak jadi macam haiwan. Aduhai. Kata-kata macam ni lah yang start the war. Then yang bagi anak fm pulak cakap kekurangan fully bf anak, then they get offended dan melancarkan serangan balas. Maka berperanglah kaum ibu yang kita agung-agungkan itu. Well I'm aware everyone is entitled for their opinions. Tapi kan memang ada borderline of how we can point it out supaya tak mengecilkan hati orang lain.

To those yang memang boleh fully bf anak, you should be thankful kalau iye pun ade orang cakap pasal kekurangan bf, you know diorang mungkin envy. Ada yang tidak lucky macam you boleh bf anak instead kena supplement with fm. They must be proud too if diorang boleh susu kan anak. Maybe diorang a bit upset with the situation. I think we should just bear with them. Janganlah pulak kita bangga diri and tell the world, how much we can save for not buying formula, how good mother's milk is, how many oz we can get a day - kan ini semua boleh menimbulkan rasa cemburu dan mula lah orang cari kekurangan kita. Buat apa nak argue lagi sebab semua tau susu ibu terbaik. So janganlah kita some sort of mengecilkan orang lain yang feed anak dengan fm. There's nothing wrong with fm for god sake!

Ade yang bertanya 'eh kenapa bagi formula?' Kecil tak hati bila orang xtau apa yang kita perlu lalui tapi judge. Kenapa salah ke bagi formula? Ada orang yang rasa tak logik isu takde susu sebab dia berbotol-botol boleh dapat dalam masa sehari. Ada orang tanye 'kenapa tak pam 3 jam sekali?' Dah tentu waktu kerja kita tak sama kan. Dapat ke saya pergi pam 3 jam sekali? Ada orang tanye ' tak faham lah kenapa diorang bagi formula' sedangkan dia mampu untuk bercuti 6 bulan dari bekerja untuk susu kan anak. Agak-agak dia tau tak hassle bagi sesetengah ibu bekerja nak catch up dgn kerja kat office, hal rumahtangga dan anak?

Tapi...

Yang bagi formula pun handal soalannye hehe 'cukup ke susu badan je' alamak kawan, kalau tak meragam anak tu maka cukuplah tu. Perut baby pun bukan besar sangat. Patutnya kita support lah orang yang nak breast feed tapi jangan pulak memperkecilkan orang yang bagi formula milk. As simple as that.

Memang pening, bukan isu breast feed aje yang banyak 'tok guru' nak bagi free lesson.

Ada orang kata jangan diajar anak hisap puting. Ada yang kata bagus budak hisap puting, other than soothe the baby, ada research pasal baby yang hisap puting and has a good suction are more confident.

Ada orang kata jangan diajar anak tidur dalam buai, nanti susah travel. Betul, memang susah. Tapi bila ada yang tengok kita dok rock baby guna our arms kata 'apesal tak masuk dalam buai je'

Ape-apa pun setiap baby lain ragamnya, sebab tulah kena hati-hati bila nak bercakap especially in situations yang kita tak tau details. Instead of nak tolong provide solution, dah jadi kemarahan pulak dekat orang tu.

Setiap ibu ada preference masing-masing, I'm open for both bf or fm. Takde masalah nak bagi anak minum susu formula pun. So I don't think we should 'interfere' opinion orang lain. Lain lah dia bagi anak dia minum Ribena masa anak dia 2 bulan. Mari sama-sama kita ketuk kepala dia.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Consolidated entry: Cukur jambul, Admitted at KPJ Kajang, Outing, Father's Day

4 comments
Whew.. finally.. dapat jugak online on my laptop. Almost 2 weeks sibukkan hal Amir, the first week jaga Amir yang demam dekat rumah and the following week sibuk jaga kat hospital pulak. Harini mommy plak dah start sneezing.

Well, it was quite an experience for the three of us last 2 weeks. That was Amir's first high-temperature fever. Sebelum ni setakat panas sikit, bagi makan ubat and the next day he's healthier than ever. We really lacked of experience jaga baby demam. We totally depend on medicine walhal banyak lagi benda yang parents should do masa baby demam. Some tips we got from experienced parents;

Tip no 1 : Be ready round the clock!
Seriously kena buat ni.. Mula-mula kitaorg tak la ready round the clock sangat, bila tengok Amir tidur nyenyak.. emak tido lebih nyenyak lagi. Sangat bahaya especially baby yang demam panas. itu yang satu haritu I woke up and rasa badan Amir panas sangat, waktu makan ubat pun dah overdue so cepat2 bagi makan ubat.. tengah bagi makan ubat, darah meleleh keluar dari hidung :( My bad. Patutnya kunci lah jam untuk bagi makan ubat huhu.

Ada kes yang bila mak dia terjaga dari tidur, anak tengah kejang. So scared. My friend pulak, tengah dia sibuk bersiap-siap, and her daughter yang demam bermain-main dengan her eldest daughter - anak dia fit sbb si kakak selimutkan si adik dia kata adik sejuk. Suhu badan jadi sangat panas sebab kena selimut.

No 2 : Timing makan ubat
Selalunya waktu makan ubat ialah 6 hourly, if badan baby cepat panas.. belum 6 jam lagi dah start panas balik, bagi ubat 4 hourly. Kalau badan panas sangat, temperature 38 and above, bagi ubat masuk ikut pungkoq tu : Voren. It helps nak reduce suhu badan baby. Ubat ni takkan lap dengan ubat demam (makan/oral) so boleh bagi dua-dua.

No 3 : Lap-lap badan baby and mandikan
If badan panas sangat, lap badan baby dgn air yang betul-betul sejuk. Ice even better. Lap especially dekat celah2 sendi; armpit etc. Kalau dekat hospital siap suruh mandikan dengan air yang sejuk gile. So it's okay mandikan anak walaupun demam. Ada yang kata letak kain basah dekat dahi, lap2 badan pakai air asam jawa, daun bunga raya and what not. Buat aje lah Kiah oiii.. kalau tak menjadi takpe, kalau menjadi.. senang gile hati Kiah!

No 4 : Kalau kita tak terjaga and need extra hands and org yang pakar around us, baby pulak batuk teruk.. tak pandai nak keluarkan kahak -- Bawak pergi hospital je lah! Serius. Macam2 alat bantuan ade kat sane, at least doctor boleh monitor keadaan baby and nurse boleh tolong ape2 yang patut contohnya emak tolong pegang anak kuat2, nurse tolong bagi makan ubat ;p Dan... tolong kejutkan emak dan anak bila waktu makan ubat sudah tiba.

Jadi, hari ke 6 Amir demam... badan panas lagi, batuk makin menjadi-jadi. Ubat kat klinik pun dah nak habis, keluar pulak merah2 dekat badan... Emak makin cemas. To the hospital we went...

As expected, Amir kena admit.

First day: Amir sangat-sangat weak. Cranky and fussy. Don't touch me, I want my mommy to cuddle me. Only mommy. The rest.. go away. Mommy stay.


Yay! Memang penat sangat masa Amir mula-mula demam. Orang lain sentuh dia sikit pun dia marah. We don't know what iritates him.

Second day: Dah bertenaga sikit, tapi cukup untuk menyukarkan proses memberi makan ubat. Meronta-ronta. Padahal sebelum ni makan ubat Okay aje. Maybe dia rasa kena torture masa first day especially masa nak cucuk tangan for water drip. Everytime doctor and nurse datang, dia dah mula melenting-lentingkan badan like knowing what's going to happen. Bila doctor usik je (padahal tak buat apa-apa yang menyakitkan pun) terus Amir meronta-ronta and nangis. Even worse masa makan ubat and nebeulizer.






Third day: Demam Amir dah kebah. Alhamdulillah. Tapi batuk dan selsema ada lagi. Bila x-ray kat chest, ada phlegm. So kene buat physioteraphy. Bila I put this on my fb status, ramai jugak kata 'kesiannye..' 'takutnya..' I'm sure it is. Especially kat baby. Tapi as I have seen it, takla sepanjang procedure tu menakutkan or menyakitkan baby, mungkin part taruk tiub dalam mulut sampai tekak untuk suck phlegm tu a bit scary and kesian kat baby. Amir meraung-raung sampai hilang suara. Atau mungkin tak la sesakit mana, cuma caused uneasiness to the baby. Sebelum phlegm suction, physioteraphist akan bedung baby, and tepuk belakang badan. I think yang ini baby enjoy hehe. Tapi adalah lebih baik buat physioteraphy ni daripada biarkan kahak banyak dalam lung baby, I read one case of pneumonia masa pregnant. Memang sangat takut dan mintak dijauhkan. Asalnya baby tu demam biasa, batuk and selsema. It caused death.

Selepas aktiviti yang tidak menyeronokkan itu, mommy bawak Amir main dekat play room. Enjoy!






Fourth day: One more round of phlegm suction before we leave. Sebelum discharge mintak doctor bagi Amir vaccin pneumococcal. Dah consider pasal injection ni from Amir newborn, baru la ni ambil. Bila anak sakit sikit-sikit je dah risau sangat-sangat. Barulah ada awareness nak amek vaccinnation and what not.

On Saturday, sehari selepas Amir discharged. We went outing plus dah dekat 2 minggu mommy tak keje, kene keluar and meet a friend of mine nak setelkan keje. To KLCC we went.









