Yup, it’s not everything great being pregnant.
Well, entry kali ini saje-saje nak discuss isu maybe ramai yang masih menunggu ‘good news’ selepas berkahwin, tapi masih belum. I genuinely understand if I were in their position, waiting when I will be conceived, hoping to see my baby on that ultrasound, letting everyone knows that I’m pregnant (but it’s not the time yet), wondering how wonderful it is to feel my baby’s kick for the first time and eventually enjoy the parenthood once the baby is in your arms – in reality, that’s not just it!
Yes, perlu bersyukur atas rezeki Allah dah bagi, tapi we still have to put a lot of effort and be ready mentally, physically and financially as the preparation for the new responsibility. Mana ada bulan jatuh ke riba or rezeki datang bergolek kan... Cuma benda yang baik tu akan dipermudahkanlah urusannya, but still we have to double the work and effort. Isunya bukan semata mengandung atau tidak, tapi sekiranya mengandung; are you ready for a-tremendous life changing experience?
Memang kebiasaan bagi pasangan yang mengharapkan si isteri mengandung sejurus selepas berkahwin akan melompat-lompat kegirangan sambil menyanyi-nyanyi apabila dapat tahu – ‘Positive’. Tapi bila dah sebulan mengandung, mungkin ada dah mula berfikir-fikir tentang the following issues:
1. Morning sickness
Ini memang la normal bagi orang mengandung kan, hanya sebilangan kecil je yang lucky tak perlu experience sickness. But to those yang mmg terpaksa menanggung severe sickness yang bukan morning sahaja sampai ke malam pun dia ada – mesti mengganggu perasaan jugak. Yang asyik MC je, tak larat nak pergi kerja.. risaunya kalau it affects work performance – dan sebenarnya memang, kita tak sebegitu healthy nak perform our duty. Cuma kebanyakkan bos mestilah faham keadaan pregnant lady, still kita akan ada perasaan guilty.
Bukan kerja sahaja yang jadi masalah, how about our married life? Our husband? Memang la happy kan, ‘abang I pregnant with your baby!’ Tapi bila sickness datang menerpa, tak boleh masak la… badan tak sihat… Suami yang kene balik awal nak temankan isteri instead of isteri buat belly dance sebagai menyambut kepulangan suami. Imagine not after a month selepas berkahwin, kita dah tak larat nak layan suami. Well, memanglah suami akan faham, tapi deep down inside rasa macam ‘am I a good wife?’ Kalau sehari-dua rasa tak sihat, takde masalah tapi berminggu-minggu atau berbulan. Meaning that, dari peringkat awal perkahwinan kita tak dapat nak enjoy pun hidup berdua, bercanda, bermesra.. (eceh)
And, our sex-life changed. Siapakah yang begitu hebat boleh melakukannya ketika anda rasa kepala macam nak pecah, boleh termuntah pada bila-bila masa sahaja dan ketika anda terpaksa berlari-lari anak ke toilet because of frequent urination? Oh, sungguh tidak seksi! Again, suami anda akan kata ‘takpe, abang faham..’ Tapi baru sebulan kahwin ni bang, abang ingat cuti 7 hari je sebulan nampak gaya kene amek cuti belajar la 3 bulan! Sampai le sickness anda dah berkurangan.
2. Body expanding
Memang patut happy la since it shows your baby is growing. Pada bulan ke-4 until 6 mesti tengah dalam mood ‘excited gile’ bila tengok baby bump. Jangan lupa bump itu akan menjadi lebih besar lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi dan lagi sampai anda akan terfikir macam mana lah agaknya nak kecikkan balik segala yang membesar ini? Slimming center? Jangan lupa kawan2, dah ada baby nanti, nak beli baju emak pun mungkin perlu remove dari shopping list, pampers di tempat pertama, susu di tempat ke-2 etc.
