Thursday, June 9, 2011

Fever episode 3


Okay, saya berharap ini episode terakhir. Tak mahu buat season baru.

Malam Amir tido lena.



Tapi baba dia kata, Amir merengek-rengek jugak. Tapi mommy tak sedar, siap tidur membelakangkan Amir. Amir sepak-sepak belakang mommy. Takde respond. Ape punya emak la.

Amir pusing kat baba. Tepuk-tepuk muka baba. Baba buat-buat tidur. Dey, ni lagi ape punye bapak la.

Last-last Amir tidur sendiri. So statement kat atas adalah kurang tepat. Emak Amir yang tidur mati. Serius, knocked out! Siap ingat Amir yang tidur lena sehinggalah Ami cerita pekara sebenar.

Dalam pada hati risau mengenangkan Amir tak sihat, banyak jugak keletah Amir yang mencuit hati. Kalau selama ni sua apa-apa di mulut, Amir terima dengan hati terbuka.. Masa demam susahnya, especially bila ubat. Dapatlah pulak bapak yang jenis berkira -- kalau 0.75ml ubat terkeluar sbb Amir lari2kan muka - ditambah lagi sukatan ubat kasi tepat. Mommy je asyik tak sampai hati tengok Amir meronta-ronta nak makan ubat. Nasiblah Amir dapat bapa yang sangat bertanggungjawab ;p ubat mommy pun dia selalu kira dah makan ke belum. Uwaaaa apelah nasib kita Amir! Mommy faham perasaan Amir.. Dan rasa benci pada ubat itu. ;p

Malam tadi masa nak bagi ubat Amir dah pandai geleng2 kepala sambil menggoyangkan tangan like saying 'No' Hahaha So cute. Memang hati mommy cair tengok keletah Amir sampai takpelah kalau Amir tak nak makan ubat. Tapi Amir kena ingat bapa Amir adalah seorang bapa yang bertanggungjawab dan tak mudah mengalah.

Harap-harap hari ni Amir dah sihat sepenuhnya. Pagi tadi badan Amir tak panas lagi. Cuma tinggal batuk dan flu. Patutnya malam esok ada kenduri cukur jambul kat kampung baba. Mama Tok Amir kata mungkin demam terkejut. Baru nak tumbuh rambut dah kene potong jambul pulak!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comments on "Fever episode 3"

BYZURA RAZALI on June 10, 2011 at 4:05 AM said...

ala cian amir.tgk tu muka dia muncung je.get well asap amir. u pun take care tau.

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates