Setengah hari, hari ini.. sibuk call sana sini nak tanya pasal biasiswa sambung belajar. Last week, offer letter dah sampai.. terkedu tengok yuran semester pertama.
Kat Malaysia ni memang banyak jenis biasiswa. Sedihnya masa degree dulu takde pendedahan pasal biasiswa, so berhutang dengan PTPTN. Masa Master, keluar duit EPF, akaun ke-2. Now, tengah fikir macam mana nak tanggung study fees ni. Since last weekend survey biasiswa dekat Malaysia, harini terus call badan-badan yang berkenaan. Sayang seribu kali sayang, list biasiswa bukan main panjang tapi untuk level PhD ade lah a few je yang offer :(
If untuk degree level, ada banyak biasiswa untuk diapply. Tengok kat sini.
Hasil penyelidikan:
1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Untuk Master and PhD, JPA akan menaja student yang pernah ditaja semasa Degree. Kalau tak pernah ditaja semasa degree, lupakan sahaja niat nak apply scholarship JPA.
2. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Dari pagi tadi call, asyik ENGAGE! This is my only hope. Tsk. Tsk.
4. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Okay, yang ini berita baik. In 2010, KPT ada launch MyBrain15 - consists of MyMaster and MyPhd. Recently terbaca dari Star online, over 5000 spots left for MyMaster. Rugi kalau tak apply. Masa zaman I buat Master, xnak dibuatnya. Undi Pembangkang!! ;p
So kali ni, harap-harap ada rezeki nak dapat MyPhD. Fasa pemilihan applicant untuk program ini adalah pada Januari, April, Julai dan Oktober setiap tahun. Boleh baca details kat sini. But I have a situation, Oktober baru diorang nak pilih, saya pula kena register in September. Dan yuran bagi semester 1 adalah paling tinggi berbanding semester lain. Maka, masih perlu peningkan kepala fikir mana nak cekau duit banyak itu dalam masa 2 bulan ni.
5. Yayasan Negeri
Masing-masing boleh check dengan yayasan negeri masing-masing, apa yang diorang offer untuk anak jati sambung belajar. Like Negeri Sembilan, diorang bagi loan untuk study. Akan dibuka untuk application, pertengahan August ni. Tapi belum pasti lah cara pembayaran balik dan interestnya. Person in charge tadi ada kata, bayaran dibuat balik selepas 6 bulan tamat belajar dan amount bayaran sebulan RM100-200. Kalau dapat yang ini, seterusnya saya berharap boleh tulis surat rayuan then x perlu bayar apa-apa balik :)
6. Bank Negara Malaysia (BNM)
BNM pun ada biasiswa untuk semua level of study. Untuk tahun 2010/2011 TELAH PUN DITUTUP. Sob. Sob. Sila cuba tahun hadapan. Iklan akan dibuka SEMINGGU sebelum result SPM keluar.
7. EPF, Akaun ke II
Okey, ini bukan biasiswa. Kita boleh buat pengeluaran dari akaun ke II untuk pendidikan. Malangnya, dalam akaun ke II tak sebanyak yuran semester 1 :( Dah ade banyak pengeluaran untuk yuran masa Master dan rumah.
Insya allah, ada lah cara nak dapatkan bantuan untuk sambung belajar ni. Cuma, nak mengadakan that amount of money untuk pendaftaran Sem 1 itu... Isk. Initially I thought, dalam akaun ke II itu cukup. Isk lagi.
Amir, boleh tak mommy pinjam duit tabung harimau Amir? :(
My blessing No 3
10 years ago
7 comments on "Biasiswa belajar"
mara .. same cam JPA..
ditaja dr degree..
Owh nooo!!! putus harapan :(
insyaallah. perkara yg baik insyaallah dipermudahkanNya
try laa my brain 15 tu..my fren said, walaupun pakai duit sendiri dulu tp cepat dpt claim.within 2 weeks dh dpt..
UM ada program bright spark.My husband dpt program tu.UM akan support sume..
UiTM ade TPM scheme, tapi kena berenti keje lah.
Sis, u sambung kat mane? bestnya!! i terpikir nak sambung tapi nan ado daya lagi wat mase nie :)
Sis nak tanya boleh? kalau kite dpt jpa scholar utk degree, then nak sambung master perlu ke teruskan dgn jpa jugak? or boleh try yg kpt pny tu? pls i dont understandd
Post a Comment