And on Sunday pulak, we all celebrate Father's day with Ami's family




I want mommy..



Back dated : Cukur Jambul (before Amir admitted to KPJ Hosp.)
Actually ini majlis beramai-ramai since Ami's clan dapat ramai cucu 2010-2011. Amir tak enjoy pun and asyik merengek masa majlis, tak sedap badan. Dapatlah 2-3 orang potong jambul Amir after all Amir bukan ada jambul sangat ;p


Alolo sian takde mood



Akhirnya berkepit je dengan mommy.. aduhai missed potong jambul dengan pakcik-pakcik

Wednesday, June 15, 2011

No more fever, now I wanna go home :(

6 comments

Alhamdulillah, Amir dah tak demam lagi since yesterday. Cuma batuk and selsema ada lagi. Result x-ray semalam, ada flame sikit kat lung Amir. So, sekejap lagi nak kena buat fisio nak keluarkan kahak dari lung. If takde masalah lain mungkin boleh discharge harini.

Oh please, I wanna go home very badly.

I have spent 2 nights here, dah cukup untuk buat badan sangat-sangat letih. I don't have enough time to shower in fact. Harini baba Amir dah kena masuk office, nak tinggalkan Amir sorang-sorang atas katil hospital ni sangatlah tidak confident.

Other notes:
Susu Anmum for lactating mother
Since Amir demam, dia langsung takde selera makan apetah lagi bottle fed. Masa tinggal dengan babysitter pun dia tak nak minum. Memang banyak kali kembung perut sebab wind. Risaunya. Apetah lagi now milk production dah berkurang. So I continue minum MilkMaid Tea - fenugreek (halba). Hmm rasa macam sama je. Then cuba lah susu Anmum for lactation, I personally think it's a milk booster. Macam masa mula-mula dulu. Alhamdulillah. Tak lah risau pasal Amir tak makan.


Hemmm...




Uwaaaa.. Nak balikkk!!!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, June 14, 2011

Fever episode 7: Admitted!

8 comments

Too bad. Sampai harini masih ada fever. Even worse since this morning ada naik rashes kat kepala and badan. Which we thought demam campak.


After lunch time we all balik from office and bawak Amir ke KPJ Specialist Kajang. Paed kata maybe bukan demam campak, perhaps viral infection. But too early so say so tho'. Tomorrow akan buat xray to check flame in the lung. I just hope there's nothing serious. So now amir admitted to ward, better still after 5-6 days demam, on medication and bedrest at home. Both Ami and I think we need expert to be around (or we be around, near to the expert). Do whatever it takes to heal Amir. Kesian Amir we don't know what irritates him tapi cranky and fussy sangat2. Doc pegang tangan ke dahi ke telinga, habis ditepis. Ni tgh tido berdukung, letak atas tilam je menangis. Siannya hero yang tak berapa hero time demam-demam ni ;p

Lagi satu hero tengah dok layan movie maybe nak menenangkan hati, fikir Amir yang tak sihat2 lagi plus some works at office dah berhari-hari cuti. Hmm.. Dugaan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, June 13, 2011

Fever episode 5

1 comments

Huhuhuhu

Dah 5 hari Amir demam. Badan panas lagi. Batuk makin menjadi-jadi. Harini both Ami and I tak pergi kerja and jaga Amir. I don't I can handle him alone especially time makan ubat.


Tadi kami ke klinik (again). Temperature is still high, 38.8. Doc suruh buat blood test in case ada problem lain. (Pls don't).

Now we're waiting for the result at home. Please pray for us :(



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, June 11, 2011

Fever episode 4

3 comments

Aduhai susahnya hati. Pagi tadi terjaga, badan Amir panas sangat. Padahal malam tadi rasanya demam dah kebah. Terus bangun and bagi makan ubat. Tengah 'bergelut' bagi Amir makan ubat, sekali his nose bleeding. I'm scared to death (now I know it's normal maybe due to panas sangat). Tapi masa tu takutnya tengok fresh blood. Cemas.

Lepas taking medicine, Amir nampak ok. Now he's sleeping.

Seriously malam tadi he seems fine. We all now at Muar, husband's hometown ada kenduri potong jambul termasuk Amir. En Amir segak berbaju melayu. Masa dalam kereta sibuk bercakap, he can say 'cat' if we say 'meow'. I was so happy and really thought Amir dah nak sihat dah.

But I really hope his speedy recovery. Susah hati mommy, Amir cepat sihat okay! :(

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, June 9, 2011

Fever episode 3

1 comments

Okay, saya berharap ini episode terakhir. Tak mahu buat season baru.

Malam Amir tido lena.