Ayat sedapkan hati masa tengah preggy nanti ‘Ala, nanti boleh loss weight kalau breastfeed’ Yup, tapi cuba Tanya kawan2 yang dah bersalin, memang berat badan turun tapi errrr tang perut tu susah nak kasi flat balik. Sian abang, sebulan je abang tengok perut I sexy ;p
And well, nak pakai lingerie yang seksi-seksi pun dah tak boleh, sebab dah tak ada size! Mungkin ‘half-cup’ tidak lagi mampu menampung =) One of my friend told me, her husband made this joke: ‘Sayang I rasa bra u macam bra nenek I selalu pakai’ Daaaa..memang size itu sahaja yang muat dan membuatkan si isteri selesa. Well, it was just a joke.
3. Stretch marks
Sudah banyak dibincangkan dalam entry yang lepas. Kebanyakkan orang akan ada stretch marks and kalau dah ada memang susah nak hilang. Maksudnya tak dapat dah la kulit licin bak kulit telur seperti anak dara dulu. Hmmm memang merisaukan, we always want to look good to our husband’s eyes. Now that your husband is yours, it bothers us so much how do we look and whether he still attracted to it. Tau je lah kan ramai sangat ‘biatch’ available in market now. Almost everyday akan dengar kisah suami disambar orang ni. Itu semualah membuatkan kita so concern about our look.
4. Fatigue
Tak banyak aktiviti pun blh buat. Walaupun husband yang akan selalu advice, banyak rehat bla..bla..bla.. Tapi imagine if we were at husband’s position, nak tengok wayang ke.. main bowling ke.. pergi jogging ke. Indirectly, dia pun terpaksa kurangkan aktiviti because of us. It’s ‘so sweet..’ to us, tapi husband pun mesti boring kalau tak boleh nak buat banyak aktiviti. So adakah anda kisah kalau husband keluar sorang-sorang or hanging out with his friends? Saya kisah! Huhuhu selfish la jugakkan tapi tolonglah jangan tinggalkan saya sorang2 kat rumah, boring G!
5. Financial
Well, this is the most critical issue. And to those yang planning sebab nak financially steady, I think it’s valid. Seriously. Mungkin 2-3 bulan pregnant, anda masih lagi di awang-awangan, melayan rasa happy yang anda pregnant. Masuk je 4 bulan, bermakna tinggal lebih kurang 6 bulan je lagi anda nak siapkan duit untuk bersalin la.. beli barang baby la.. And I tell you, it’s not cheap. And kita akan selalu rasa nak bagi yang terbaik untuk anak kita, end up with buying slightly expensive things. Dengan nak beli supplement for baby growth, regular antenatal check-up, beli baju untuk emak yang juga membesar – definitely incur our monthly expenses. Baru je berhabis untuk majlis kahwin, it’s good to take sometimes nak adjust balik expenses.
Cerita tak habis selepas dapat baby je, dari sekarang dah kena fikir education fund anak-anak. Taknak la macam emak dan bapak nya, habis belajar je dah ada loan commitment dengan PTPTN. In 10 years time, tak tau le berapa mahal education fees nanti. It’s all about the money, people! Sedangkan adik-beradik pun boleh bergaduh sebab duit, inikan suami isteri. Bergaduh itu sahaja sudah tidak best, inikan bergaduh sebab duit.
Well, memang peluang untuk mengandung itu sangat dinanti-nantikan. Tapi to non-preggo, I really hope u won’t feel so stress and frustrated but live life to the fullest! U have advantage in terms of, ada banyak masa nak spend dengan suami. How sad I am, bila fikir nanti ada anak maybe dah tak boleh makan sama-sama dengan Ami, sorang maybe kena jaga anak dulu while the other one kena quickly eating your meals. As a mother, nanti kita memang akan sibuk pasal anak, dan mungkin akan secara tidak sengaja mengabaikan suami sedangkan he needs attention too. Sehari melayan anak, mungkin malam kita sangat penat dan masalah tidak dapat entertain suami akan berulang kembali. Memang anak itu penyeri kehidupan suami isteri, tapi suami isteri itu sendiri pun mestilah rasa seronok and enjoy living with each other before having another person in life to live with– itu yang lebih penting.
Ami always said 'Grow old with me'