Tapi baba dia kata, Amir merengek-rengek jugak. Tapi mommy tak sedar, siap tidur membelakangkan Amir. Amir sepak-sepak belakang mommy. Takde respond. Ape punya emak la.

Amir pusing kat baba. Tepuk-tepuk muka baba. Baba buat-buat tidur. Dey, ni lagi ape punye bapak la.

Last-last Amir tidur sendiri. So statement kat atas adalah kurang tepat. Emak Amir yang tidur mati. Serius, knocked out! Siap ingat Amir yang tidur lena sehinggalah Ami cerita pekara sebenar.

Dalam pada hati risau mengenangkan Amir tak sihat, banyak jugak keletah Amir yang mencuit hati. Kalau selama ni sua apa-apa di mulut, Amir terima dengan hati terbuka.. Masa demam susahnya, especially bila ubat. Dapatlah pulak bapak yang jenis berkira -- kalau 0.75ml ubat terkeluar sbb Amir lari2kan muka - ditambah lagi sukatan ubat kasi tepat. Mommy je asyik tak sampai hati tengok Amir meronta-ronta nak makan ubat. Nasiblah Amir dapat bapa yang sangat bertanggungjawab ;p ubat mommy pun dia selalu kira dah makan ke belum. Uwaaaa apelah nasib kita Amir! Mommy faham perasaan Amir.. Dan rasa benci pada ubat itu. ;p

Malam tadi masa nak bagi ubat Amir dah pandai geleng2 kepala sambil menggoyangkan tangan like saying 'No' Hahaha So cute. Memang hati mommy cair tengok keletah Amir sampai takpelah kalau Amir tak nak makan ubat. Tapi Amir kena ingat bapa Amir adalah seorang bapa yang bertanggungjawab dan tak mudah mengalah.

Harap-harap hari ni Amir dah sihat sepenuhnya. Pagi tadi badan Amir tak panas lagi. Cuma tinggal batuk dan flu. Patutnya malam esok ada kenduri cukur jambul kat kampung baba. Mama Tok Amir kata mungkin demam terkejut. Baru nak tumbuh rambut dah kene potong jambul pulak!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Fever episode 2

1 comments

Selepas pukul 2.40am semalam, ingatkan Amir eventually tidur. Jangkaan meleset. Walaupun dah tidur atas badan, ade je benda lain buat dia tak selesa. Merengek.

Emak Amir yang konon2 sanggup tak tido nak monitor temperature anak, menjelang pukul 4-5 pagi kepala dah weng.. Mata kuyu.. Kepala berat.. Ngantuk GILE! Culture shock sebab masa belajar tak pernah stay up ;p

That was first time sepanjang malam tak tidur, silih berganti dengan baba Amir dukung Amir. Sambil berdiri, henjut2 sikit sambil tutup mata. Badan Amir panas betul, dok tuam aje. Letak kain basah dekat dahi, dicampaknya. Even worst Amir muntah-muntah, mungkin angin sebab takde selera nak makan.

We thought balik kerja tadi, demam Amir dah surut. Masih teruk lagi. Once again pergi klinik, masuk ubat kat pungkoq. And kena hidu oksigen untuk cairkan flame. Kalau tak Ok, tomorrow terus pergi specialist. Harap2 Amir cepat sihat.

Malam ni nampak die dah bertenaga, dah melonjak2. Tapi masih batuk and flu. Tido pun macam dah lena sikit.. Better than before.

Cepatlah sihat Amir, dah 2 hari mommy tak dengar u ketawa terkekek-kekek.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, June 8, 2011

Fever oh fever

3 comments
2.30am

Amir tak tidur lena, malam semalam pun tak lena due to blocked nose and cough. Malam ni Amir demam, 37.9

Luckily we visited his paed after work. So dah ada ubat. This is the second time Amir demam, last time masa Amir 2-3 bulan but not this bad. Now Amir tengah tidur atas mommy, maybe dia selesa tidur macam tu. Mommy pulak tak boleh nak tido monitor temperature Amir :(

I don't think he's sleeping tight, mulut asyik berbunyi je. Poor my baby.

Baba Amir pun tak sihat, batuk2. Dua org heroes sick la, terpaksa mommy transform jadi wonderwoman ;p

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 5, 2011

8.5 months checkup

2 comments

*Amir at Poliklinik An-Nur


Weeee.. Akhirnya berat Amir naik jugak, the last 2 months - masa amir 6.5 months, berat 7.3.. Masa 7.5 months, naik sikit je so berat Amir 7.8

Sigh. Risau jugak. Tapi Alhamdilillah berat Amir naik banyak this month, 8.5 kg.

Aikkk same pulak dengan 8.5 months.. ;p


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates